Wednesday, September 25, 2013

ADA SESAPA TAHU INI POKOK APA?



















Masa beli hari tu, Nyonya yang bukak nurseri kat depan Hospital Sg Buloh kata daun Selasih. Masa tu pokok tu kecik sangat so Kjee tak berapa nak cam.

Alih-alih bila dah besar, Kjee mula rasa was-was ia bukan pokok Selasih. Baunya pun langsung tak ada bau daun Selasih. Bau daun hijau jer.

Isyhhh pokok palsu ker? Kan sekarang ada macam-macam barang palsu. Daging lembu pun ada palsu diimport dari China.


27 comments:

  1. thai basil.

    kat kedah my mom panggil daun ruku :)

    ReplyDelete
  2. pokok kemangi ni k.jee...nursery mana satu yang k.jee pergi ni hehee...xsilap diaorg panggil lemon basil- ana

    ReplyDelete
  3. mcm tulasi jer...basil jugak ni ni kak jee, bau kuat ckit dr basil biasa..saye ada tanam tp tak pulak membesar bagai johan mcm kak jee punya ni

    ReplyDelete
  4. salam...dari apa yang saya tau...ni spesis selasih juga tapi bkn selasih yg makan ngan laksa johor tu..Ni kami panggil daun ruku...daun ruku pun ada 2 jenis..yg ni ruku putih..satu lg urat daun dia warna purple gelap kami panggil ruku hitam..daun ruku ni kami guna sebagai ubat lelah @ batuk..Ambil daun dia beberapa helai + sikit je kapur sirih tu + beberapa titis air...upar (letak antara 2 tapak tangan & gentel mcm buat buah melaka) dia akan keluar buih pekat..buih tu di sapu pada dada hingga leher untuk mengurangkan batuk & lelah...Wallahhua'lam

    ReplyDelete
  5. pokok ruku-ruku, boleh buat ulam tu....

    ReplyDelete
  6. hi,kak jie...a'ah yer itulah pokok kemangi. biasanya my mertua guna daun tu dlm masak lemak cili padi ikan masin + nangka muda...yummy :)

    ReplyDelete
  7. Pokok ruku/kemangi dia ada bau tapi pokok lebih kurang macam tu. Kalau misai kucing pulak bunga tu tak bermisai, atau belum keluar misai?

    ReplyDelete
  8. Pokok kemangi tu K.Jee, sekali pandang mmg mcm selasih cuma btg dia hijau dan takde bau...pucuknya sedap buat ulam cicah sambal belacan.

    ReplyDelete
  9. Err bunga dia mmg mcm selasih tp kenapa warna dia x brp sama. Jgn masuk dlm makanan kak jee, takut mabuk satu umah nanti

    ReplyDelete
  10. betul la tu kemangi (lemon basil), bunga putih, selasih bunga purple

    http://en.wikipedia.org/wiki/Lemon_basil

    ReplyDelete
  11. Burung jenis nuri kaler kuning biru tu suka sangat makan daun ni

    ReplyDelete
  12. a^a..pokok kemangi....

    ltak dalam br lambuk..atau sayur pucuk midin masak manis,,klu kt tganu la..
    kt lain tpt xtau la..mkn ngan laksa ataupun buat campur dalam ulam kerabu..

    rasenya daun tu sbnrnya kuat sgt baunya dulu2 tp skang,mmg baunya dah kurang..mix agknyaubu

    ReplyDelete
  13. ini kemangi k jee. kalu dibumi klate dibuat ulam cicah budu...

    ReplyDelete
  14. Ni pokok bayam pasir....dulu masa kecik2 selalu tumbuh kat belakang rumak mak. Sejak kecil lagi aku kenali pokok ni sebagai bayam pasir.

    ReplyDelete
  15. daun selasih tu
    ada 2 jenis selasih, satu yang kaler ni...satu yang kaler dark pepel...
    yang ni kurang kuat sikit baunya, tapi adik badik jugak...

    ReplyDelete
  16. It's Thulasi aunty! :) Very special for Hindus. :)


    -Satthiya

    ReplyDelete
  17. Daun ruku , Kat Kedah guna untuk masak gulai siam ( ikan jenahak @ ayam ) sedap sangat.
    Cili api hijau, cili kering , bawang merah , bawang putih, lengkuas, belacan=blend lumat & tumis bagi naik minyak masuk santan pekat , daun ruku , daun limau purut , asam keping , cili api sebiji2 & kacang panjang.

    ReplyDelete
  18. selasih.. sedap masuk dlm masak lemak. ada juga yg mkn dengan ayam penyet dan sambal blacan. buat ulam. chef wan pun penah masak guna daun kemangi ni

    ReplyDelete
  19. kak jee, ini pokok ruku atau saya panggil daun ruku.daun dia saya buat ubat batuk dan saya masuk dalam gulai siam.

    ReplyDelete
  20. owh daun ruku n sejenis ulaman rupanya..patutla bibik saya saya ambik daun ni n dibuat ulam makan bersama nasi. saya ingatkan sejenis tumbuhan meliar. saya n suami agak pelik sebabnya bibik saya tak cabut pokok2 ni semasa mencabut rumput yang lain :)

    ReplyDelete
  21. Pokok ni orang kat kampung saya panggil holy basil

    ReplyDelete
  22. Ini holy basil atau tulasi. Holy plant untuk penganut hindu. kemangi daunnya tidak kerinting ditepi dan bunganya putih . yang ni bunga hijau. bau daun kemangi macam lemon sikit dan sangat sedap dimasukkan dalam masakan ayam atau ikan. yang ni kegunaannya lebih sebagai ubat batuk ( sesuai campur dengan pokok bangun-bangun). selain tu boleh juga buat ulam(saya tak suka)

    ReplyDelete
  23. Tu bukan selasih atau kemangi. Betul namanya daun ruku-ruku atau holy basil. Biasa digunakan oleh orang minang untuk masakan asam padeh dan pangek ikan. Boleh nak buat ulam atau dalam masakan. Bau dia agak kuat dan mirip bau kemangi atau selasih. Orang india pulak panggil daun thulasi. Mujarab utk ubatkan batuk. Campur 7 helai thulasi dgn sehelai sireh, secubit jintan manis dan sedikit gula untuk memgubati batuk (petua drpd jiran india). Alhamdulillah berkesan. Wallahualam

    ReplyDelete
  24. kat kg saya dipanggil pokok kemanggi

    ReplyDelete
  25. Ni la kandungan masakan pad krapau(daging selasih) kat kedai tomyam biasa digunakan org thai vietnam cina dan bagus untuk kesihatan termasuk dalam kaum selasih jugak ni

    ReplyDelete