Pages

Thursday, October 3, 2013

NASI GORENG KAMPUNG BUTTER











Tadi teringat pulak nak buat Nasi Goreng Kampung macam yang selalu Kjee buat masa zaman muda-muda dulu. Tapi korang tak boleh buat selalu sebab nanti bodi jadi macam Kjee. Hahaha.

Kjee letak butter sikit masa menumis. Tapi bukan butter semata-mata tapi Kjee campur dengan minyak jagung. Majerin pun boleh. Sedap sangat. Tak percaya boleh cuba.

Tadi Nadia nak buat nasi goreng jer sebab dia sibuk buat Bun Manis. So, tak adil lah kan kalau lepas buat roti, dia nak masak lunch yang berat-berat. Kjee masih tercelepuk akibat food poisoning a few days ago, yang masih ada kesan sikit-sikit lagi.

Kjee suruh dia intai dalam fridge cari sayur sesuai untuk buat nasi goreng. Cuma ada sawi. Okaylah tu. Actually kalau ada kacang panjang lagi sedap. Potong kecik-kecik. Tapi sawi pun boleh dan dipotong kecik-kecik.











Nadia tolong tumbuk ½ labu bawang besar (separuh lagi Kjee hiris jer), 4 ulas bawang putih, satu genggam ikan bilis, 2 batang cili hidup dan 4 batang cili padi. Bahan-bahan tumbuk especially ikan bilis, biarlah kasar-kasar sikit. Saja buat kurang pedas sebab UnclePali pun kata dia sakit perut.

Kemudian sejukkan nasi yang baru Nadia masak. Sukatan air 1 beras 1 air. Kjee guna beras Siam Wangi. Ada orang kata, nasi goreng elok guna nasi sejuk berbaki semalam. Pada Kjee, kalau kita masak nasi, pastu sejukkan kira-kira sejam, elok sangat buat nasi goreng sebab nasinya ada rasa fresh.

Kjee panaskan kuali dan letak kira-kira 2 sudu besar minyak jagung dan sepotong butter ukuran 2 inci. Biarkan butter cair, tumis hiris separuh bawang besar tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk sampai garing.

Apabila dah garing, masukkan sayur sawi dan goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan nasi dan goreng sampai rata. Kjee tak bubuh garam tetapi tuangkan sikit kicap untuk kaler. Goreng lagi hingga sebati semua bahan dengan nasi.

Makan panas-panas dengan hirisan telor dadah dan timun. Bubuh butter memang rasanya sedap sangat tau.





3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Kjee,
Akak silent reader blog Kjee.Saya add blog Kjee ke dalam blogroll saya. Akak juga suka buat nasi goreng. Mudah!

Hasmah MZ said...

Saya pun nak cuba jugak la...nampak menyelerakan..:-)

Cekem Mirza said...

voila lah KakJee... mmg saya suka makan nasi goreng. Satu lagi yang saya selalu buat nasi panas gaul dgn butter campur kicap dan kari ikan... sedap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...