Friday, April 13, 2012

ZED KENA FAHAM MAKNA POPULAR DAN HEBAT





Kjee sebenarnya tak kuasa nak ambil tahu pasal perang dingin antara Timbalan Presiden Seniman Zed Zaidi dengan aktor Aaron Aziz berhubung pemilihan aktor itu dalam Anugerah Bintang Popular baru-baru ini. Kjee ulang PEMILIHAN BUKAN KEMENANGAN.

Mulanya malas nak ulas sebab yang terbabit adalah orang nombor 2 Seniman. Teringin jugak nak tahu samada luahan rasanya itu atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden, atau aktor yang dah patut kena 'hukum tembak'. Maaf lembut sangat bahasa.





Anyway, kalau Zed ulas sebagai orang nombor 2 dalam persatuan artis itu, Kjee rasa dia memang tidak boleh membuat kenyataan macam itu. Tetapi apabila difikirkan luahannya hanya menerusi twitter, maka Kjee buat kesimpulan dia buat kenyataan atas kapasiti dirinya sendiri dan tidak membabitkan Seniman.

Kjee terkilan jugak setelah 25 tahun usia anugerah yang sangat berprestij itu, kenapa masih ramai yang tidak memahami tujuan ia diadakan. Kjee rasa semua (mungkin Zed terkecuali) faham ia bukan platform untuk memilih seorang pelakon yang hebat.

Kalau itu hala tuju ABPBH, Kjee rasa akhbar itu sendiri tidak layak mengeluarkan anugerah tersebut. Banyak lagi badan berkaitan filem dan anak seni yang layak buat pengiktirafan seperti itu. Justru, Berita Harian, pada Kjee telah bergerak pada landasan yang betul. 

Namanya anugerah bintang popular. So sudah pasti sesiapa sahaja yang menang adalah orang yang tergolong dalam species popular BUKAN terhebat. So janganlah melenting kalau orang macam Fasha Sanda, Tisha mahupun Aaron yang menang. Tak payah pertikai sebab bukan juri pilih tapi peminat!!!

Bagi Kjee Aaron layak dipertandingkan kerana sebahagian besar karier seninya berpusat di Malaysia. Kalaulah dia hanya pelakon drama di Singapura, tetiba dicalonkan untuk disenaraikan, bukan sahaja Zed mengamuk, malah Kjee pun nak bawak sepanduk dan berarak kat depan pejabat Berita Harian di Jalan Riong.

Kjee tidak pernah berbalah dengan Zed. Kjee hanya tahu dia Timbalan Presiden (eh pemangku ke sebab Timbalan yang dipilih dulu dah tarik diri) dalam Persatuan yang Kjee jugak jadi ahli.

Daripada mahu jadi 'hero' kononnya untuk mempertahankan HAK artis Malaysia, Zed kini dianggap oleh peminat seni tanahair sebagai seorang yang pendengki. Dengki sebab dia tidak dipilih. Sudahlah nama dia jugak tidak tersenarai sebagai Pelakon Drama Hebat tanahair, untuk anugerah Pelakon Popular pun dia tidak layak.

Maaflah. Ini pendapat peribadi Kjee dan bukan diatas landasan sebagai artis atau bekas wartawan. Hanya sebagai seorang pemerhati yang mahu membetulkan keadaan supaya kalau Anugerah itu terus diadakan hingga mencapai Tahun Emas, orang macam Zed tidak akan muncul dengan kenyataan peribadi yang memalukan.

Tahniah Aaron. Anda ramai peminat. Kjee bukan salah seorang daripada peminat awak. Pemilihan awak memang kena pada masanya. Kata orang putih, You Were At The Right Place, At The Right Time. Selama ini lakonan awak biasa2 jer. 

Tetapi kata peminat, lakonan awak sebagai Encik Harith dalam Ombak Rindu begitu menggoncang kalbu. Tahniah. Harap2 sekarang awak dah tahu awak ramai peminat, teruskan usaha dan work extra hard untuk earn a better place in the industry.

Kalau sekadar popular jer tapi bakat tak seberapa, tak ke nanti peminat akan slow slow lari. Wallahualam.

Buat Zed Zaidi, ini sedikit nasihat dari seorang yang lebih dulu makan garam...oppsss Kjee jadi pelakon mungkin masa awak masih pakai diapers...CAKAP SIANG PANDANG2 yer dik. Awak kena belajar makna perkataan POPULAR dan HEBAT. Jangan bagi malu species artis tau. Ramai artis dah cerdik dan pandai sekarang!

