Friday, February 8, 2013

BERATNYA DERITA SHILA AMZAH



Ada sesiapa layan Hot fm pagi tadi? Lebih tepat lagi pada jam 9.50 pagi apabila lagu Ombak Rindu nyanyian Shila Amzah di keudarakan. Khabarnya, lagu itu di upload sendiri oleh Shila di You Tube kerana tidak tahan dengan kemelut yang melanda dirinya, keluarga serta kekasihnya.

Khabarnya, dia menyanyi sambil teresak2. Dan penyanyi itu menyatakan matanya bengkak kerana asyik menangis.

Aduh gimana ni Pak ND Lala, Ibu Fauziah Sarman?

Kjee baca berita ini di mStar Online. Tapi belum sempat nak tonton kat You Tube, video itu telah disekat aksesnya. Kenapa pulak disekat kan? Aduhhh.

Anyway, Kjee rasa ini kes amat berat. Ibu Bapa Shila harus segera mengesan di mana anak mereka ini berada. Shila melalui twitnya memberitahu dia ada ditempat rahsia, sendirian. Jangan biarkan 'benda2 yang tidak diingini' berterusan menggangu fikiran penyanyi ini. Kena bertindak pantas sebelum terjadi apa2.

Pada Shila, percaya lah semua sayang kamu. Mahu yang terbaik buatmu. Kami bukan keluarga bukan darah daging. Bayangkan bagaimana perasaan ibu, ayah dan adik2 apabila Shila jadi begini. Ingatlah, Allah swt sentiasa ada untuk mendengar rintihan hatimu. Insya Allah.


13 comments:

Norasiah Nasir said...

kesiannyer shila..di saat meniti kejayaan dlam karier..ada dugaan..dalam mencari pasangan hidup..

sepatutnya..kita tak perlu bebankan lagi perasaan dia..begitu juga dengan sharnaz..dia tak sepatutnya membuat respon begitu di akbar..

faTmadesign said...

salam..
aah tadi pagi pun terkejut jugak dgr kt hotfm...
sian shila...tersedu sedan die nyanyi..
apa2 pun shila jangan derhaka kpd ibubapa kita k..
cinta hati boleh cari dan boleh diganti
tapi ibu bapa xde ye penganti sampai mati...
take care k.

izan yahia said...

As salam kak gee...listen to this song shila hamzah wth n d lala : http://youtu.be/t2qwhxgFt30....syahdunyaaa

Kjee said...

Terima kasih Izan Yahia.

Anonymous said...

Klo dah mcm ni kak jee, sy rasa biarlah dia kawen dgn cinta hati dia. (Walaupun sy x suka dgn dia).

Master Noraaizan said...

ciannya shila ni... tak pe Doa banyak2.. Allah kan ada, bersendirian tu baik, cuma bila bersendirian pemikiran kene positif... sayang seseorang ada hadnya.. sayangi diri sendiri dan ingat doa dan doa dan minta dan minta pada Allah.. solat istikharah banyak2, insyaalah Allah akan beri jalannya... cepat atau lambat hanya dia sahaja yg tahu jawapan apa yg mahu diberi pada kita.. janji kita MINTA... amin..

NenetPenne (NP) said...

karier bagus tapi personal problem pulak yang tak bagus...
kesian laa kat shila nih
yang bf satu hal
yang mak bapak tu memang tak boleh nak kata apalah
tulah kita ni, kalau ada bf tak payahlah canang2..bila dah jadi mcm ni, satu malaya dah tahu...
entahlah tak tahulah apa nak jadi dengan mereka ni cumanya harap2 win-win situation laa kan...
kalau dah bukan jodohnya dgn si lelaki tu, redho jelah..pi china, fokus pada karier... mana tau kot2 dapat jodoh lain...
pada shila, he is just ur bf jer dik...not ur hubby or what...
ur parents is ur ultimate priority...

Anonymous said...

Suka shila sangat2...di harap shila tabah dgn dugaan ini...ada hikmah di sebalik semua itu...fikir pjg...org yg pns baran susah ditgani...ego terlalu tinggi...blum apa2 dh timbul mcm2 perkara yg x best...naluri ibu bapa selalu nya benar...ntah nape...mmg x suke shanaz tu...iskh...

Anonymous said...

Apalah sangat dugaan putus kasih ni............lihat saja kemelut di Palestin. Kematian org org yg dikasihi dalam keadaan yang tragis... Sempat ke dia orang nak melayan perasaan begini rupa....

Murni Jamaludin said...

Shila amzah xpayah la nk canang lg perasaan sedih kt sharnaz tu.please hav some dignity.sharnaz tu bukn satu2nye laki kt dunia ni.wake up 4 reality...

Anonymous said...

Setiap yang berlaku mesti ade hikmahnya. Mgkin Allah nak mengurniakan seseorang yang TERBAIK untuk kita. Kena fikir positif.....

Grand Dish Cafe said...

bagus entry k.jee ni. semoga mereka semua bersatu balik. harap ibubapa dia tak biarkan dia terus macam ni.kesan dimana dia dan bawa balik. perbetulkan mana yg silap

Anonymous said...

shila....masa kt sk danau kota dulu....cikgu kenal kamu....dan tahu siapa kamu....jadilah diri kamu...jaga diri kamu....diri sendiri dahulu....ibubapa & keluarga....kemudian barulah orang lain....hati2 dalam laluan hidup....cikgu telah berpindah ke Johor....tetapi cikgu tetap doakan kejayaan kamu....dan bangga dgn kamu....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...