Pages

Monday, May 6, 2013

MASA UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN BANGKIT DENGAN JENTERA ANAK MUDA!





Keputusan sudah diketahui. Pilihan rakyat so kita harus redho dan pasrah. Tiada siapa yang kalah atau menang. Musabah diri memasing.

Undian kaum Cina meningkat kerana mereka BERSATU!! Itu sesuatu yang kita tak perlu pertikaikan.

Tanya diri sendiri.."Apakah kita orang Melayu telah bersatu semasa menghadapi PRU13?". Kalau jawapannya tidak, tak perlulah kita nak tangisi nasib orang Melayu hari ini!! Sendiri mau ingat.

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah cuba sedaya upayanya. Alhamdullilah Allah swt masih beri beliau peluang untuk memimpin kita semua.

Jangan menuding jari kearah sesiapa apabila Barisan Nasional tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3. Kita tidak boleh mengharapkan DS Najib melakukannya secara solo. So bangkitlah dari sekarang. Tak payah tunggu lagi. Kita mula dari sekarang.

Tadi Kjee berbual dengan UnclePali. Kjee cadangkan agar Kerajaan mewujudkan KEMENTERIAN BELIA. Tak payah cantumkan dengan Sukan!

Kaum Belia perlu seorang Menteri mereka sendiri kerana jumlah mereka yang sangat sangat besar sekarang. Mereka juga perlu budget berasingan untuk menggerakkan segala apa yang harus mereka lakukan.

Zaman Kjee jadi wartawan dulu, Kementerian Belia dan Sukan adalah kementerian yang paling COROT dalam kabinet Kerajaan! Orang yang dilantik menjadi Menteri nya ala2 meletakkan diri mereka diatas landasan untuk belajar. Its like a training ministry!

Tetapi, setelah melihat kebangkitan anak muda ketika kempen PRU13, memang dirasakan PERLU ada sebuah kementerian KHAS untuk mereka.

Siapa agak2nya yang harus menjadi Menteri Belia? Sedihlah kalau korang masih tak nampak!! Kjee berasakan orang paling tepat ialah KHAIRY JAMALUDDIN aka KJ (tak ada kena mengena dengan Kjee) yang baru sahaja pertahankan kerusi Rembau hasil sokongan padu jentera 'adik2' beliau.

Dulu Kjee tak suka sangat KJ ni sebab marah dengan apa yang berlaku sebelum DS Najib ambil alih tampuk kepemimpinan. But he has proved his worth!

Kementerian Sukan pun penting jugak. So, asingkan Kementerian Belia dan Kementerian Sukan!! Kita jugak perlukan kejayaan besar dalam bidang sukan. Harus ada budget yang berasingan untuk belia dan jugak untuk sukan!

Kemudian, sambil Kjee berbual dengan UnclePali, dia kata perlu jugak ada KEMENTERIAN MULTIMEDIA (Internet?) yang tidak dipautkan dengan mana2 Kementerian!

Salah satu penyebab Barisan Nasional gagal menepati kemenangan 2/3 adalah kerana kebangkitan Media Sosial yang tiada sempadan. Rakyat terlalu terdedah dengan segala macam berita yang boleh buat ramai keliru samada ia palsu atau sahih.

Korang jangan kata Kjee pandai cakap jer. Idok ler pandai tapi dah lama sangat hidup. Apa yang mokcik luahkan diatas, hanya pandang peribadi jer. Tak der hasrat nak 'tembak' mereka yang masih hidup atau yang udah tiada.




24 comments:

nurul asiken.apandi said...

salam kak jee..sy sebagai belia sokong kalau kita tubuhkan belia..orang melayu mudah lupa..lepas kesenangan yang kerajaan bg masih tidak menyokong kerajaan..

Anonymous said...

Setuju kak Jee.. buat petition... Saya dah menyesal kerana pangkah PAS smalam..

babylola2u said...

BN kena kaji balik berdasarkan apa yang dah berlaku pada semalam. kalau tak dapat mengatasi masalah tersebut, saya tak yakin BN akan wujud pada penggal hadapan. memang diakui kebebasan bersuara melalui alam siber menjadikan ramai pengundi keliru dan terpedaya. manakala ramai yang ambil kesempatan menjadi ustaz dan ustazah serta alim ulama secara ad-hock.

Juan Fadzli said...

tiga perkataan yang menjadi pengaruh dan tersogok kepada majoriti anak anak muda sekarang. :

PERCUMA . TURUN . HAPUS

PERCUMA saja aku membantu kamu .. maksudnya SIA SIA membantu (TIADA NILAI)
TURUN ... pasti tak naik naik ... LONGLAI
HAPUS .. langsung takde ... KOSONG atau MUNDUR

Kasihan mereka mereka ini. Bantulah mereka menghijrahkan minda mereka.

cikabok king said...

