Pages

Wednesday, October 2, 2013

APAM BERAS ENO TERSENYUM SIMPUL







Tak mudah rupanya nak buat. Jenuh Kjee lompat dari satu blog ke blog yang lain. Ada jer yang kata, buat Apam Beras Eno ni sebenarnya, nasib-nasib jer. Kalau nasib baik, maka tersenyum simpul lah dia. Kalau tidak, jadi apam botak. Hehehe.

Satu ketika dulu, senang sangat nak beli apam beras ni. Ada satu gerai depan Klinik Dr Yahya kat AU3 yang jual. Masa Kjee tinggal di Taman Keramat Permai, tiap pagi sebelum keluar gi foodcourt tempat Kjee meniaga, mesti singgah breakfast kat situ dan beli sepeket dua apam ni. Sedap, manis dan gebu.

Oleh kerana ramai bloggers masakan kata tak mudah buat.. actually buatnya senang tapi tak mudah nak dapat ia mekar sejambak, maka Kjee selalu sangat ubah fikiran nak buat.

Tapi malam tadi, Kjee sampai ke blog Table For Two. Setelah meneliti resipinya yang kurang guna gula (blogger lain bubuh 1 cawan, tapi Wendyinkk guna ¼ cawan), Kjee pun tertarik nak mencuba. Tetapi Kjee tak pasti samada dia teringgal bubuh yis. Rupa-rupanya dia guna starter dough. So Kjee tambah sendiri yis, 1 sudu kecik.

Pagi tadi lepas sarapan, Nadia pun mulalah projek buat apam. Kena perap lebih kurang 3 hingga 4 jam. So, elok-elok kami selepas makan tengah hari, sudah boleh dibuat persediaan untuk mengukus.

Di blog Table For Two, Wendyyinkk tak beritahu berapa biji satu adunan. Hanya setelah siap dan setelah Kjee keluarkan semua 24 biji acuan kaca, baru Kjee tahu satu adunan jadi 12 biji jer. Jom kita intai resipi. Resipi asal dalam sukatan grams tapi Nadia sukat ke cawan untuk menyenangkan mereka yang tiada alat penimbang.




























APAM BERAS ENO

sumber     :   WENDYINKK.BLOGSPOT.COM
olahan      :    KJEE
yields       :   12 biji

BAHAN-BAHANNYA

1 cawan nasi         (100 gms)
1½ tepung beras   (125 gms)
¼ cawan gula        (50gms)
1 cawan air - buang 1 sudu besar  (175gms)
½ sudu kecik Eno (peket warna biru)
1 sudu keck yis  (Kjee tambah)
Warna ikut suka

CARA

Kisar nasi bersama air hingga halus. Kemudian masukkan tepung beras dan gula. Kisar lagi hingga sebati. Keluarkan ke dalam bekas yang agak besar dan ada penutup. Masukkan yis dan gaul rata.
Perap selama 4 jam dalam air tight container. Perap di luar jer pada suhu bilik.
Apabila sudah cukup masa perapan, keluarkan kukusan dan panaskan air. Oles minyak di acuan-acuan kuih lompang baik yang plastik ataupun ceramik.
Kemudian campurkan Eno ke dalam adunan yang diperap tadi. Kacau hingga rata.
Kalau nak bubuh pewarna, dibahagi kepada dua atau tiga bekas dan diletak pewarna kesukaan.
Kemudian kaupkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan hingga 95% penuh.
Ini bab paling pentng. Air dalam kukusan hendaklah betul-betul mendidih. Kjee jugak balut penutup kukusan dengan kain.
Apabila air sudah mendidih dengan kuat, kukus apam selama 10 hingga 15 minit guna api besar.
Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan.
Sedap dimakan bersama kelapa parut yang telah dibubuh sedikit garam. Kjee tak sempat nak beli kelapa, dah habis kami bertiga rembat. Apam Beras Eno yang sedap dimakan ketika panas-panas. Tapi sejuk pun okaylah.
















16 comments:

MamaFaMi said...

Salam Kjee....

Kuih apam tu ada yang tersenyum, ada yang malu nak senyum ye. Kalau makan dengan kelapa parut ni, confirm sedap!

Kjee said...

Tak sempat nak beli kelapa parut, dah habis MF. Sedap sangat sebab tak manis. Kalau pekena dengan kelapa parut yang agak manis dan bubuh garam sikit, hmmmm meletopppsss.

Selendang Enterprise said...

Cantik warnanya kak jee

rehanayat said...

Assalaam.. search resepi ni pg td. Alhamdulillah.. terimakasih atas resepi yg sgt details. Will follow..

Ummi said...

Assalamualaikum K.Jee...waaah tersenyumnya apam eno nih...suka tengok... Cawan kukus bunga kangkung lama tu pun...aiiissh menawan gak tu K.Jee...byk koleksi K.Jee. Satu lgk...header baru cantik laaa...K.Jee nampak muda jer... ^___^

Anonymous said...

EH, kat mana Kak meniaga di Keramat Permai?

Kjee said...

Amboi Umi. Header tu UnclePali yang buat. Dia yang design dan tukar ikut suka.

Kjee said...

Dulu Kjee tinggal di Keramat Permai dan meniaga di Foodcourt Anjung Melawati. Dah lama dah tak niaga.

Rose Liena said...

Saya nak cuba la nanti Kak Gee :-)

ina said...

Salam kak..kalau apam tu peram lebeh dari 4 jam boleh ke?

Kjee said...

tak pasti. tapi ada yang perap malam, pagi baru dikukus.

Anonymous said...

naper sy wat x naik pun apam nie

Ku Mai Ku Ahmad said...

Trmksh kongsi resepi..saya tk pernah buat kuih...tiba2 rasa nk mkn..hrp2 mnjadi bila buat nti..tqvm

Dayang Yapp said...

Sedap.dah 2x trei..tpi aku buat malu la pula nak snyun

mas yana said...

gebusnye kjee... tengah peram ikut resepi kjee.. xtau ler menjadi idak..hihii

mama'N'kitchen instant-moistcake-powder said...

salam perkenalan kak jee...nk tanye...perap adunan ni pada suhu bilik ye... tq kak...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...