Monday, September 9, 2013

AYAM PONG TEH BABA NYONYA








Lauk ini adalah antara makanan kaum Baba dan Nyonya yang paling popular. Kalau singgah di restoran Baba Nyonya, menu ni mesti ada. Tapi Kjee tak pernah order.

Kjee dah selalu sangat tengok Chef In The House popular Che Mat Gebu masak lauk ni. Selalu Kjee teruja nak buat kalau singgah di blog Dapur Tanpa Sempadan. Hanya selepas menonton kat TV semalam (lupa rancangan apa kat AFC), maka Kjee rajinkan diri masak hari ni.

Semua bahan2 ada kat dalam fridge. Itu yang memudahkan Kjee untuk masak Ayam Pong Teh ni. Tak perlu keluar masuk hutan cari bahan2 kan? Hehehe.









Bila dah masak tadi Kjee suruh Nadia rasa. Terkelip2 mata dia. Rasa macam masak taucu, Mama. Eh ya lah. Kan taucu salah satu bahan dalam resipi Ayam Pong Teh ni. Kjee rasa macam stew ayam tapi banyak rasa taucu dan asam Jawa. Tapi Kjee akan masak lagi lain kali sebab ia ada rasa yang tersendiri.

Kjee selalu masak lauk Ayam Masak Kicap bubuh kentang yang digoreng terlebih dahulu. Lauk ni sikit lebih kurang jugak macam lauk ayam masak kicap Kjee. Tapi ditambah air asam Jawa, taucu dan kicap. Juga dibubuh cendawan. Actually pasal bubuh cendawan yang buat Kjee teruja sangat nak buat. Kjee memang hantu cendawan!

Korang nak resipinya, singgah kat SINI. Terima Kasih Che Mat for the recipe.

Che Mat kata, kalau simpan semalaman lagi sodap. Oh gitu ker? Next time boleh masak lebih sikit dan sejuk beku. Bila tiba angin topan malas nak masak melanda, boleh panaskan yer.

Lauk ni ada tiga rasa.... masam, manis dan pedas. Kjee tambah cili api Bangladesh yang merah menyala. Tak cukup dengan itu, digandingkan pulak dengan sambal belacan UnclePali dan petai rebus. Kalau ada ikan kering masin pun sedap. Dah plan nak goreng tapi lupa. Hehehe.























3 comments: