Thursday, April 19, 2012

TELITI DULU SYARAT DAN TERMA UNTUK CALON2 ABPBH SEBELUM BISING!





Kalau dah pernah jadi wartawan, apabila sudah pencen pun pasti nak menyibuk. Justru Kjee yang tidak puas hati dengan pihak yang mempertikaikan mengapa dan kenapa 'orang luar' dibenarkan dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian,  mulalah jalankan siasatan.

Benda ini kena bongkar dari akar umbi sebab yang tak puas hati tu macam nak himpunkan golongan yang memihak kepadanya supaya sama2 memberontak. Anyway, sumber2 Kjee yang layak dipercayai di akhabr Berita Harian beritahu, mereka TIDAK AKAN TUNDUK dengan desakan kaum minoriti ini.

Alhamdullilah. So tahun depan, kita tengok siapa yang dicalonkan dan siapa yang berhak menjadi idola kesayangan peminat.

Dalam Kjee selongkar2, Kjee dapatlah syarat2 dan terma untuk borang pencalon artis2 untuk Anugerah berprestij itu.


SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH2011)
----------------------------------------------------------------------------------------

Pencalonan bagi semua kategori dalam ABPBH2010 dipantau oleh Jawatankuasa Penganjur membabitkan semua artis yang aktif dalam kerjaya masing-masing sepanjang tahun ini iaitu Disember 2010 hingga November 2011 - membabitkan perfileman, muzik dan penyiaran (radio dan TV).



Selain itu, senarai calon juga adalah berdasarkan cadangan yang diberikan oleh syarikat penerbitan filem dan drama, stesen TV dan radio.



Secara umum, garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur mengenai pencalonan bagi setiap kategori adalah seperti berikut;


1. KATEGORI PENYANYI LELAKI dan WANITA dan ARTIS BERKUMPULAN & DUET POPULAR
----------------------------------------------------------------------------------------



SYARAT ASAS:
* Pencalonan adalah berdasarkan mereka yang mempunyai satu album terbaru dengan memuatkan sekurang-kurangnya satu lagu rakaman terbaru. Calon juga layak untuk disenaraikan dalam kategori jika mempunyai sekurang-kurangnya satu single terbaru bagi tempoh Disember 2010 hingga November 2011.



SYARAT TERPERINCI (DETAIL)

1:1. Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu lagu single dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus dalam Bahasa Melayu dan pernah disiarkan oleh mana-mana televisyen dan stesen radio tempatan sepanjang tempoh Disember 2010 hingga November 2011.



1:2. Penganjur boleh mendapatkan calon berdasarkan Carta Lagu Mingguan daripada stesen radio yang siarannya diterima di seluruh negara - Radio Era, XFM, HotFM, Suria FM dan Muzik FM.


1:3. Penganjur akan mendapat kerjasama daripada stesen televisyen dan radio negara untuk mengesahkan maklumat bahawa calon pernah menghasilkan single dan diperakui pernah disiarkan oleh mana-mana stesen radio terbabit.


1:4. Pencalonan juga dibuat berdasarkan kepada penyanyi atau kumpulan yang pernah membuat album dalam tempoh yang ditetapkan penganjur. Setiap album mengandungi sekurang-kurangnya dua lagu ciptaan baru.


1:5. Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan jika memenuhi syarat berikut:
* Lagu atau single adalah ciptaan komposer, pemuzik dan penulis tempatan (warga Malaysia)
* Albumnya diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan Malaysia, di Malaysia dan menggunakan pemuzik, komposer dan penulis tempatan rakyat Malaysia.



2. KATEGORI PELAKON FILEM LELAKI DAN WANITA POPULAR
------------------------------------------------------------
SYARAT ASAS
* Calon Pelakon Filem Lelaki dan Wanita berlakon dalam filem berbahasa Melayu yang sudah ditayangkan ATAU sudah mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk ditayangkan bagi tempoh Disember 2010 hingga November 2011. Setiap satu judul filem boleh mencalonkan empat pelakon lelaki dan empat pelakon perempuan.



