Tuesday, December 4, 2012

MIZZ NINA DIROMPAK KETIKA DALAM KERETA

Mizz Nina - foto google


Entri foto yang dimuatkan dalam instagram Mizz Nina
Setiap kali anak dara Kjee melangkah keluar ke Uni memandu keretanya, berbuih mulut Kjee mengingatkannya supaya berhati2. Beg tangan atau lappy atau handfon, jangan diletak atas seat sebelah. Nyorokkan bawah seat kereta.

Kjee tak pasti samada Nadia follow my orders atau tidak.

Seperkara lagi, kunci kereta ketika memandu. Dan seandainya rasa tidak selamat (kalau hati tidak sedap kerana perasan ada yang follow) pandu terus ke balai polis berhampiran!

Agaknya semua ibu merasa apa yang Kjee rasa. Kjee juga beritahu dia, kalau ada yang mahu ragut begnya, lepaskan beg yang tidak sama nilai dengan nyawa!

Kjee bebel macam ini sebab baca di mStar Online mengenai musibah yang melanda penyanyi Mizz Nina. Dia disamun ketika keretanya berhenti di traffic lights di Ampang Jaya. Setahu Kjee ayah dan bonda tinggal tidak  jauh dari situ.

Khabarnya, cermin tingkap kereta dipecahkan dan beg tangan yang duduk di seat penumpang depan, dilarikan.

Justru Mizz Nina suruh semua wanita berhati2. Mujur dia tidak diapa2kan.

Kekadang pemandu wanita mudah alpa. Beg tangan disorokkan tapi handfon mahal diletakkan atas seat passenger. Senang capai kalau ada orang sms. Mereka tidak menyedari itu yang mengundang lanun2 tersebut bergiat cergas.


4 comments:

KLPOS said...

Salam Perkenalan dari KLPOS News Media : www.klpos.com

Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

Sekian. Jutaan Terima Kasih.

Mat Gebu said...

Betul tu kak jee...orang memerhatikan kita, kita tak tau. Teringat insiden mak usu saya, dia ni tukang urut, kalau pi urut, naik motor je, kira ala2 makcik rempit gak lah, satu hari masa berhenti di traffic light, ada 2 ekor tenuk ni, pegang henbeg yang ada dalam bakul moto. Tenuk seko tu siap kata apa tau, 'ambik eks beg"...mak usu saya ni jenis melatah, dia boleh jawab 'ambik lahh!!"..apa lagi tenuk tu capai beg dan terus pecut. Mak usu saya pi kejar, tapi yelah awak tu org berusia mana nak lawan tenuk muda yang bijak cilok2 segala. Habis gak lah duit hasil mengurut hari tu, termasuk sedikit brg kemas. Tatau lah tenuk tu hidup lagi ke tidak sekarang ni....

Kjee said...
This comment has been removed by the author.
Farah Comel said...

setelah kejadian begini berlaku ke atas artis kita, jadikan ini satu persediaan buat kita, supaya kita tidak leka ketika berada didalam kereta... perompak bukan kira kita nie artis atau manusia biasa... biasa lah kan diorang bukan kenal pun artis di malaysia nie :")

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...