Pages

Saturday, October 5, 2013

MIHUN ALA SIAM AIR TANGAN NADIA







Today is my rest day. Jadi Kjee suruh Nadia masak something yang simple tapi favorite kami bertiga. UnclePali senyum from ear to ear becoz dia suka sangat makan mihum goreng. Tak kesahlah yang Siam punya ker, yang Melayu atau yang Jawa.

Kekadang kalau pergi breakfast dengan dia, menilau dia cari mihun goreng. Walaupun digoreng kosong dan pada Kjee tak sedap langsung, UnclePali tetapi makan penuh selera. Dia suka jenis goreng kering. Kjee tak berapa suka.

So, hasilnya Mihun Goreng ala Siam yang disediakan Nadia dan dengan bantuan papa dia, agak kering sikit. Nadia dah mula takut tengok Kjee jamah masuk mulut. Dia takut Kjee complain. Tapi Papa dia cepat-cepat puji kata sedap.

"I like!! Tapi kenapa tak bubuh udang?". Hmmm UnclePali ni... dah bubuh ayam cukuplah kan! Nanti nampak udang dengan ayam jer. Selak ayam dengan udang baru nampak mihun. Hehehe.

Anyway, boleh tahanlah Nadia masak hari ni. Kjee bagi 8/10. Hehehe macam masterchef Australia pulak.

Nadia bubuh sawi instead of kucai dengan taugeh. Dia kata taugeh boleh menyebabkan food poisoning. Kucai pulak banyak angin.

Nak resipi, KLIK SINI.





1 comments:

Suzie said...

Kak jee , kalau saya kucai tu yg senang buang air. Makan kucai confirm lawas.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...