SYARAT TERPERINCI


2:1 Pencalonan adalah daripada pelakon yang berlakon dalam filem berbahasa kebangsaan (bahasa Melayu/Malaysia) sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, yang memenuhi syarat dan peraturan daripada pihak berkuasa iaitu LPF dan FINAS dan sudah ditayangkan kepada umum sepanjang 12 bulan daripada tempoh yang ditetapkan oleh penganjur;


2:2 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon Pelakon Lelaki dan empat Pelakon Wanita berdasarkan syarat dan peraturan dalam perkara 2:1;


2:3 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon yang difikirkan sesuai masing-masing kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita;


2:4 Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dalam kategori ini dengan syarat calon berkenaan bekerja dengan mana-mana produksi milik rakyat Malaysia, bertutur dalam dialog tidak kurang daripada 80 peratus bahasa Melayu dan ditayangkan sudah atau pernah di Malaysia pada tempoh yang ditetapkan penganjur.


3. KATEGORI PELAKON TV LELAKI DAN WANITA POPULAR
----------------------------------------------------
SYARAT ASAS
* Calon untuk kategori ini adalah mereka yang terbabit dalam mana-mana produksi sama ada telefilem, sitcom, drama bersiri atau drama berepisod yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan sudah disiarkan oleh mana-mana stesen TV tempatan bagi tempoh daripada Disember 2010 hingga November 2011.



SYARAT TERPERINCI
3:1 Pencalonan dibuat kepada calon yang terbabit secara aktif dalam mana-mana telefilem, drama bersiri, episod dan drama dalam bahasa
kebangsaan dan sudah disiarkan - tetapi bukan diulang siar, oleh mana-mana stesen TV dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh yang
ditetapkan oleh penganjur.
3:2 Penganjur berhak mencalonkan mana-mana individu (pelakon) yang difikirkan layak berdasarkan kepada syarat dan peraturan dalam
perkara 3:1.
3:3 Mana-mana stesen TV dan syarikat penerbit TV juga boleh mencalonkan mana-mana individu (pelakon) yang difikirkan layak
berdasarkan kepada syarat dan peraturan dalam perkara 3:1.
3:3 Penganjur juga berhak mencalonkan mana-mana individu yang pertama kali muncul atau diperkenalkan dalam bidang lakonan sebagai
calon Artis Baru Lelaki atau Artis Baru Wanita asalkan ia menepati syarat dan peraturan dalam perkara 3:1.
3:4 Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dalam kategori ini tetapi tertakluk kepada syarat dan peraturan seperti dalam
Perkara 2 (2:4)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua dah baca dan faham? Korang mesti faham. Bukan mudah artis luar hendak dicalonkan dalam ABPBH.

Pertama, kena berlakon/menyanyi dalam mana-mana syarikat penerbitan milik rakyat Malaysia, ditayangkan di Malaysia, (kalau lagu disiarkan di stesen radio dan TV Malaysia).

Kedua, filem dan lakonan mereka tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Kalau artis luar negara ini didakwa merosakkan industri seni Malaysia (seperti berlakon filem lucah, ganas yang melampau) takkan mungkin diluluskan oleh LPFM.

Ketiga, artis luar yang layak dicalonkan mestilah bertutur atau dialog menggunakan bahasa Melayu Bahasa Rasmi Malaysia) sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lakonan dalam filem yang mereka bintangi atau lagu yang dinyanyikan. Sebagai contoh, kalaulah dialog Aaron dalam filem Gangster banyak menggunakan bahasa Inggeris atau Cina lebih daripada 30 peratus, dia memang sudah tak layak dicalonkan.

Kalau korang nak tahu, perkara ini bukan isu besar. Kalau ada pihak mempersoalkan pencalonan artis luar (bukan warga Malaysia), pihak ini juga harus mengaitkan keputusan syarikat produksi mengambil/menggunakan pelakon luar negara.

Pencalonan ABPBH berdasarkan calon popular. Kalau calon itu popular kerana membintangi filem Malaysia dan memenuhi syarat yang kita tetapkan, apa salahnya mereka dicalonkan?

