Pages

Tuesday, October 29, 2013

PENGURUS CONFIRM MIZZ NINA KINI BERHIJAB



Foto2 yang dimuatkan di instagram Noh dan Mizz Nina



Padi tadi Kjee terbaca berita dalam newsfeed Kjee di Facebook bahawa penyanyi Mizz Nina atau Syazrina Azman yang juga isteri Noh Hujan, sudah mengenakan hijab. Gambar dia berhijab boleh dilihat pada post Mizz Nina dan Noh Hujan, di Instagram.

Alhamdullilah syukur. Itu perkataan yang terbit di bibir Kjee. Tetapi semua tahu pasangan yang baru bergelar suami isteri ini, telah mengerjakan Rukun Islam kelima baru-baru ini. Sudah bergelar Haji dan Hajah. Maaf cakaplah, ada artis yang mengenakan tudung selepas kembali dari Tanah Suci. But not for long.

Sebentar tadi, Kjee baca dalam mStar, pengurus Mizz Nina confirm  yang beliau kini sudah bertudung! Dan akan mencari masa yang sesuai untuk mendedahkan imejnya yang berhijab.

Sekali lagi ucapan Alhamdullilah Syukur terbit dari mulut Kjee. Tahniah Syazrina aka Mizz Nina kerana melalui penghijrahan ini. Mudah-mudahan kekal berhijab.

Ramai artis sekarang sudah pun melalui proses itu dan diterima baik oleh peminat dan masyarakat keseluruhan. Kita doakan yang terbaik buat mereka. Amin.

Berita sepenuhnya, DI SINI.

5 comments:

WanBeruas said...

Amin...

Cik Siti Abu Sujak said...

Rasa syahdu pulak... kita doakan semoga kekal dan istiqamah. Saya suka penyanyi ni walau jarang keluar media.. lagi2 saya pernah baca yg dia ni jenis tak sombong walau sgtlah kaya familynya tu

JunAina said...

Alhamdulillah...semoga perubahan ini kekal kerana Allah.

norhidana miswan said...

amin2... semoga berkekalan penghijrahan ini...

Anonymous said...

molek ar... alhamdulilah...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...