Pages

Friday, October 11, 2013

CHEE CHEONG FUN BIKIN SENDIRI





Chee Cheong Fun. Apa bende tu? Budak-budak muda sekarang mungkin tak tahu tapi Kjee rasa mereka yang seangkatan Kjee mungkin tahu. Gen Y, tak pasti. Kjee Gen apa hah? Gen V? 

Kjee hanya berani makan Chee Cheong Fun ni kalau di restoran atau hotel. Selain dari tu, kalau nampak, lalu sahaja sambil mengimbau kenangan manis dulu-dulu. Ini antara makanan favorite Kjee yang rasa-rasanya peniaga Melayu tak jual.

So hari tu Kjee google type dan bertemu dengan blog Table For Two yang ada resipi ini. Kjee selongkar resipinya. Wah senang sekali bah.Yalah tu. Nampak jer senang. Cuba buat!! Kecik jugak hati tadi apabila UnclePali kata macam tak jadi jer...

Ahhh apa-apa pun, Kjee dan Nadia dah makan berdua dan kami sebulat suara kata walaupun tak serupa tetapi rasanya sama! Kira first attempt menjadilah. Jangan jeles ya UnclePali! Apalagi kalau makan dengan Sambal Crispy Udang Kering yang dalam botol tu. Fuyooo sedapnya tidak terkata.





CHEE CHEONG FUN
resipi asal Wendy
yields 8 keping


Bahan-bahan

A
100 gms tepung beras
20 gms tepung ubi
365 ml air
secubit garam


B
1 mangkuk sengkuang didadu kecik-kecik
2 sudu besar udang kering (dicuci, keringkan dan tumbuk)
1 labu bawang besar didadu kecik
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecik kicap pekat (kicap biasa pun okay)
1 sudu kecik cili flakes Thai (Kjee tambah)
minyak jagung

1. Campur bahan A dan perap sejam atau lebih.
2. Dadu sengkuang dan bawang besar. Kalau guna bawang kecil, hiris sahaja. Sengkuang mesti kering. Cuci sebelum dadu. Lepas dadu letak atas tisu dapur supaya kering.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Wendy guna ½ cawan tapi Kjee guna kira-kira 2 sudu besar sahaja. Tak mahu intinya nanti berminyak.
4. Masukkan bawang dan goreng hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit cili flakes dan undang kering yang telah ditumbuk. Goreng lagi hingga garing. Keluarkan.
5. Menggunakan saki baki minyak sama, masukkan sengkuang dan goreng hingga sengkuang agak lembut. Masukkan sos tiram dan kicap pekat.
6. Masak guna api perlahan. Kemudian campurkan bawang dan udang kering tadi. Gaul rata, rasa garam. Inti ini masin sedikit. Sejukkan dan bahagi kepada 8 bahagian.
7. Didihkan air dalam kukusan.
8. Sediakan loyang. Kjee guna loyang 7"x7". Kalau ada dua lagi bagus sebab cepat siap. Oles sedikit minyak pada loyang.
9. Apabila air sudah mendidih, tuangkan ¼ cawan adunan tepung tadi yang telah dikacau dengan sudu hinga rata, ke dalam loyang dan letak dalam kukusan.
10. Api mesti besar. Kukus lebih kurang 2 minit.
11. Keluarkan dari api, tabur inti dan gulung guna spatula plastik. Ulang hingga habis. Hidang dnegan sos cili, cili jeruk atau sambal udang kering garing dalam botol.

Bab gulung memang rumit. Gulungan pertama Kjee hancur. Gulungan kedua, bolehlah tapi gulungan ke-5 hingga 8, barulah puas hati. Jangan putus asa kalau hingga gulungan ketiga masih kurang sempurna dan hancur. Masuk dalam perut nanti pun hancur jugak kan? Hehehe.



Sejukkan dan bahagi 8 bahagian


Nampak senang tapi amat rumit


Sedap sangat makan dengan sambal ini. Kjee beli di Tesco









6 comments:

Ayu azmir said...

Kak je.... nampak sedap tu kak je... nak jugak...

aiza mohamad said...

salam kenal...:)
kulit dia tu macam kulit laksam ke? nmpak sedap..:)

Tilah Maricar said...

Fuyoooohhhhh....Kak Jee.....I baru tengok gambar, hidung dah terbau...terliur dah bukan terliur lagi...tersimbah terus nih!!

Anonymous said...

Terima kasih kak jee..semua resipi yg kak jee share tak pernah mengecewakan...

Anonymous said...

K jee, ni fav kami skluarga, makan dg sos hitam pedas manis tuu..walla! :D

mala said...

mala makan chee-cheong-fun yg berinti ni masa di brunei. mmg sedap. selalu makan yg plain letak kuah saja.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...