Saturday, February 16, 2013

TEMPAYAN DI BANDAR BARU SUNGAI BULOH




Kjee suka sangat kalau nampak restoran Melayu yang guna nama Melayu. Tak kesahlah kalau diletak nama Restoran Air Tangan Bonda, Restoran Bapakku (serius ada Kjee nampak tapi lupa kat mana), Cengkih, Asam Garam, Kuali dan sebagainya.

Yang terbaru yang Kjee baru nampak di Bandar Baru Sungai Buloh ialah Tempayan. Buka belum sampai sebulan.

 Mula2 signboard restoran tu naik sebelum dibuka, Kjee ingatkan restoran mamak atau Pakistan. Maklumlah sekarang kan kedai mamak/Pakistan ada buat roti tempayan aka tandoori.

Dah banyak kali Kjee nak singgah Restoran Tempayan tapi tak jadi sebab susah nak dapat parking. Intai dari dalam kereta, nampak restoran tu penuh jer.








Tapi beberapa hari lepas, nasib Kjee baik. Nadia pergi dinner dengan staff Bank Rakyat. So dia tumpang salah seorang kawannya yang tinggal berhampiran restoran itu. Kjee janji jemput dia dekat2 situ. Dan kebetulan malam tu, terdapat banyak parking depan Restoran Tempayan. Restoran pun nampak lengang.

Apabila sampai, waiter datang beri menu. Kjee tengok menu. Ada macam2 makanan. Kebanyakkannya ala Thai dan harganya amat berpatutan. Malah lebih kurang sama dengan gerai2 ala Thai kat Sungai Buloh.

Tapi yang menariknya mengenai restoran ini ialah hiasan dalamnya. Hiasan ibarat sebuah rumah kampung yang berasaskan ukiran kayu. Dan semestinya, terdapat banyak tempayan2 yang besar dan kecik diletakkan di beberapa sudut restoran itu.

Kjee dan UnclePali taklah lapar sangat. Masa minum petang, kami dah makan biskut. So Kjee order Mihun Siam sebab memang teringin sangat nak makan sebab dah lama tak buat. UnclePali seperti biasa, order Nasi Goreng Kampung.





Kemudian Kjee ternampak pulak dalam menu Sotong Goreng Kunyit dan Sambal Udang Petai. UnclePali angguk saja apabila Kjee tanya samada nak try ke tidak.

Makanan begitu pantas sampai ke meja kami. Kjee tidak pasti samada sebab masa itu customer belum ramai atau restoran itu mempunyai ramai tukang masak. Makanan yang kami order memang tidak mengecewakan.

Dengan harga yang hampir sama dengan gerai tetapi dalam suasana yang cukup selesa, Kjee akan ke sana lagi, Insya Allah.

Kjee tanya waiter samada taukenya orang Kelantan. Katanya tauke orang kawasan itu. Orang Kuang.

Dan semasa kami menikmati jamuan, tetiba ramai customer berpusu2 masuk. Alhamdullilah. Harap2 bisnes maju dan bertahan lama.

Suasana dalam restoran elok untuk diadakan majlis2 pejabat, perjumpaan keluarga dan yang sewaktu dengannya. Kjee nampak ada juga ruang khas untuk mereka yang datang dalam kumpulan.




9 comments:

Sekadar Coretan said...

Kak Gee,thanks 4 sharing.Baru rancang2 dengan rakan ofis nak cuba tempat ni satu hari nanti.

-HM-

inahar ali said...

wah..nmpak cam best jek restoran ni kakjee..lokasi nye dekat ngan restoran periuk tu ke kakjee? ke kat area kfc/secret recipe tu?

Kjee said...

Kat koner sebelum KFC and Secret Recipe, Ina. Dulu tapak Bank Rakyat.

waiem said...

Sama dengan kita Kak Jee suka dengan nama restoren nama Melayu. Haritu kita pergi makan dekat restoren Songket kat Jln Yap Kwan Seng. Boleh try pulak Tempayan pas ni

Nota Cikgu Anum said...

aritu kami mkn kari kepala ikan. kari org Melayu. bkn mamak style :)

Md Fauzi Misran said...

ada no fone tempayan tak..??

Anonymous said...

ada no fone tempayan tak??

Anonymous said...

umah saya kat blakang kfc tu.restoran ni ok gakla.nak kata sedap sgt tgk tukang masak kot.lunch sedap tp pagi nasik lemak kureng.ada skali beli sambalnye rasa hangus sket.tp satu yg slese ada tempat utk anak2 main so xlah dorg kacau mak2 makan hehehe..suggestions food cer try masak lomak cili api eh..sodap gak..:)

kamarudin din said...

malam ada western food
..hmm limited tapi not bad...klu ade special request jumpa jer akak chef tu
..grill chicken tak berminyak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...