Tuesday, December 4, 2012

SAFAR BULAN NAHAS?

ehsan google
























Masa Kjee kecik2 dulu, apabila tiba bulan Safar, arwah bapak akan bawak kami ke Tanjung Keling, Melaka untuk Pesta Safar. Macam2 aktiviti di tepi pantai dan tengah laut. Masa itu, Kjee tak faham apa2. Hanya tahu bulan Safar, semuanya happening.

Kemudian apabila semakin dewasa, arwah bonda beritahu, bulan Safar sebenarnya bulan 'nahas'. Banyak berlaku kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Tetapi semakin Kjee dewasa, Kjee tak dengar lagi pesta2 menyambut bulan Safar di Tanjung Keling, Melaka. Sudah tidak ada lagi ataupun masih ada tetapi mungkin Kjee tak tahu.

Kjee tidak pernak pulak terlintas di fikiran masa itu untuk bertanya Bonda dulu kenapa harus diadakan aktiviti pesta di tepi2 pantai di Melaka, di bulan Safar. Sepatutnya, kalaulah bulan Safar bulan 'nahas', patut diadakan majlis keagamaan kan?

Masih lagi segar di ingatan, pesan Bonda dan bapak kalau tiba bulan Safar. Hati2 di jalan raya, pesan mereka. Tetapi sekarang ini orang sudah tidak banyak mengingati bulan Safar.

Bagaimanapun, ketika pergi menemani UnclePali pergi servis kereta di Keramat pagi tadi, kenangan mengenai bulan Safar kembali segar. Mekanik Abang Amran menyerahkan kad undangan perkahwinan anak lelaki sulungnya pada 16 Disember bersamaan dengan 2 Safar.

Isyhh patutlah banyak accident sekarang. Bulan Safar, rupa2nya. Oppps belum masuk bulan Safar lagi. Pertengahan bulan ini barulah kita melalui bulan Safar.

Apapun, malang tidak berbau. Ia tidak menunggu bulan Safar. Sejak akhir2 ini, sejak bermula cuti persekolahan, Kjee tengok banyak sangat kemalangan jalan raya. Ada berlaku depan mata Kjee dan ada juga Kjee dengar di berita TV.

Hujan lebat mungkin menyebabkan kemalangan2 tersebut. Atau manusia sekarang sudah hilang kesabaran. Hendak cepat sampai ke destinasi tanpa menyedari maut mungkin menunggu di penghujungnya. Wallahualam.


7 comments:

  1. bulan safar membawa nahas?Kalau dulu2 mmg kepercayaan gitu ada tp sejak kita sudah memahami secara telus agama maka perkara tersebut tidak di katakan lagi.Sesungguhnya apa yg berlaku bukan kerana 'sial' bulan tersebut tetapi memang telah di takdirkan oleh Allah.....jauhilah pemikiran tersebut kerana boleh membawa kepada kemurkaan Allah iaitu syirik..wallahualam

    ReplyDelete
  2. di dlm islam tiada bln yg tidak baik...jika kita menganggap bln safar bln nafas ditakuti boleh menjadi syirik....nauzubillah

    ReplyDelete
  3. mcm kenal je pintu gerbang tu... dekat dengan rumah saya tu..

    ReplyDelete
  4. kalau cina dia org percaya ada satu bulan dalam calender dia org yg di panggil bulan hantu. Alah yg dia org duk bakar pebenda ntah kat tepi jalan tuh. dan dalam bulan yg sama dia org believe banyak accident akan berlaku... Kawin pun tk digalakkan dalam bulan itu

    ReplyDelete
  5. follow citer nie teringat kisah dulu mengikut aruah ayah pergi ke pantai Tanjung Keling (Pantai Puteri) untuk tengok orang mandi safar dan dapat naik kereta lembu...ramainya org beraktiviti masa tu...sekarang dah tak der lagi...

    ReplyDelete
  6. jadi khurafat. orang2 dulu pengetahuan agama mereka cetek. bulan safar cuti, mandi kat laut, mandi safar.

    ReplyDelete
  7. ingatkan aruwah nenek saya je cakap .. huhuww rupanya org tua-tua dulu mmg cakap ye

    ReplyDelete