Wednesday, December 5, 2012

AL FATIHAH. KEHILANGAN YANG CUKUP DIRASAI

foto ehsan Murai.cm






Hari ini Kjee dikejutkan dengan berita yang amat memilukan. Seorang sahabat yang sudah lama Kjee tidak bertemu, meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyedihkan. 

Arwah, Othman Hassan atau lebih dikenali sebagai Dicky, 52, seorang mekap artiste ditemui mati didalam rumahnya oleh abangnya setelah tiga hari tidak menjawab panggilan telefon.

Arwah yang Kjee kenali adalah seorang yang sangat baik hati, rajin membantu rakan2 dan sering menghulurkan khidmat serta ilmu tanpa mengira kawan atau musuh.

Pernah satu ketika dulu, arwah membantu 'menyelamatkan' Kjee dan rakan2 wartawan sepejabat, apabila ada sekumpulan Mak Nyah tidak puas hati dengan berita yang kami tulis mengenai mereka. Mereka mengajak Kjee bersemuka. 

Arwah Dicky segera masuk campur dan telah mengaturkan pertemuan. Akhirnya semua selesai dengan baik.

Berita yang Kjee tulis itu, Kjee petik dari interview bersama satu kumpulan Mak Nyah. Tidak disangka2, satu lagi kumpulan Mak Nyah terasa hati dengan tulisan itu. Dan kumpulan kedua itu, mahu mengadakan 'pertemuan' untuk meluahkan tidak puas hati mereka.

Arwah Dicky, seorang yang cukup berhemah, berjaya membuat kedua2 kumpulan berbaik2 selepas 'pertemuan' yang dikatakan boleh mencetuskan pertumpahan darah!

Menurut seorang teman arwah, arwah ditemui dalam keadaan tertiarap, mulutnya disumbat dan tangannya diikat di belakang. Pihak Forensik memberitahu dia mati akibat dicekik.

Dicky juga adalah bekas jurumekap kepada ramai artis tanahair termasuk Amy Mastura. Selain itu, Dicky juga seorang jurumekap untuk orang kahwin.

Al Fatihah. Muga roh arwah Othman Hassan tenang disana.

Dibawah berita yang Kjee petik dari Murai.Com.



KUALA LUMPUR, 5 DIS 2012: Bekas jurusolek peribadi kepada penyanyi dan pelakon, Amy Mastura yang dikenali sebagai Dicky telah ditemui mati dalam keadaaan yang sangat kejam apabila tangan dan kaki dikat dengan sehelai kain di rumahnya di Kampung Kasipilay, Selasa lalu.

Dalam akhbar News Strait Times hari ini melaporkan, mayat, Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, ditemui oleh abangnya pada pukul 8 malam semalam apabila dia berkunjung ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu. Allahyarham dipercayai telah dicekik oleh suspek.

Menurut rakan Dicky, Razman Razmi, tiada tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk tetapi dia menyedari antara barang yang hilang ialah telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa.

Sementara itu, rakannya yang lain pula berkata kali terakhir dia bertemu Dicky ialah pada 30 November lalu.

"Kami keluar untuk makan malam dan seorang kawan kami telah menghadiahkan Dicky sehelai kain Batik. Pada malam itu Dicky membuat lawak yang dia mahu menggunakannya kain batik tersebut untuk menutup mayatnya. Kami melarangnya daripada membuat lawak sebegitu. Saya tidak pernah terfikir yang itu adalah kali terakhir kami melihat dia," katanya.

Selain Amy Mastura, Dicky terkenal di kalangan industri hiburan dan sering menyolek wajah artis-artis popular tempatan.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

19 comments:

  1. saya ada tgk berita kat tv petang tadi pasal tu.. Moga rohnya di cucuri rahmat.. Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah ....

    Sedeyyy nya Nina kak Jee :'(
    Dicky dulu antara make up artist yg paling Nina suka.. Sentuhan beliau sangat Nina suka terutama sekali time Annual Dinner. Always ikut theme
    huhuhuuu . . .

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat, amin.

    ReplyDelete
  4. Semoga roh aruah tenang di sana.... Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. salam kak jee.... sungguh sedih mendapat berita ini. Arwah adalah antara jurusolek saya semasa kahwin dulu. Dia amat rapat dgn kwn2 penari (KBN) dulu2. setelah 25 tahun tak mendengar khabar, tetiba dikejutkan dgn berita ini... Al Fatihah untuk arwah diky semoga rohnya tenteram dan ditempatkan dengan insan2 yang solleh... AMIN

    ReplyDelete
  6. Alfatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  7. Sahabat, saya doakan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh awak

    ReplyDelete
  8. Al -fatihah..semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat2 org yg soleh dan beriman .amin

    ReplyDelete
  9. Alfatihah, sy mengenali nya masa zaman persekolahan - Camp Fire. Dier senior 1 yr. Masa tu dier jejaka tampan dan kami berkawan baik dan saling berbalas kunjungan... Seorang lelaki yg sopan... Walau apa pun semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...

    ReplyDelete
  10. macam tak percaya je, dulu selalu tidur rumah mak dicky, lepak dengan shasha kimpy, dengan arwah punya abang Y . baru dapat tahu yang mak dicky dah takda. yang penting. semasa dengan mak dicky, dia tak pernah tinggal kan solat. mungkin ada sebrapa yang dia tak dapat nak dielakan. semua maknusia melaukan silap. semoga arwah tenang disana dengan limpahan kurniaan Allah . Amin Ya Allah

    ReplyDelete