Tuesday, September 24, 2013

SELEPAS PETROL, KJEE JIMAT GUNA ELEKTRIK PULAK!!!








Semalam Kjee beritahu korang cara Kjee jimat duit untuk petrol walaupun sabsidi minyak telah diturunkan. Kjee sebenarnya tidak menyangka dapat berjimat sebanyak itu. Rupa-rupanya selama ini, Kjee telah membazir tanpa disedari.

Semalam, setibanya di rumah setelah ke dentist dan follow UnclePali menjalankan kerja-kerja rutin kat luar, Kjee dikejutkan pulak dengan bil elektrik dalam pos box. Tiap bulan kami ketar jugak apabila tiba bil elektrik. Maklumlah sekarang musim panas, jadi setiap sudut rumah dipasang kipas angin untuk menyejukkan udara.

Malam pulak, air con dipasang full blast sebab tak tahan kepanasan. Walaupun master bedroom kami taklah besar mana, tapi air con 1 hp yang sepatutnya memadai, kalah di musim panas. Ada kalanya Kjee pasang kipas siling dan air con sekali gus. Bilik Nadia pun ada air con. Sebab itulah risau jugak hati apabila bil elektrik sampai.

Kjee tatap bil elektrik sambil diintai UnclePali dan Nadia. Dialog serentak : " Berapa bil bulan ni? Bulan lepas RM219.."



























Mata kami terbeliak. Cepat-cepat  Kjee congak. "Eh jimat RM53.59!!!" Macam tak percaya. Walaupun mungkin korang rasa tak banyak, tapi pada Kjee jumlah tu banyak sangat. Bayangkan kalau untuk petrol jimat RM200 dan elektrik pulak RM54. Jumlah RM254 tak besar ke? Ko ade?

Korang nak tahu camner Kjee jimat? Mula-mula Kjee guna kaedah bebel sampai tahap gaban sampai dua penghuni lain dalam rumah terpaksa ikut sebab tak sanggup bingit telinga. Sorrylah, Kjee taklah suruh dia orang duduk dalam gelap atau jangan tengok tv atau jangan mengadap computer. 

Ohh tidak. That's not my style. Hidup kita tak tahu sampai mana. Bila-bila boleh padam. So enjoy whatever you have been doing, while it lasts. Suka hatilah UnclePali atau Nadia nak guna computer, nak tengok tv sampai jauh malam atau nak pasang kipas angin atau air con full blast.

Tetapi, Kjee akan bising kalau lepas guna alatan elektrik dalam rumah, plug nya tidak dicabut.

Ilmu ini Kjee lama dah tahu. Seringkali diingatkan di Facebook dan sebagainya. Kononnya, kalau alat elektrik tidak digunakan tetapi plug tidak dipisahkan atau dicabut, arus elektrik akan terus mengalir dalam jumlah yang sedikit. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak kan?

So itulah kaedah yang Kjee paksa UnclePali dan Nadia turut. Dulu, plug kat rumah tak pernah dicabut. Dibiarkan sepanjang hari, sepanjang masa. Malah, computer pun tak pernah shut down. Sebab itu bil elektrik Kjee tak pernah rendah dari RM200. Pernah jugak capai tahap RM300.

Sejak bulan lalu, Kjee mula bising. Sebelum tidur, akan kedengaran suara Kjee mengingatkan.."Plug kat dapur, tv, kipas angin dah cabut? Computer dah shut down?

Minggu pertama dan kedua, kekadang UnclePali dan Nadia terlupa juga. Dan Kjee yang setiap hari bangun paling awal, akan tahu samada tugasan UnclePali dan jugak Nadia untuk mencabut semua plug dalam rumah (kecuali peti ais), telah dilakukan.

Sekarang dah jadi macam rutin. Nadia jaga plug dapur dan UnclePali di ruang TV, bilik computer dan ruang depan.

Justru, hasilnya dapat kami lihat pada bil elektrik bulan ini. Bulan lepas RM219.50 dan bil terkini RM165.91. Dua-dua bil tersebut adalah bacaan sebenar.

Kjee sekeluarga akan terus melakukan rutin penjimatan sama sampai bila-bila, Insya Allah. Kjee bukan harapkan penurunan mendadak lagi tetapi kalau boleh maintain jumlah yang sama setiap bulan, Alhamdullilah.

Bersiap sedialah. Khabarnya tarif elektrik jugak akan naik tidak lama lagi. Sediakan payung sebelum hujan. Yang ada bot, sediakan bot sebelum banjir. Hehehe.

PERINGATAN:

CABUT TERUS PLUG BUKAN SEKADAR MATIKAN KARAN JER TAU.

10 comments:

  1. Info yg bagus Kak Jee. Nanti nak praktikkan kat rumah pulak.

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Gee, plug tu memang nak di cabut ya. Kalo stakat off memang x de makna ya. Saya slalu off aje. Plug x cabut. Rynn.

    ReplyDelete
  3. nak buat mcm ni la..bln ni bil letrik naik mndadak..besa purata 130 ..bln ni 180++..terkejut sgt..walhal spjg siang hari x org dlm rmh..

    ReplyDelete
  4. ye lah kak jee..kat ofis selalu diorang pesan cabut plug..tapi kat rumah tak pernah cabut pun..hmm menarik..boleh dipraktikkan..tq kak jee

    ReplyDelete
  5. Nak jimat minyak .. cara pemanduan juga perlu diubah. Kurangkan penggunaan brake, kalau kereta baru tak perlu di panaskan enjin lama ... tak panas pun tak per .. kalau menunggu seseorang , matikan enjin .. buka tingkap. Nak jimat elektrik .. memang dah sekian lama di ingatkan tentang CABUT PLUG ..tapi tak ramai ikut sebab ambil mudah kann .. yer lah tak terasa tekanan harga bil yang tinggi tu. Satu lagi tabiat orang kita .. membiarkan TV on sepanjang hari selagi tak tidur ... walaupun tak ada yang menonton. Pulak tu .. satu rumah ada lebih dari sebuah tv. Saya ' pantang' tengok lampu kerr .. kipas kerrr ... terpasang tapi orang tak ada .. trasa amat membazir

    ReplyDelete
  6. Assalam Kak Jee

    Bila baca entri ni saya tingat rancangan Extreme Cheapstake di channel TLC 707. Rancangan mengenai orang yg kedukut tahap gaban. Best gak tengok boleh kasi idea nak berjimat di zaman harga barang naik la ni.

    Ada satu episode bila nak keluar rumah dia akan pastikan semua plug2 di cabut sbb nak jimat letrik katanya.

    Hehehe

    ReplyDelete
  7. baru ku tahu....tq kak jee...love u

    ReplyDelete
  8. oh tak thu pun psl cabut plug buleh jimat letrik

    ReplyDelete
  9. sya pon nak tnya benda yg sama
    plug mmg sya slalu off, x penah cabut
    lebih efektif klu dicabut ker?

    ReplyDelete