Pages

Monday, September 9, 2013

SUARA R ISMAIL BANYAK DIPINJAM NORDIN AHMAD














Kjee pasti ramai tak kena siapa abang ni. Kjee pun tak kenal sebab dia memang low profile. Nama dia R Ismail. Suaranya cukup lemak merdu. Kalau korang peminat filem Melayu lakonan Allahyarham Nordin Ahmad, hah lagu2 yang didendangkan itu adalah dari suara R Ismail!

Kjee bersempatan bertemu beliau buat pertama kali baru2 ini di Majlis Aidil Fitri Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia. Seorang tetamu yang duduk sebelah Kjee tanya samada Kjee kenal siapa lelaki itu. Terkejut Kjee apabila dia memberitahu itulah penyanyi suara emas R Ismail.

R Ismail cukup popular di awal tahun 60-an dulu. Antara lagu2 yang masih evergreen atau malar segar hingga ke hari ini termasuk Seri Mersing, Gurindam Jiwa, Gelombang dan juga Laila Majnun. Banyak lagi lagu beliau yang sedap2. Korang carilah kat You Tube.

Malangnya, Kjee tidak dapat mendekati Abang R Ismail hari tu sebab malu. Malu sebab Kjee bukan lagi wartawan. Nanti kalau tanya banyak2, dia tanya pulak dari akhbar mana, kantoi aku kan? Tapi beliau tetap memberikan senyuman ketika UnclePali halakan kamera ke arahnya.

Petang tu R Ismail mendendangkan beberapa lagu popularnya satu ketika dulu. Ramai yang bangun memberi standing ovation (berdiri sambil tepuk tangan) kepada beliau. Beliau nampak sihat lagi.

Sampai rumah, menyesal pulak tak tanya khabar abang R Ismail. Ada ke peluang nak jumpa dia lagi?





2 comments:

shaty said...

melihat pada nama R . ISMAIL ..saya sangkakan RAJA ISMAIL .. suami ( ishkk lupa nama pulak ) kepada ... yang juga penyanyi dan pelakon tu .. rupanya ini orangnya ye .. tak pernah kenal pun. Tak pernah lihat dijemput RTM ke TV3 ke

Anonymous said...

beliau pernah buat persembahan ngan orkestra RTM ..cuba cari d YouTube. .

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...