Selain Aaron Aziz, pihak penganjur pernah mencalonkan pelakon luar negara atau penyanyi luar negara dalam ABPBH seperti Alex Komang (pelakon filem Puteri Gunung Ledang), Stephen Rahman Hughes (rakyat British, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa. Disenaraikan peringkat awal tapi tak melepasi hingga peringkat Top 5), Adi Putra (pelakon KL Gangster/drama Dhia), Tamara (pelakon Indonesia dalam filem Cicak Man 2), Ramli Sarip, Kris Dayanti (berduet dengan Ajai), kumpulan 6xth (vokalisnya orang Medan, Indonesia) dan akan datang nanti Mika Tambayong (pelakon filem Gerimis Mengundang).

Hahaha yang last part ini kelakar sikit. Hetty Sarlini, bekas kekasih Zed Zaidi pun orang Singapura. Dia pernah dicalonkan dalam Pelakon TV Wanita dan Penyanyi Wanita. Tapi dia tak menang. Kenapa masa itu, Zed Zaidi tidak bising2? Opps.



17 comments:

  1. tang hetty sarlene tu..terbaikkk kak jee. Sama ngn resepi roti td..kak jee best:-D

    ReplyDelete
  2. betul..makin dilayan makin banyak pulak jawapan dia bagi..cili mulut tu baru tau

    ReplyDelete
  3. Aaron Aziz dalam filem ombak rindu die cakap bahasa inggeris sokmo kak jee...ekekekeke....thn depan calonkan plak zed zaidi..tgk ramai x yg vote die...ececeh

    ReplyDelete
  4. saya memang tunggu komen kak jee.akhirnya!puas hati saya!haha

    ReplyDelete
  5. Terbaik la Kak Jee pasla hetty sarlene tu. Dia gembira ke kalau dia menang hasil daripada kuota2 ni? Merepek je ZZ tu. Yg kelakarnya AA komen dlm melodi, dia kata ejaan ZZ salah. Hehe.

    ReplyDelete
  6. kikikikiki... tergelak baca yg last tu... bekas makwe yer... baguslah kak jee dapatkan list ni.. biar terbukak sikit mata orang yang tak setuju tu haihhh....

    ReplyDelete
  7. caya lah kak jee...saya sangat sokong sebenarnya sy geram btoiii ada artis2 mak2 artis dok petikai hal nie...........

    ReplyDelete
  8. Yang sudah tu, sudahlah kan? Kita kenalah hormat pada keputusan pemilihan. Kok ye pun, keputusan bukan sorang je yang buat. Undian oleh pembaca Berita Harian pun diambil kira. Sesiapa yang menang tu, rezeki dioranglah. Kalau nak bising-bising juga.. lepas ni, tak payahlah adakan anugerah anugerah ni semua... mmm silap haribulan.. orang bising, naper tak adakan anugerah pulak ek Kjee... :D

    ReplyDelete
  9. baru nie saya ada terbaca seorng mak artis tue bg pendapat.....mcm berunsur cemburu ja...tp x kisah la kan....yang pnting kakjee dah tulis apa yang btol

    ReplyDelete
  10. dah terang lagi bersuluh syarat2 terperinci bagi pencalonan sudah dipenuhi sepenuhnya. apalagi yang tak puas hati nya? perkara biasa ye kak jee rumah dah siap pahat masih berbunyi...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Jee....

    Terbaekkkkk la kak. Saya sokong 200% post akak ni.

    ReplyDelete
  12. hahaha..terbaekk kakjee..bg kaw-kaw kt manusia yg dengki lg khianat tuh..padan muka diorg!

    ReplyDelete
  13. mmg patut kak jee keluarkan post ni...
    jangan dengki sangat dgn rezeki orang lain dan memang aaron aziz terbaik...

    ReplyDelete
  14. Terbaik KakJee.. Harap Zed Zaidi baca apa yang KakJee tulis ni. Biar dia boleh fikir panjang sebelum memberi pendapat.

    ReplyDelete
  15. mmng terbaekkk r kak je..ntah pe2 jk si ZZ tuh..cemburu xgak2..hahaha

    ReplyDelete