Pages

Friday, October 4, 2013

POPIA GORENG










Hari tu Kjee makan popia basah beli kat gerai biasa di Taman Keramat, kena food poisoning. Serik dah. UnclePali kata dia tak nak belikan lagi walau dipaksa. Hehehe.

Bayangkan dalam lima kali beli, tiga kali mesti sakit perut dan guling-guling. Tiga hari Kjee KO, meraung dalam tandas!!

So hari ni Kjee buat sendiri. Bukan Popia Basah tapi Popia Goreng. Lagi sedap, halal dan toyyiban, kata seorang fren di Facebook.

Bukan susah nak buatnya. Modal pun tak seberapa. Tapi ada orang jual dari 80 sen hingga seringgit satu. Geram betul.

Tadi Kjee hiris mancis (julienne) separuh dari sebiji sengkuang Cina, sebatang karet dan tumbuk dua ulas bawang putih dan udang kering. Udang kering tu sukatilah nak letak banyak mana. Cuci dan tumbuk bersama bawang putih. Lepas halus, bubuh 1 sudu besar taucu. Kalau guna taucu biji, tumbuk jugaklah. Kalau taucu halus, gaul jer.






Pastu tumis dalam sedikit minyak dan tumis hingga wangi. Lepas tu masukkan karet dan sengkuang. Masak sampai sayur-sayur tu lembut. Tepi dan sejukkan.

Kjee rebus sekeping dada ayam dan hiris. Nadia tolong buat telor dadar biasa (bubuh garam jer) dan hiris panjang-panjang.

Kemudian keluarkan kulit popia dan susunlah sayur dan telor serta ayam. Bungkus dan lipat kemas-kemas dan goreng. Minyak kena cukup-cukup panas, kalau tak nak popia tu serap minyak masa goreng.

Dapatlah dalam 11 biji. Makan suam-suam dengan sos cili. Dah sejuk tak sedap tau. Tapi tak bolehlah makan panas-panas.. melecur bibir nanti. Hehehe.




2 comments:

roza said...

garengnye...

Anonymous said...

Sy pun suka popia goreng ni. Klu bulan puasa rela buat sendiri. Tak faham kenapa penjual jual mahal popia sedangkan ianya mudah cara pembuatan dan bahan2 pun murah. Anak2 sy suka klu letak sosej, telur n cheddar cheese instead of vege. Rie JB

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...