Opppssss...Cermin gelap untuk artis camner? Mokcik pun teringin gak. Hehehe .

NOTA UNTUK BERITA HARIAN:
Tahun depan senaraikanlah nama Zed Zaidi. Kita tengok berapa undi dia dapat!

30 comments:

ieda said...

ikut panas hati dia gamaknya..tu yg bercakap sebelum sempat otak berfikir.

Anonymous said...

ermm...dah 2-3 hari sy tertunggu2 bila lah kak jee nak ulas isu ini...akhirnya.....
ok..tahun depan sure sy akan undi zed dlm ABPBH...:D

~hani~

KuNanGKuNanG said...

tu la zed ni dah lain macam je sejak kebelakangan ni..

Zurina Hj.Zainal said...

HAHAHA!! PADAN MUKA DGN ZZ....KAN K.GEE DH BERSUARA....MMG BETUL TU K.GEE, NX TIME CUBA LETAK NAMA DIA KT ANGERAH TU.......BARU TAU DIA HEBAT KE TAK HEBAT....TAK HABIS2 NAK MENJATUHKAN MARUAH ARTIS...DAH LA TAK RESPECT PRESIDEN SENIMAN, KEMENANGAN AARON PUN DIA NAK DENGKI.....HUH!..

pinky said...

akhirnya....sy tertunggu tunggu gak entry kjee.... hehehhehe puashati skrg blh baca dari org yg bijak pandai menulis... tahniah kjee!!!

Balqis Nazid said...

rumah siap pahat berbunyi....

Masya said...

hahahahaha.. saya sokong kenyataan kak jee... popular dgn terbaikkk dan hebat adelah istilah yg berbeza... popular ditentukan peminat..

Anonymous said...

lepas ni Shah Rukh Khan tersenarai,

kita pun undi dia wokeh...

Irfa said...

nak gelak pun ada
kesian pun ada
kak jee..ada komen dar zz yang kena approve tak?

PAPA GOMO said...

betul tu kak jee, dah nama pun popular takkan artis tak popular pulak yg nak kena ambik anugerah tu.

aaron aziz layak menang.

Anonymous said...

shah rukh khan tu ada berlakon filem melayu & bg industri filem tempatan dekat malaysia ni untung juta-juta ker?

Fiza Nordin said...

Singgah sini...nak komen takut tersalah pulak...jadi saya gelak je la...hakhakhakk

Anonymous said...

hahahahah gelak besar bila baca ni kak.....harap2 ZZ ni baca la....tak payah nak buat report polis godam menggodamkan?

p/s:cermin gelap tu yg buat sy meluat hahahah

NenetPenne (NP) said...

kesian zed zaidi...
nak buat cemana aaron aziz lagi best..lagi handsome dan lagi ada marii... bhahahaha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dah menang baru bising.. agaknya kalau x menang sapapun x pertikaikan kenapa warganegara s'pore blh tercalon. Ye dak?? Jadi memang statement Zed tu nampak sgt jeles..

Anonymous said...

Yup setuju. Kenapa ye manusia suka menyusahkan perkara yang mudah? Ada sesiapa boleh jawab?

Yang percaya kepada Qada' dan Qadar.

Anonymous said...

jika tak silap dalam twitter, zed ni komen sebab AA tu orang luar, dan anugerah patut dikhaskan kepada orang Msia saja.

saya pun kurang bersetuju AA menang walaupun dia sangat popular masa ni. sebab ada ke pelakon penyanyi kita dapat anugerah besar besar di Indonesia atau Singapura? Lainlah kalau dia dah jadi permanent residen di Msia ni.

saya tak minat pun zed zaidi tapi saya nampak apa yg dia maksudkan. Orang Malaysia memang pemurah sebab tu dibanjiri dengan pelbagai manusia dari pelusuk dunia hingga bertambah tambah padat.

iyza said...

terbaik lah kak jee!haih~ this artist with no brain..ckp ikut suka,suka kembang suka kuncup..hahaha~

Zila said...

hahaha...inilah kupasan terbaik psl issue ZZ dan AA ni...patut publish dlm paper ler kak..

Anonymous said...

