Thursday, December 27, 2012

MOHON DOA PAK YA SEGERA SEMBUH


 Dato Seri Utama Rais Yatim dan  KP Filem Negara, Raja Rozaimie RD ketika melawat Pak Ya. Foto DIY Putra.


















Dulu kami (pasukan bolasepak artis wanita) panggil dia Coach. Beliau dengan penyanyi lagu2 Asli, Andre Goh jadi jurulatih bolasepak kami. Ewah korang ketawa ker bila Kjee kata Kjee main bolasepak untuk pasukan artis wanita!\?

Jangan pandang Kjee sebelah mata tau! Tapi ya lah masa tu Kjee slim...eh taklah slim sangat tapi solid molid gaklah. Masa tu belum kahwin lagi. Antara geng Kjee main bola masa tu ialah kak Yusni Jaafar (kini arwah), Maria Arshad dan ramai lagilah dah ingat2 lupa.

Anyway, Pak Ya seorang jurulatih yang garang. Silap sikit kami kena denda lari keliling padang. Seronok mengimbau kenangan silam.



Isteri Pak Ya mengidap kanser


Last Kjee jumpa Pak Ya ketika ziarahi jenazah arwah M Rajoli di Taman Keramat. Masa tu Kjee naik kerusi roda. Pak Ya yang malam tu datang segak berbaju batik oren, sapa Kjee. Agaknya dia pelik nampak Kjee disorong kerusi roda.

Sebaik sahaja nampak Pak Ya, Kjee terus panggil dia 'Coach'. Pak Ya tergamam seketika. Garu kepala, kemudian dia kata: "Fauziah ingat lagi ya," sambil ketawa berderai.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Dato Yahya Sulong kini agar uzur. Dah banyak hari Kjee nak tulis mengenai beliau tapi tak kesempatan sebab Kjee pun tak berapa sihat.

Banyak kenangan manis Kjee dengan Pak Ya. Beliau  bukan sahaja seorang pelakon lawak yang hebat tetapi juga seorang drummer yang disegani ramai. Kira Pak Ya ni anak seni yang versatile.

Kjee kagum dengan sikap Pak Ya. Walaupun beliau dan isteri beliau sakit, namun beliau tidak sibuk meminta2 atau menagih derma dan simpati. Kalau tidak ada wartawan yang mengetahui masalah dan penyakit beliau, pasti tidak ada yang tahu.

Masa jumpa beliau dulu, Kjee pernah tanya mengapa dia tidak minta bantuan persatuan artis atau persatuan bekas tentera.

Ini jawapannya: "Aku malulah Fauziah. Aku tak nak orang kata aku tak beringat masa muda....bila dah tua, dah sakit, mintak derma, mintak bantuan untuk hidup. Rezeki Allah swt yang tentukan..." katanya menahan sebak.

Karyawan turut menghulur bantuan
.

Dato Seri Utama Rais Yatim segera bertindak dan mengunjungi Pak Ya baru2 ini. Siap settlekan sewa flat untuk setahun dan juga sedikit bantuan untuk meneruskan hidup. Khabarnya pihak Karyawan jugak ada menjenguk sumbang bantuan. syukur Alhamdullilah.

Kalau Pak Ya sakit, pergilah ke Hospital kerajaan tau. Sekarang Hospital Kerajaan sudah cukup bagus. Tak payah minta derma kat orang ramai pastu duduk first class di Hospital Swasta! Oppps.

Teringin sangat nak jumpa Pak Ya selagi ada hayat...





1 comments:

rainbow ribbons said...

humble nya pak ya ni...
dah sakit camtu, hidup susah pon xnak mintak bantuan...smga dipermudahkan stp urusan pak ya dan isteri
jgn cam yg sorg lg tu
mintak bantuan sana sini sbb nak g hospital swasta
hospital kjaan pon tinggi kepakarannya
hospital swasta ni hanya lah pilihan bg yg mampu, kalau dah xmampu xyah laaa sampai nak menadah tgn sana sini...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...