Pages

Wednesday, October 30, 2013

MAYA NAK KAHWIN 'MAT SALEH' LAGI?






Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Walaupun pernah dikaitkan dengan VVIP dan pelakon tanahair, namun aktres cantik Maya Karin, khabarnya terpaut kembali kepada lelaki 'Mat Saleh'. Sebelum ini Maya telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki kulit putih.

Apapun, Maya yang berdarah campuran Melayu-Jerman ini, mengakui dia tidak mampu menolak seandainya itu jodohnya.

Alhamdullilah syukur. Mudah-mudahan Maya Karin akan segera mendirikan rumahtangga. Elak gosip, elak fitnah. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan buruknya dari kita sendiri. Wallahualam.

Ini yang Kjee baca dalam Sinar Harian Online tadi.

Maya tak serik pilih ‘mat saleh’!

Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.

Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.



2 comments:

Ann Ishak said...

cantiknya maya karin ni

y@N@^y@Ni said...

kan...jodoh dan ajal tu rahsia ALLAH
moga bahagia

eh kjee, saya baru perasan header dah bertukar wajah
nampak segar

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...