Pages

Thursday, October 17, 2013

HOME MADE HASHBROWN BURGER






Dah seminggu Kjee teringin nak makan Hashbrowns digandingkan dengan burger. Dua-dua mesti home made atau buat sendiri. Pagi tadi dapatlah Kjee penuhi impian untuk makan HashBurgers.

Cakap pasal impian teringat iklan shampoo kureng cerdik kat TV. Impian yang telah terjadi! Hehehe.

Kjee guna tiga biji American Russet Potatoes. Kenapa pilih yang import? Sebab setahu Kjee kentang tu banyak sangat kandungan kanjinya dan elok untuk buat hashbrowns. Tapi kalau korang nak buat guna kentang apa pun tak kesahlah. Kita yang buat dia. Hehehe.


Before


After


Nadia tolong Kjee sagat kentang guna box grater yang bermata besar. Jadi, hasil sagatan agak kasar. Perah airnya dan tepikan seketika. Campurkan kentang sagat kering dengan 1 labu bawang besar yang telah didadu kecik-kecik. Bubuh jugak telor ayam yang telah dipukul manja dan diperasa dengan sedikit garam dan lada hitam.

Air perahan kentang tadi jangan dibuang. Apabila air timbul dan kanjinya tertinggal dalam bekas, buang air tu perlahan-lahan dan ambil kanji dan campurkan bersama kentang tadi.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kjee guna olive oil. Kjee jugak masak  guna dua kuali non-stick sekali gus. Satu yang kenit dan satu yang sedang. Kepalkan adunan kentang tadi dan letak dalam kuali dan leper-leperkan guna sudu. Jangan terlalu tebal nanti lambat masak. Guna api sederhana dan balik-balik setelah betul-betul garing. Kalau tidak, akan pecah. Lagipun, kalau garing bukan rentung  sedap sangat. Lihat SINI.








UnclePali memang ada stok pattie burger buatan sendiri dalam freezer. Sejak dia pandai buat, dah tak beli lagi. Tapi korang boleh guna pattie yang beli. Klik SINI untuk resipi burger buat sendiri.

Tugas UnclePali grill burger setelah Kjee siap buat hashbrowns. Ini kali pertama Kjee cuba gandingkan hashbrowns dengan burger. Memang sesuwailah dengan tekak Kjee. Kalau tak ada burger buat telor mata kerbau pun okay jugak tau. Jadi ala-ala benjo.

Kalau tak suka burger daging, tak suka telor, bolehlah makan begitu saja. Makan dengan sos cili kegemaran. Sodap yo.

Kenyang sampai petang rasa-rasanya. Hehehe.









3 comments:

tenku butang said...

sedapnya kak Jee... untunglah pandai masak.. jeles teman tauu

miesha said...

sedapnyer : )

Ryo Azhar said...

Tu diaa..hashbrown homemade..nak sket kjee.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...