Sunday, December 9, 2012

PAULA DEEN'S BAKED EGG CUSTARD CARAMEL





Hari ini Kjee buat Baked Egg Caramel 'old school'. Kjee tak pernah buat baked egg caramel selama ini sebab Kjee tak suka rasa gula hangus yang pahit. So, Kjee ubahsuai dan buatlah Kastad Telor kukus dan curah dengan sos gula Melaka yang telah dimasak hingga agak pekat.

Tapi beberapa hari lepas, Kjee tengah tengok Paula Deen masak di AFC. Dia buat old school baked egg caramel. Old school tu maknanya fesyen lama.

Isyhh tetiba terbuka pulak pintu hati Kjee nak buat walaupun selama ini Kjee bukan tak tahu nak buat tapi kononnya tak suka. Kononnya curah sos gula Melaka lagi sedap. Actually memang sedap pun. Lihat SINI.

So tadi Kjee pun masuk dapurlah nak try resipi Paula yang Kjee sempat simpan dalam handfon ari tu.

Dapatlah empat bekas kecik2. Sorang satu. Hehehe. Sedap dan next time boleh buat lagi.

Jom kita intai resipi.



BAKED EGG CUSTARD CARAMEL
sumber: PAULA DEEN
tried and tested by: YOURS TRULY

BAHAN2:

5 biji telor gred A (Kjee guna 6 gred B)
setengah cawan gula (Kjee guna tiga suku cawan soft brown sugar)
3 cawan fresh milk (Kjee guna low fat milk)
setengah cawan susu cair (Kjee tambah)
secubit garam
1 sudu kecik esen vanilla
pewarna kuning (Kjee terlupa)
1 cawan gula putih (buat gula hangus)

CARA:

Panaskan oven suhu 190 darjah.

Masak secawan gula hingga perang dan tuangkan terus ke dalam bekas atau bekas2 kecil yang telah disediakan.

Pukul telor bersama setengah cawan gula hingga gula hancur. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan garam. Kemudian Kjee tapis mixture walaupun Paula tak tapis. Ini supaya mixture bebas dari kekotoran atau lendir2 telor. Kalau suka boleh bubuh sikit pewarna kuning. Setelah tapis baru masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

Letakkan bekas yang mengandungi gula hangus ke dalam bekas (alluminum tray). Kemudian tuangkan perlahan2 mixture telor ke dalam dalam bekas gula hangus tadi. Masukkan ke dalam oven. Kemudian perlahan2 curahkan air panas ke dalam alluminium tray.

Bakar dalam water bath (Bain Marie) tu selama 1 jam. Chill sebelum makan.





1 comments:

inahar ali said...

kita pun kalu wat puding karemel ni selalu baked lam oven je kakjee sbb maleh nk kuarkan pengukus..hehe!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...