Pages

Thursday, October 31, 2013

AKHIRNYA ADA WARTAWAN 'SERANG' ARBAKYAH MANAN


Kjee sudah tunggu sejak sekian lama... tetapi tidak ada seorang pun wartawan arus Perdana, yang berani bersuara. Dan akhirnya, malam ini Kjee bangga apabila Editor Hiburan MStar Online, Niezam Abdullah membuka langkah.

Mana wartawan lain?  Semua senyap sebab nak jaga hati? Nak jaga periuk nasi? Korang nak kecik hati dengan Kjee? Ade aku kesah!!

Baca tulisan Niezam dibawah ini. Tahniah bro...Kjee tabek springggggg!






ADOIII…

SAYA kalau boleh tak mahu sentuh apa-apa mengenai pelakon Abby Abadi. Sebabnya... tak dapat apa-apa faedah pun melayan artis ini.

Cuma saya terpanggil untuk menegur Abby selepas membaca laporan mengenai ceramah politiknya di Kampung Dulang Kechil, Yan Kedah pada 26 Oktober lalu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berlangsung pada 4 November 2013.

Dalam ceramah itu Abby berkata gejala maksiat yang berleluasa dalam dunia hiburan tanah air adalah kerana Umno. Parti itu menjadi punca dunia hiburan menjadi sesat.

Saya tergelak seorang diri membaca laporan itu... Dia sesat sehingga ke Sungai Limau untuk meracun fikiran rakyat dengan cerita yang tidak betul.

Abby mendakwa, semasa dia berlakon dulu, dia tak pernah berfikir sangat tentang dosa dan pahala.

Saya percaya, kalau dahulu, Abby memang tidak akan fikirkan dosa dan pahala. Sebab itu dia tak pernah hirau kesalahan yang dibuatnya.

Atas sebab itu juga dia tidak rasa berdosa menyerang dan memalukan suaminya Norman Hakim (sekarang bekas suami) di khalayak. (Saya turut berada sama semasa insiden itu dan sama-sama bersubahat dengan Abby untuk menyerang Norman. Saya harap Norman dapat maafkan saya)

Sambung baca di SINI.



11 comments:

Anonymous said...

silap bapak tak didik asas ugama basic masa kecik malah digalak pakai gstring blouse terkinja kinja joined elite. jadinua tak berpendirian.hati gelap maka lagi gelap. jgn kita jadi kufur dan jahil mcm dia.

norhidana miswan said...

kui3... kalu dh benci sume nyer bau taik... mcm2 lah ustazah abby nih

Anonymous said...

Abby ni bodoh! Ckap je lbih....isi lgsg takde...memalukn diri sdri je....ptt le jd janda dh 2x...yg kwin baru ni pun ntah la....djamin akn xlame...laki mane tahan brrbini kn mlut lazer tak bertempat ni...abby oi..ko tu ada anak...ape ko buat anak2 akn uat 2x lbih teruk lg...nti kalo anak2 ko dtkdirkn jd artis lg....pastu pulak juat hal mcm ko..jgn lak slahkn umno yea...sdri yg mkan sumber haram org lain yg disalahkn...ko menjawab le dpan Allah nti abby oi kt pdg Mahsyar nti...kalo ko tak bertaubat...aku ykin semua org tak sbar nk tgk ko mkan dging busuk smuaa ahli umno/ kerajaan...sng ckp ko tu Artis/ penceramah JIJIK yg aku pnah jupe setakat ni.... Uweeekkk abby aBABI!

JunAina said...

Saya sokong pendapat penulis yang sesat, yang maksiat adalah diri individu itu sendiri tiada kaitan dengan mana parti pun. Kalau seseorang itu merompak salah parti jugakkah.

Berubah menjadi lebih baik adalah bagus tetapi berubah dgn ada niat lain selain kerana Allah sendiri fikirlah. Tabik dgn artis2 yang berubah dan perubahan mereka adalah ke arah yg lebih positif.

paridah said...

wah kat kampung unclepali n kak tu jee...orang kampung tu semuanya bijak-bijak belaka dan tahu menilai keperibadian seseorang sbb merekapun gemar membaca dan ambil tahu perkembangan semasa....

Anonymous said...

perempuan ni kalo benar2 berubah ke arah kebaikan tanpa memperlekehkan org lain sure tak ada org akan mengungkit kisah silamnya...tapi.....alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....sendiri carik pasal namanya tu.....
---hani----

Kjee said...

Betul Hani. Mana ada insan (selain Nabi Muhammad saw) yang berfect masa silamnya. Tapi kata nak berhjirah, berubah...tapi makin teruk perangai dari dulu kot.

Anonymous said...

Assalam Kak Gee, minah ni otak di dah weng ni. Cer tgk artis lain yang berhijrah ok aje. Macam Yatt, Diana Amir, Norynn ok aje derang. Si abby ni rasa diri dia bagus sangat tu. Jenis ilmu agama cetek macam ni lah jadi. Dia blum kena buku dengan ruas.

Kjee said...

Malam tadi dapat berita Norman Hakim BUKAN suami pertama Arbakyah. Patutlah nikah secara tertutup kan.

Anonymous said...

Seingat sy la kjee.abby pnah nikah gan seorg lelaki ala2 zamani slam gitu..tp bkan zamani tu!nikah tahan 6 bulan je..pas2 cerai.xpasti org jhor or singapore..tp kita kna rujuk balik majalah mangga thun 1995..zman elite bru mcul dlu..elite kn group mak jan smua.pttnye dia kna lak bdakwah kt smua kwan2 elite dia tu...cube tya norman kru@ bos dia dlu..kenape abby dibuang dr elite..hehe..

The Black Jubah said...

Cinta dunia, inilah penyakit nya...berhijrah kerana cinta dunia dan tak takut Allah dan hari Perbicaraan Besar......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...