Pages

Sunday, September 1, 2013

OGY KAHWINKAN ADIKNYA FAIZAL DENGAN SHIDA

Tiga beradik anak Saadiah dan Ahmad Daud bersama menantu perempuan tunggal Allahyarham
















Walaupun masih belum kebah demam, namun Kjee gagahkan juga memenuhi undangan dari sahabat Kjee, Ogy Ahmad Daud yang membuat majlis menyambut adik ipar. Adik lelaki tunggal Ogy, Faizal Ahmad Daud baru-baru ini bernikah dengan Shida Abdul Rahman dari Taiping, Perak.

Sebaik melangkah ke lokasi kenduri di Mesjid Jalan B, Taman Melawati, Kjee join duduk semeja dengan Pengarang URTV, Huzzaini AR atau lebuh mesra disapa Huzz. Turut menemani Huzz ialah Yusof, jurumekap artis yang popular.

Sebak seketika apabila lagu 'Sudah Kahwin Ke Belum' dendangan Allahyarham Datuk Ahamad Daud dan jugak Allahyarham Datin Rafeah Buang berkumandang. Terasa seakan Allahyarham Datuk Ahmad Daud ada di situ meraikan majlis anak bongsu lelaki tunggal kesayangannya. Al Fatehah.






Kami berkawan rapat sejak berpuluh tahun. Sebelah Ogy, kakaknya Ani

Fazlyana atau Baby

Faizal dan Shida yang diraikan

Kemesraan tiga beradik

Mak Pengantin : "Jangan tanya bila turn akak tau.."










Huzz, Baby dan silent reader blog Kjee

Hjh Norazah Aziz

Huzz, Editor URTV

Nadia dan Papa





Nor,  silent reader blog Kjee dari Ampang pun ada



Tidak ramai yang Kjee kenal di majlis itu selain Huzz, Yusof, Hajah Ahmad Idris dan Hajah Bahyah Mahmud. Selainnya adalah kenalan allahyarham Datuk Ahmad Daud. Rumah Allahyarham dulu sebelah mesjid tersebut.

Ini adalah perkahwinan kedua Faizal yang mesra disapa Boy. Faizal juga seorang pelakon di zaman keciknya. Kalau tak silap Kjee, dia berlakon di sisi Ogy dalam filem Hati Batu.

Selamat Pengantin Baru, Faizal dan Shida. Moga berkekalan hingga ke nafas akhir. Amin.

Ogy yang jugak 'mak pengantin', mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Juga sempat beri 'amaran' agar jangan ditanya bila pulak gilirannya untuk menamatkan zaman solo. Hehehe.

Majlis juga dihiburkan dengan gelagat mesra aktres Fazlyana Ahmad Daud atau Baby, adik perempuan bongsu Ogy. Ibu mertua Fazlyana, Hajah Norazah Aziz, juruhebah popular RTM turut hadir.

8 comments:

nurun said...

ingtkn kawin ngn cikgu shida youtube tu..

shaty said...

wajah FAIZAL iras-iras wajah arwah Ahmad Daud

Che Rosliza Che Mat said...

Selamat Pengantin Baru Untuk Adik Kak gee

Lynn said...

oh..ada adik lelaki rupanya ye kak ogy..

zana fahmi said...

Kjee...kirim salam kat Huzz, bgtau dia kakak kpd Nizam Jamil (dia mesti ingat punya) dari Bangi.

LydSunshine said...

ogy tetap cantik mcm dulu.

nadia dah bertudung ye kak gee.

Nurie said...

Dalam hati terdetik juga nk tanya..

Bila kak Ogy nak berdua.

Rupanya ada ayat amaran disitu...:)

Ayu Rashid said...

Ayu suka sangat kak baby berlakon. Apa2 watak dia bawak mmg menjadi. Dan dia sangat cantik

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...