Sokong 110%

noor mala said...


Salam k jee, saya amat setuju dgn pandangan k jee agar diwujudkan kementerian belia dan menterinya khairi jamaludin. Cara dia bercakap dan mempertahankan kawasan parlimen beliau dengan majoriti yang lebih dari pru12 amat diperlukan untuk menarik pemuda dan pemudi kita meminati dan menyertai umno. Fikiran kita samalah k jee...hehehe..This is serious.

Anonymous said...

kak jee, saya sangat sayu dan sedih. kami sanggup pulang dari jauh demi untuk kerusi UMNO/BN tapi dirampas DAP hanya kerana sokongan Melayu yang mudah lupa dan sanggup menjadi kuda.

sampai hati saudara-saudara ku...semoga kamu semua dihimpit rasa berdosa kerana mengkafir dan mengkhianati saudara seislam mu sendiri.



Anonymous said...

gembira bn menang tp sedih bila melayu dikhianati.

Anonymous said...

salam kak..saya setuju..kalau boleh ada peruntukan untuk mewujudkan team cybertrooper pro bn utk menangkis segala maklumat yg salah& menyampaikan perkara yg betul..kalau tgk cybertrooper pro bn sebelum ni,diorg bergerak sendiri,bermati-matian menangkis segala fitnah..tgk saja dap melatih cybertrooper dap yg beribu2 tu..

makcikkantin said...

hidup kak jee!!! hahaha yes thats what they should do...dedulu kan ada belia 4b lah...mesti ada program utk keep remaja kita occupied & knowledgable...at the same time kena semaikan juga sikit history.....supaya mereka tau

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam kak jee. i like your opinions. semlm masa nak menunggu keputusan pru13 pun dada saya mcm sesak aje, bimbang sangat! kat johor ni ... all this while kami sangat setia dan sayangkan BN, tapi bila lihat org melayu tak bersatu untuk membangunkan bangsa sendiri, saya rasa sedih sangat. di kalangan anak muda sekarang ni rata-rata (tak semua yea) terlalu ikut perasaan, kadang2 bila bercakap tak fikir panjang! mungkin dia orang tak rasa susah nak pertahankan maruah negara sebab ramai sekarang ni yang lahir je kesenangan dah terbentang di depan mata! tak rasa susah payah membangun dan memakmurkan negara hingga ke tahap yang terbaik sekarang ini! kita kat johor pun bimbang kalau lagi 5 tahun manalah lagi kaw. parlimen @ DUN yang terlepas ... harap-harap tidak! cukuplah rasanya pengajaran kali ini .... itupun kalau orang melayu cepat bangkit dan sedar dari 'sogokkan' yang memakan diri bangsa sendiri! i luv peace!

Anonymous said...

Saya cadangkan satu badan yang menggesa bangsa kita daftar utk undi Dan juga keluar mengundi. Terutama anak muda. Kaum cina 95 peratus yg mendaftar keluar mengundi. Bangsa kita masih leka tengok TV, pegi shopping. Bila Tanya tak register pun.. Bangsa lain dah rancang 5 tahun lepas

Ingat kita kalau bersatu lebih 50 peratus

Anonymous said...

kenapa anwar takjadi bertanding di tambun?
dia akan kena ataurasa bahang bila di pekernalkan anwar berahim mp dari tambun...hentambuntut.
hahahha

shahrul hafiz said...

Salam kak jie..bernas idea diutarakn..sepanjang sya mengikuti program dgn KJ, sya tertarik dgn karisma n idea yg dia kemukakan..cuma syg sbb ade segelintir pihak yg xmenyukai beliau..harap Kj akn menjadi menteri kali ini untuk memimpin belia malaysia..

Anonymous said...

KALAU DI TENGOK MANA DAP LETAK CALON MESTI MENANG WALAUPUN DIKAWASAN RAMAI ORANG MELAYU MELAINKAN DAP LETAK CALON MELAYU MEMANG KALAH , RASA RASANYA RAMAI AHLI MCA PUN PILIH DAP SEBAB DAP BANYAK TIMBULKAN ISU PERKAUMAN KONONNYA KERAJAAN SEKARANG KURANG MEMBANTU KAUM CINA , LAGI SATU ORANG MELAYU YANG SOKONG CINA DAP NI TAK SEDAR KE YANG SATU MASA NANTI MEREKA AKAN MEMERINTAH KITA MACAM KAT SINGAPURA , BERSATULAH WAHAI ORANG MELAYU TAK KIRALAH ANDA DARI PARTI MANA , BERSATULAH UNTUK BANGSA KITA TERUS MEMERINTAH MALAYSIA

Anonymous said...

pendapat saya kjee....budak muda zaman sekarang tak macam dulu...tiada kesedaran...celik mata semua terhidang depan mata...mereka mana tau erti susah...satu hari nanti bila jatuh bedepuk depan mata baru mereka kelam kabut...masa tu tak guna dah nak menyesal kerana nasi dah jadi bubur...oleh itu better bersedia dari sekarang...saya cadangkan kementerian agama dan sahsiah utk ambil tahu perihal akidah dan lain-lain perkara mengenai islam...tk.

Anonymous said...

Sokong Kak Jee. KJ memang sesuai sgt jd leader untuk anak2 muda, nampak berkarisma orgnya walaupun dulu saya pun kurang suka dia. Tun M pun macam dah ok aje dgn young leader ni.

Anonymous said...

Salam, Kak Gee semalaman saya tidak tidur selepas menonton keputusan PRU 13. Satu kejutan, kebangkitan DAP. Difikiran saya cuma fikirkan anak2 Melayu cucu cicit kita akan datang. Bagi saya walaupun macam2 kerajaaan buat untuk kebaikan kaum Cina memang x heran. Apa yang dalam fikiran mereka just untuk menakluki Malaysia. Saya malu bila melihat anak2 Melayu dan orang2 Melayu, baik yang berkopiah, berjubah menjunjung bendera DAP, walhal orang India dan Cina tidak diherannya nak menjunjung bendera PAS. Memang betul kata Datuk Noh Omar pengundi Cina pura2 menyokong BN padahal mereka memangkah DAP.. Wahai kaum Melayuku bangkitlah DEMI MALAYSIA DAN BANGSA KITA MELAYU SEDARLAH ada pihak cuba nak merampas dan menjajah orang Melayu dan Tanah Melayu kita. Janganlah terlampau taksub nakkan PTPTN dihapuskan, tol dihapuskan, minyak diturunkan, fit segalanya2 nak diturun dan dihapuskan dan x habis2 kata kerajaan korup kita lupa akan agenda jahat pihak tertentu. Tolonglah wahai bangsa Melayu ku. Lupakan sengketa yang pasti kita x mahu orang Melayu memerintah negara kita ini. BN kena bersatu dengan PAS sekarang ni.


p/s : Wahai rakan2 Melayu ku kebanyakan pengundi DAP adalah kaum CINA dan INDIA. Walaupun BN berikan bulan dan bintang kepada mereka, tapi mereka x heran. Yang penting mereka dapat menghapuskan orang Melayu dan Hak2 Istimewa Orang2 Melayu di muka bumi ini. Mereka ini amat2 benci dengan orang Melayu dengan apa yang orang Melayu dapat. Allah Hu Akbar.

Anonymous said...

Salam Kak Jee,

Saya harap BN lepas ni fikir lah pasal pengundi melayu yang dah mengundi BN, jangan lah melayan pengundi cina yang minta macam2 dari kerajaan tapi akhirnya khianat..hukum lah mereka ni

Anonymous said...

Sedih tengok anak melayu mengibarkan bendera DAP keliling taman

Khadeeja said...

Assalamualaikum Kak Jee,

Sedih dan bimbang akan keselamatan dan nasib bangsa Melayu.Sampai bila akan jadi begini Allah juga yang mengetahui.Tetapi yang paling menyedihkan sekali ialah bangsa Melayu dan paling utama umat Islam juga yang mensabotaj dan berpaling tadah sesama sendiri.

Keadaan umat Islam yang berpecah belah telah memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.Ideologi berbeza tambahan pula sokongan dari kuasa luar menyebabkan orang Melayu di 'brain wash' sebersih-bersihnya agar membenci sesama sendiri.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah BN harus meneliti kembali kelemahan-kelemahan yang mereka gagal tangani dan cuba untuk memperbaikinya.Jika tidak, nasib bangsa Melayu akan jadi 2nd class or maybe 3rd class dalam negara sendiri.

Wassalam

Anonymous said...

Bguslah, ada juga ksedaran. Ingatlah bangsa melayu islam harus kuat. Bersatu teguh, bercerai roboh.

Anonymous said...

Setuju. Tarbiah ank2 dan keluarga dengar ceramah ustaz n ustzah bertauliah, rmai mufti di Msia.

Anonymous said...

salam kjee..saya setuju dgn kjee.. tak bebaloi balik klate tapi BN kaloh..Ntah apa lh golongan muda ni nak. tak nampak ker apa yang BN dah buat? Sekolah dia dulu tu siapa yang bina kalau bukan kerajaan (BN). ambo sedih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...