Friday, December 7, 2012

BEEF STEW WITH GARLIC BREAD















Rasa2nya Kjee jarang2 (eh pernah ke?) buat stew daging. Biasanya Kjee buat stew ekor lembu atau oxtail stew. Tetapi dek kerana tekak teringin dan ada pulak daging dalam freezer, hantam sajalah. Tiada akar, rotan pun berguna.

Kjee guna daging batang pinang untuk masak stew ini. Tetapi oleh kerana gigi Kjee dan UnclePali dah season dan tak boleh nak mengunyah, Kjee ambil jalan pantas dan masak dalam presssure cooker. Siap lembut lebih kurang 25 minit jer.

Kalau ada slow cooker, pun boleh jugaklah. Ya tak iya, manalah aku letak slow cooker aku!

Tapi sebelum itu, Kjee 'brown' daging yang terlebih dulu dilumur dengan tepung gandum. Resipi SINI.

Resipi ini jugak boleh diubahsuai guna ayam. Tak pedas dan boleh dimakan anak2 yang tak tahan pedas.
Untuk garlic bread, semalam UnclePali beli dua batang (batang ker) Baguette atau roti Perancis.

Tak ada mood nak tulis panjang lebar. Selamat mencuba kalau nak cubalah.



1 comment:

  1. Thanks for the recipe, Kak Jee, boleh cuba masa winter di Adelaide nanti

    ReplyDelete