Pages

Monday, October 28, 2013

JANGAN BANGGA ANAK-ANAK GEBU DAN MONTEL






Hari ni Kjee terpanggil nak cerita sikit pasal masalah obesity atau kegemukkan. Mungkin korang akan melenting dan kata Kjee bukan insan yang sepatutnya beritahu orang lain mengenai masalah ini. Cerminkan diri sendiri, mungkin itu antara kata-kata sinis korang.

Tapi Kjee tak kesah. Nak tahu lebih lanjut apa Kjee nak tulis, terus membaca. Tak nak baca, pergilah blog lain. Tak ada paksaan.

Tentu ada yang tidak setuju jika Kjee kata, masalah obesity di kalangan anak-anak disebabkan oleh kita, ibu-ibu mereka. Dari lahir, kalau boleh nak sumbat segala apa product dan makanan yang ada, supaya anak-anak cepat besar.

Tak tahulah kenapa nak anak-anak tu cepat besar. Sepatutnya, biarlah anak-anak itu membesar secara normal..secara natural dan sepatutnya.

Kjee selalu buat pemerhatian terhadap anak-anak kaum Cina. Sebilangan besarnya, montel-montel. Oleh kerana mereka putih melepak maka kita yang tengok jadi geram. Kalau melintas depan kita, mahu dicubit kedua belah pipi mereka sampai merah padam.

Tahu kenapa anak-anak Cina dalam usia baru nak pandai jalan begitu montel ataupun chubby? Mengikut apa yang Kjee perhatikan, anak-anak yang montel dan gebu ini adalah yang dijaga oleh pengasuh ataupun nenek mereka kerana ibunya bekerja.










Nenek dan pengasuh ini akan menggaul nasi bersama lauk pauk (biasanya ikan dan maybe sayur-sayuran) ke dalam satu mangkuk dan 'sumbat' ke mulut kanak-kanak jagaan mereka. Kalau kanak-kanak itu tak henti-henti hendak berlari atau bermain, pengasuh dan nenek akan ikut. Sumbat dan sumbat sampai habis satu mangkuk, walaupun ada tika, kanak-kanak itu menangis sebab dah kenyang!

Anak-anak Melayu dan India pula, tukang jaga tak begitu 'rajin'. Kalau anak-anak geleng-geleng kepala, tanda kenyang, dah cukuplah diberi makan.

Ini suatu kenyataan bukan yang Kjee reka-reka. Tapi anak-anak Cina di bandar sekarang taklah montel dan gebu lagi sebab ibu-ibu dah suruh penjaga beri makan ikut sukatan. Susu pun berformula yang diberi ikut waktu. Tapi, rasa-rasanya anak-anak Cina di kampung masih di kejar keliling rumah dan disumbat ke mulut, tiap kali time makan.

Bila dah kekenyangan, anak-anak akan tidur nyenyak sampai next meal. Kalau tidur sebaik sahaja lepas makan, bukankah akan menyebabkan kegemukkan? Kalau tak tidur pulak, akan jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak berlari pun dah sukar.







Sebab itulah Kjee kata, ibu-ibulah yang sebenarnya penyebab kepada obesiti anak-anak.  Ini dilakukan tanpa kita sedari. Kalau anak kita kurus keding, kononnya kita akan malu sebab orang akan kata, mereka tidak cukup makan!

Kanak-kanak sebenarnya, telah dijadikan secara natural untuk berhenti makan sebaik rasa kenyang. Tak macam orang dewasa yang hanya berhenti makan setelah tekak puas!

Ketika Kjee kecik dulu, Kjee kurus keding sampai Kjee digelar cicak kubing. Tak tahu mana nak cari gambar masa Kjee selim melim dulu. Bukan kerana ibu Kjee seorang pakar pemakanan tetapi zaman kecik dulu, tiada susu formula bagai. Dan gaji ayah taklah besar. So semuanya cukup-cukup makan jer.

