Pages

Wednesday, October 23, 2013

KHAIRY JADI AKTOR...HABISLAH AKTOR LAIN..KAHKAHKAH






Terkejut dog Kjee apabila baca berita Menteri Belia dan Sukan kita berlakon jadi taukeh jual ayam percik di Pasar Malam!! Wow, sporting betul dia kan, apabila dipelawa oleh pelakon Elaine Daly? Terus di terima. Agak-agaknya berapa bayaran yang diterimanya!

Kjee memang dah lama agak, dengan tubuhnya yang lampai dan wajah yang ehem...boleh jual sebagai Hero terbaru Malaya, pasti kalau beliau bukan Menteri, boleh jadi aktor! Perghhh untungnya pelakon wanita yang berlakon disisi YB Khairy.

Siapakah dia? Maya Karin? Rita Rudaini? Lisa Surihani? Fazura? Opppsss tidak tidak tidak. Rasa-rasanya yang bertuah ialah Sharifah Aleya.

Korang bacalah sendiri ya. Kjee nak himpun duit beli tiket untuk nonton nanti tau. Hehehe.



PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.

Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.

"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.

Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Storiescetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls. - mStar Online

5 comments:

akmall said...

muka boleh tahan. badan tinggi lampai.. gelap dan memang melambangkan nilai-nilai orang Melayu..mana tahu kot2 Bryan Singer nampak bakar jual ayam percik tu... huhuhu.. lain kali boleh bagi watak tauke ayam pulak.. go go KJ!

rahel said...

adeiiii...yang ditunggu sudah mari...pastinya meletops

careno said...

perghhh... terbaik... industri hiburan lbh2 lg film n drama adalah salah 1 platform yg berkesan utk KJ lebih dekat dengan golongan muda...

JunAina said...

Jadi retis pulak menteri muda kita nihh...:)

una said...

sya suka KJ.. tegas dan lantang... menteri mcm ni la yg kita nak... hdup KJ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...