Pages

Thursday, February 14, 2013

SEPAGI DI BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR



Masa mula2 sampai, jenuh pujuk suruh turun pokok



Agaknya dah dekat 6 bulan Kjee tak ke Bukit Malawati. Kesihatan tidak begitu mengizinkan. Kalau tidak, sebulan mesti dua atau tiga kali ke sana. Semata2 kerana rindukan anak2 bulu yang berlainan species dengan yang ada kat rumah.

Ada kata kera, monyet, siamang dan lotong. Tapi di mata Kjee sama jer...monyet or monkeys. Beberapa bulan lalu ada banyak kera di belakang rumah Kjee. Mereka masuk ke kawasan laman dan menyusuri pagar yang mengelilingi rumah kami.

Tetapi sejak jiran belakang bela anjing, kera2 tu dah tak kelihatan lagi. Dan buah2 betik yang masak hanya menjadi habuan burung.

Kerinduan itu telah membuatkan Kjee mengajak Unclepali ke Bukit Malawati pagi tadi selepas menghantar Nadia ke Bank Rakyat, Sg Buloh. Yang masih tak tahu, Nadia baru dua minggu  jalani internship di bank tersebut.


sekilo setengah yang siap kami patah2kan 

Sebelum ke Bkt Malawati, kami ke Pasar Pasir Penambang untuk membeli kacang panjang. Unclepali beli sekilo setengah dengan harga RM6. Kat atas Bkt Malawati ada jugak India jual kacang panjang tapi mahal. Secekak kecik (agaknya tak sampai 50gms) RM1.

Unclepali patah2 dulu kacang panjang itu dalam kereta masa di pasar. Kalau buat di Bkt Malawati, mau haru monyet2 tu attack kami. Hehehe.

Walaupun sekilo setengah nampak banyak tapi sekejap saja habis kami beri makan monyet2 tersebut. Unclepali kata lain kali kena beli 4 kilo.



Kjee yang penakut mula2 hulur melalui cermin yang diturunkan sikit


Kjee selama ini memang tak berani nak keluar kereta. Hanya amik gambar dan hulur di celah2 cermin kereta yang diturunkan sedikit. Tetapi hari ni, tetiba berani pulak. Cermin kereta Kjee bukak sepenuhnya dan beri mereka makan tanpa takut. Rindu sangat lah tu.






Last2 berani pulak. Hehehe


Sedih Kjee tak dapat snap gambar Unclepali sedang dukung seekor anak monyet. Susah nak dapat peluang cam tu.

Kalau pergi di weekdays, kereta boleh dibawak sampai ke atas bukit. Hujung minggu kena park kat bawah bukit dan menapak. Tak best. So, pepandailah pergi on weekdays. Orang pun tak ramai.

On the way balik, singgah kat gerai Cendol Pak Bakar. Dah besar dan cantik sekarang. Sedapnya masih maintain cuma tiada yang free. Dulu2 boleh top-up santan, gula dan sebagainya percuma. Sekarang turut ada drive-tru tapi lupa nak snap gambar. Hehehe



4 comments:

NaOMi said...

Beraninya Uncle Pali riba monyet tu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila tengok Kak Jee bagi makan mereka, sy pun jadi rindu. Dah lama tak bagi mereka ni makan, selalu beli roti, lepas ni bolehlah bagi kacang panjang pulakkan... tiru Kak Jee, hehehe

eithusa said...

salam kakjee.
seronoknya klu dpt kesana, gambar no.1 mmg sweetlah! tgk monyet tu mcm nk minta suap jer.. hehe.. dan unclepali mmg berani la siap bagi monyet tu ddk atas riba lagi.. gambar no.6 tu pon sweet..tgk monyet tu mcm merajuk jer hehe..

Anonymous said...

cendol bakar tu .. sedap juga tapi bekasnya kecik sangat. Harga boleh tahan!! Kaunter order tu punyalah tinggi. Dengan saya .. paras hidung :( ... masa saya singgah ujung tahun lepas tu, ada org TV 3 kot .. sedang buat temuramah. Bagi saya .. mewah lagi makan cendol pulut di utara ( menghala ke UUM ). ' mewah dari segi ' content' dan ' harga' .. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...