Tetapi kerana tidak dapat mengawal makan apabila menjadi wartawan (hari-hari makan free di hotel apabila pergi assignment), maka badan pun mengembang dan terus mengembang. Lepas kahwin dan beranak, kembang lagi. Dan selepas melalui pelbagai pembedahan dalam perut, kembang dan kembang lagi. Hehehe.

Jadi, the moral of my entry ialah, ibu-ibu harus peka pemakanan anak-anak dari usia mereka mula diberi makanan pepejal iaitu lebih kurang 6 bulan usianya. Tanya mereka yang pakar, beli buku, layari internet. Buat apa sahaja supaya pembesaran anak-anak sempurna. Tidak perlu makanan mahal atau bergadai golok beli susu formula sebab nak setaraf dengan kemampuan jiran atau tergoda dengan iklan-iklan tv!!







Jangan jadikan anak-anak mangsa. Masa depan mereka di tangan kita. Kalau mereka obese, pelbagai penyakit akan menyerang.

Kjee ada rasional kenapa kesilapan di usia kanak-kanak menyebabkan mereka jadi dewasa yang gemuk. Apabila dari kecil, ketika usus mereka masih lembut, segala jenis makanan disumbat. Usus itu jadi kembang. Lepas tu, apabila kita cuba hentikan kemasukkan makanan, usus jadi kosong. Kanak-kanak akan sentiasa lapar sebab usus dah besar. Apabila kelaparan, mereka merengek. Dan ibu-ibu gelabah, isikan perut korong anak-anak.

Korang setuju? Kalau Kjee silap, maaflah. Itu cara pemikiran orang tua macam Kjee. Hehehe.

Masalah obesiti adalah antara masalah utama negara dan jugak dunia dewasa ini. Jangan bangga ada anak-anak yang montel. Chubby Babies Will Be Fat Adults!








4 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

saya setuju kak jee. ada jugak kawan2 yg yg bangga anak dia montel. tp tak berani nak menegur even nampak macam anak dia bakal jadi anak obesiti sebab berat dia.. memang agak berat berbanding budak2 yg seusia dgn dia.Dan mak dia pulak nampak bangga cerita selera makan anak dia yg kadang2 dh macam orang dewasa walau baru 2 tahun. seriusly dr dia lahir & smpai sekarang mak dia memang sentiasa update perkembangan anak dia kat FB.. cara dia bg anak dia makan dr kecik smpai sekarang nampak macam tak ikut sukatan yg betul. Makan awal sblm 6 bulan.. supplement yg sepatutnya dia ambil umur 1 tahun.. 4 bulan dia dah sumbat kt anak dia.. kadang2.. mak bapak camni sy bukan la nak tuduh tak sayang anak tp tak kesian kat anak. mengambil risiko pd anak utk kepuasan sendiri. Bila budak tu besar & obesiti nanti lg kesian jd bahan ejek kawan2.

smell delicious! a.k.a inachomel said...

very true kak jee. saya sokong statement kak jee sebab masa saya kecik dulu, saya ni susah nak makan, so mak saya beri pil vitamin supaya selera makan ada. sudahnye ... bila dah besar susah nak berhenti makan. bila satu ketika dulu saya kurus, sekejap aje dah naik balik berat badan ni. skrg dah masuk 4 series, lg susah nak control, tapi kena kawal gak, sbb tak tahan kena bebel ngan doktor bila mengadu sakit kaki bila kerap berjalan .....

ieda said...

nabila pun debab....bangun pagi terus nak nasi.tapi umie dia cuba kontrol juga walau sesekali dia meradang...
jenis yg tak payah kejar nak bg makan...dia yg kejar kita cari benda nak makan..hihih

shah azlyn said...

iyer kjee,kt tadika saya pon camtu ada tu ibubapa setiap hari bekalkan anak mereka nasi lemak ayam,nasi lemak telur goreng setiap hari kjee,bila saya tegur dia kata kesian nant anaknya yg mmg kuat mkn lapar.macam2 kjee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...