Pages

Tuesday, September 17, 2013

PELAKON LAWAK BUKAN ARTIS GRED COROT


Jozan antara 'baby' kelahiran Astro yang hebat!!



Hari tu Lisa Surihani terkejut apabila dia dapat award Pelakon Lawak Wanita Terbaik. Macam dia kurang selesa orang panggil dia pelakon lawak. Walaupun pada Kjee dia cuba cover line dengan menyatakan award tu lebih elok diberi kepada orang lain, namun Kjee rasa-rasa tahu kenapa dia terkejut.

Satu ketika dulu, tempat pelakon lawak atau pelawak tidaklah eksklusif sangat. Geng pelawak duduk di tangga paling corot dalam industri seni tanahair. Malah, pembikin filem ataupun drama jugak bagi habuan paling ciput kepada mereka.

Kenapa industri seni mempunyai tangapan pelawak tidak boleh diletakkan di tempat teratas industri ini, tak lah pulak Kjee ada jawapannya. Tapi sejak azali, sejak Kjee menapak jadi anak seni, begitulah nasib insan-insan lawak.


Jep dan Shuib




Insan-insan lawak ini sebenarnya yang mewarnai industri tanahair. Tanpa mereka, walaupun watak sekecil manapun dalam drama atau filem, akan membuat penonton berwajah ketat sepanjang mereka menonton.

Contohnya. Dalam sebuah filem atau drama yang serius, kalau ada satu watak makcik melatah atau pemuda bodoh-bodoh alang pun akan buat penonton ketawa atau tersenyum. Bukan mudah sebenarnya hendak buat penonton ketawa. Buat penonton menangis, amat-amat mudah.

Justru Kjee rasa ada insan pelawak yang agak terguris hatinya apabila Lisa seolah-olah 'menolak' gelaran yang diberi kepadanya . Mungkin atas alasan gelaran itu 'kurang kelas'.

Apapun, tangapan insan lawak sebagai artis gred bawahan, kini mungkin mula berubah. Ramai pelakon lawak kini hidup lebih mewah daripada pelakon-pelakon yang meletakkan diri mereka lebih tinggi dari insan lawak.


Ebby Yus

Yus Jambu


Nabil 




Kita lihat sahajalah contoh paling dekat. Johan, Zizan, Nabil, Yus Jambu, Jep Sepahtu dan juga Ebby Yus, sekadar menyebut beberapa nama, adalah antara insan-insan lawak yang 'cukup mewah' kehidupan mereka daripada ramai pelakon-pelakon bukan insan lawak.

Tak payahlah kita hitung berapa pendapatan mereka tetapi dalam senyap, ada diantara mereka bergelar jutawan. Tapi mereka tidak war-warkan kemewahan mereka kerana itu tidak penting. Kehidupan atau laluan sukar mereka sebagai pelakon/pelawak sebelum ini membuat mereka lebih hati-hati dan mungkin jugak berjimat cermat.

Hari ni seorang lagi pelakon baru yang tak berapa hebat, juga tidak selesa digelar pelakon lawak setelah membintangi beberapa drama dan filem dari genre tersebut. BACA SINI. Mungkin dia tidak sedar betapa sukarnya untuk mendapat pengiktirafan 'pelawak'!!

Sesiapa sahaja boleh berlakon tetapi tidak semua boleh jadi insan lawak atau pelawak kalau dia tidak mempunyai BAKAT LAWAK. Bakat itu sukar untuk diperolehi. Kalau masuk kelas lakonan, mungkin dia hanya boleh berlakon. Tapi, bakat 'buat orang ketawa menguling-guling' tidak boleh dipelajari.

Pelawak boleh melawak dan menghibur TANPA SKRIP. Tapi mampukah seorang pelakon waiimah sehebat mana pun, berlakon tanpa skrip? Kau fikirlah sendiri!

Jadi, artis-artis yang baru setahun jagung jadi pelakon, usahlah pandang hina PELAWAK atau PELAKON LAWAK. Mereka, sebenarnya, jauh lebih hebat dari korang!!

Kjee ingin memberi sekalung bunga kepada ASTRO kerana berjaya melahirkan ramai Pelawak Tanahair sejak empat atau lima tahun kebelakangan ini. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh mana-mana stesyen di negara ini!!!!! Tanpa usaha Astro, bakat mereka hampir terkubur!




Mereka yang membuat penonton tak kering gusi

5 comments:

imie fatiema said...

Assalamualaikum kak, dari saya kecik saya minat lakonan ebby yus, natural je..sampai skrg masih minat beliau tapi semakin susah nak lihat di kaca tv.

paridah said...

Pelawak2 kini adalah artis2 gred tinggi kerana mrk boleh menyanyi dengan baik, berlakon pro, berlawak apa lagi jika mahu dibandingkan dgn artis2 yang hanya tahu menyanyi atau berlakun semata...

akmall said...

Salam Kak Jee, saya bukanlah hendak menidakkan apa yang kak jee perkatakan sebab kak jee lebih jelas dah arif dalam bidang ni, tetapi, saya rasa Lisa Surihani tidak sekali-kali ingin merendahkan martabar insan-insan lawak tanahair. Mungkin dia terkejut sebab dia buat insan lawak, kebanyakkan filem dia adalah filem yang berteraskan romantik, drama camtu, dan tidaklah dia menyangkakan bahawa percubaannya dalam Istanbul Aku Datang memberikan kejayaan yang sebegitu.
Jikalau nak dicakapkan begitu, ingat lagi tak Fizz Fairuz masa dia menang ABPBH untuk artis lelaki TV popular yang menyatakan, lebih kurang camni, "saya tak sangka saya menang, saya manalah ada peminat", apa yang akan peminat Fizz fikirkan? lagi terasa bukan?

Tapi, mungkin fizz juga terkejut dengan kemenangannya yang saingannya hebat2 belaka.

Terima kasih kerana terima pandangan ini.

*saya selalu baca blog kak jee...

Anonymous said...

Kalau takda pelakon lawak atau pelawak,nampaknya ramailah yg muka monyok dan muka sedih je
..tak bestlah macam ni,kan...

SITI said...

Betul tu Kak Jee...bukan senang nak jadi pelawak yang boleh membuatkan penonton ketawa....pelawak yang bagus bukan saje boleh melawak tapi boleh transformasikan situasi semasa, nasihat dan pengajaran dalam lawaknya dan boleh melawak secara natural bukan dibuat-buat dan yang paling penting...bukannya lawak bodoh semata...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...