Tuesday, December 25, 2012

USAHLAH MENGUNDANG NAHAS!!


DIBAWA ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

 -fotoBERNAMA

3 comments:

Ayu azmir said...

mintak2 die selamat

Kjee said...

alhamdullilah dia diselamatkan oleh orang ramai. hanya motorsikalnya dibawa arus deras dan gagal diselamatkan.

Cik Nor said...

malang tak berbau katakan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...