Kpd Anonymous 13 April 2012, 12:20 AM

Kalau AA xlayak terpilih jd Bintang Popular kat Msia sbb bukan PR or warganegara Msia, bagaimana pula dgn kemenangan artis2 Msia di luar negara? Cth, festival muzik di shanghai... Xlayak jgak ler tu kan??? Sbb dorg bkn warganegara China....come on, artis Msia patut buka mata, ptingkatkan lagi mutu lakonan and hasilkan produk yg terbaik utk peminat2...
Buat ZZ, chill ar bro, kata2 u tu, kata2 org dengki...sy pon dh lupa filem lakonan u yg mana satu...

Anonymous said...

u/p: anonymous yg atas iyza tu

siti nurhaliza tu org malaysia penah menang MTV Music Award dgn anugerah Grand Prix Champion kat Voice of Kazakhstan selain beberapa anugerah dr luar negara okkkkk...sblm komen pk dulu la...ade je lg artis yg menang kat pertandingan luar negara...lgpun ABPH ni bkn dipilih mengikut juri tapi peminat...dah rezeki dia tertulis utk menang berdasarkan undian tertinggi dari PEMINAT...lgpun peminat skrg penat tgk hero yg kaku berlakon...selain shahiezy sam dgn shamsul yusof, aaron adalah yg terbaik! hero lain? KAYU!

utk zed zaidi, kalo dah takde job sgt tak pyh la nak buat kontroversi nak tarik perhatian lak...penggal hdpan undur diri dr SENIMAN...org mcm ni la yg sebenarnya menjatuhkan industri seni negara...sifat PHD tu teballlll~!!


Utk kjee....cdgan last tu sy sokong 200%...berita harian tolong calonkan abg ZZ ni...tgk dia blh menang ke tidak... :))
Tp sy tak setuju artis dibenarkan pakai cermin gelap...takde sape pun nak culik anda zed zaidi....

Ena Pasrah

Beruang Madu said...

Salam Kak Jee...

Saya terusik dgn komen dangkal Zed Zaidi... bukankah Aaron Aziz sudah dicalonkan untuk pelbagai kategori dalam anugerah ni semenjak 3 tahun lepas (kalau tak salah)... kenapa Zed hanya berbunyi setelah dia menang? Adakah ZZ sebenarnya sengaja menimbulkan kontorversi ni untuk membuatkan namanya dikenali semula... ala ala menumpang populariti AA...

Isitlah merosakkan industri tanahair tu lebih menghairankan lagi perangai beliau....

ashiekien said...

betullah kak je...cakap ikut perasaan memang gitu lah....bagi dia cermin besarrrr satu.....

d0d0l said...

mungkin ramai yang lupa atau buat2 lupa. salah seorang artis Malaysia iaitu Dato' Michelle Yeoh mencipta nama di peringkat antarabangsa dan pernah mendapat Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon di majlis penganugerahan British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) pada tahun 2001. ada orang British pertikaikan status warganegara Malaysia Dato' Michelle Yeoh? tak de kan....

Aaron Aziz nyanyi secara live

panglima perangcyber said...

dah add blog kak jee dlm list blog.tq

House PK said...

Maaf ya Kak Jee, nak mintak izizn untuk komen, saya suka blog Kak Jee ni, gambar fazura yang cantik hari tu pun saya ambil dari sini. Tq Kak Jee, dengan izin nak komen ni:

Wahai pminta Aaron Aziz, Make sure Shahrukh disenaraikan sebagai artis lelaki popular ya tahun depan. Kalau boleh gandingkan Shahrukh dan Brad Pitt untuk Filem KL Gangster 3 tahun depan. kita tengok siapa menang lepas tu ok

Kalau ya pun suka sangat si Aaron tu wahai peminat Aaron sekalian, panggil la berita harian buat kategori artis paling popular luar negara! Kan senang?

Anonymous said...

House PK,baik gandingkan U dengan Papa Gomo je dalam KL Gangster 3 di samping Aaron Aziz.CAYALAH!

Anonymous said...

AA tercalon dalam abpbh sebab dia blakon dlm filem m'sia. SRK tak ble tercalon sebab takde blakon filem m'sia. Senang je, common sense, jgn nak buat polemik pulak.

Anonymous said...

i like!

Anonymous said...

x kisah lah org luar ke org msia ke..jnji dye dr kalangan sedara seislam kite..support jelah..kcoh bbenor

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...