Tuesday, October 15, 2013

KEK BELANG RESIPI ARWAH BONDA







Kali pertama buat hari tu, Kjee hanya 55% puas. Nampak memang cantik tapi Kjee rasa Kjee ada buat silap somewhere along the way dan kek itu tidak 'naik' sepatutnya. Ala-ala bantat sikitlah. UnclePali kata okay tapi jauh di sudut hati kata, tak okay.

Malam tadi, lepas buka puasa, Kjee tanya Nadia samada nak buat Kek Zebra lagi. Dia cadang guna resipi arwah nenek dia. Resipi tu dah lama Kjee stacked somewhere. Tapi, geledah punya geledah, zam zam ala kazammm boleh jumpa pulak. So kami guna resipi itu.

Resipi asal arwah bonda guna margerin tapi Nadia insists nak guna butter. Walaupun bonda guna tepung naik sendiri (Self-raising flour) tapi Kjee tambah 1 sudu kecik baking powder.

Bonda guna cocoa powder untuk Kek Belang dia tapi Kjee guna choc emulco dan coffee emulco. Kjee merasakan, kedua-duanya boleh bagi aroma yang lebih sedap termasuk rasa yang Kjee suka.

Hasilnya? Wow sangat-sangat membuat Kjee gum-bira! Bukan sahaja keknya naik agak tembam sikit tapi ia jugak ringan atau gebus! Ini akan jadi resipi Kek Belang Kjee sampai bila-bila.

Jom kita intai resipinya.








KEK BELANG
Resipi asal Arwah Bonda
Olahan Mokcik dan Nadia

BAHAN-BAHAN

1 ketul butter @225gms (Kjee guna Anchor) (Bonda guna 1 cawan margerin)
1 cawan gula halus
1½ cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik baking powder (Kjee tambah)
5 biji telor gred B
¼ cawan susu cair (evaporated milk) (Bonda guna 2 sudu susu pekat manis)
1 sudu kecik esen vanilla (Kjee bubuh 2..hehehe)
1 sudu kecik choc emulco
1 sudu kecik coffee emulco (Kjee letak 2 sudu)
tin acuan bulat 22cm









CARA

1. Panaskan oven. Oleskan acuan. Kjee guna kertas minyak. Bonda oles dengan margerin dan tabur tepung.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kjee ayak dua kali sebab nak perangkap lebih banyak angin.
3. Kacau butter bersama gula hingga betul-betul kembang dan nampak agak pucat. Kjee guna hand mixer.
4. Apabila sudah kembang, masukkan telor satu per satu hingga semuanya habis dipukul bersama hingga kembang dan rata.
5. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Kacau sampai rata.
6. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, mengguna kaedah kaup-terbalik atau folding in method perlahan-lahan hingga rata.
7. Bahagi kepada dua bahagian dan warnakan. Satu warna asal dan satu lagi campurkan choc dan coffee emulco. Kjee bubuh 2 sudu coffee emulco sebab nak bagi warna lagi gelap. Eh sepatutnya bubuh 2 sudu choc emulco bukan coffee emulco kan kalau nak bagi lagi gelap.  
8. Ambil tiga sudu warna asal dan letak di tengah-tengah tin acuan. Diikuti dengan tiga sudu warna cokelat/coffee hingga selesai semuanya.
9. Masuk ke dalam oven suhu 170 C selama 45 minit.
10. Terbalikkan atas redai untuk keluarkan dari acuan.
11. Potong setelah sejuk.

Kali ni Kjee 100% puas hati. Nadia pun tersengih apabila dipotong dan nampak jalur-jalur yang cantik. Ini masih boleh diperbaiki lagi lain kali untuk dapatkan jalur-jalur yang lebih halus. I'm sure kalau bonda ada lagi, mesti dia bangga dengan hasil kerja anaknya.





4 comments:

  1. mmg nmpk beza tekstur kek ni dgn yg kakjee buat dulu. yg ni lagi gebu!

    ReplyDelete
  2. Hahaha Mala perasan. Selama ni Kjee tak pernah amik berat resipi arwah Bonda. Tapi kena improvise ikut keadaan semasa kan Mala. Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  3. Kak jee, kek yang kali ni lagi cantik dan gebu. Sebenarnya resepi lama lebih baik. Saya suka kumpul resepi lama2, saya suka pi kedai buku dan majalah second hand, lagipun kek dulu3 tak pakai ovalette tapi pakai susu pekat manis atau susu cair..

    Miera

    ReplyDelete
  4. Sdpnye kek..kak jee sy minat la cerita rumah kedai dulu.best, ms tu sy tadika.kak jee ade blakon dlm cerita tu kan?

    ReplyDelete