Pages

Sunday, October 27, 2013

REMPEYEK IKAN BILIS HALUS RANGGUP










Kjee tak pernah buat rempeyek. Cuma pandai makan sahaja. Baik rempeyek yang ada ikan bilis, kacang tanah mahupun rempeyek yang bubuh kacang hijau yang orang Jawa panggil Tumpi.

Baru-baru ni Kjee singgah makan kat Kedai Minang milik Ann di Paya Jaras, Sungai Buloh. Tetiba mata Kjee terpandang keropok sebesar piring. Diletak bertingkat-tingkat. Kjee amik satu. UnclePali dan Nadia tak amik. Masa Kjee tengah makan, dia orang tengok Kjee dan mintak sikit. Pastu order lagi 3 keping. Masa nak balik, bungkus 7 keping lagi! 1 keping RM1 dan Ann bubuh tiga empat ekor udang halus.

Ann kata namanya Rempeyek Udang atau Salar Udang kata orang Minang. Melihat minat Kjee nak buat sendiri, Ann pun berilah resipi. Main agak-agak jer. Nadia dan Kjee dengar penuh minat.

Hari ni Kjee buat. Nak kena buat cepat sebab takut lupa resipi. Masa Ann beritahu, kami tak ingat pun nak salin.

Anyway, resipi agak-agak yang Ann beri tu menjadi. Terima kasih Ann.

Dibawah ini resipi yang Kjee adun sendiri ikut memori. Ann bagi adunan untuk 1 peket tepung beras. Tapi tiada sukatan lain yang tepat. Kjee beritahu Nadia, naseb lah kan. Kalau jadi Alhamdullilah. Lepas bancuh, Nadia bau dan kata okaylah...ada bau macam nak jadi. Hehehe.

Jom kita intai bahan-bahannya. Tapi Kjee ganti udang dengan ikan bilis putih yang halus. Mahal sangat harganya. RM33 se kilo kat Soon Cheong Marine (Kedai borong) kat Selayang.










REMPEYEK BILIS HALUS
resipi asal Ann

BAHAN-BAHAN

2½ cawan tepung beras
4 cawan air
1 butir telor ayam
1 biji buah pala
3 ulas bawang putih
8 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
1 sudu besar jintan manis
2 - 3 helai daun limau purut (dimayang halus)
secubit garam (boleh jugak tidak bubuh)
ikan bilis halus


CARA

1. Semua bahan diatas kecuali daun limau purut dan jintan manis, dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus.

2. Keluarkan ke dalam besen dan campur daun limau purut dan jintan manis. Perap kira-kira 20 minit.

3. Ann guna kuali non stick berukuran 8" atau 9". Tapi Kjee guna non stick pan yang 5" sahaja.

4. Panaskan minyak dalam non stick pan. Minyak harus banyak. Apabila minyak panas, ambil sesenduk adunan tepung tadi dan curahkan ke dalam kuali. Banyak mana harus dicurahkan terpulang kepada besar kualinya. Oleh kerana Kjee guna kuali kenit, Kjee curah ½ senduk.

5. Kemudian Kjee taburkan sedikit ikan bilis. Ikan bilis ini tersangat masin, so jangan berani-berani bubuh garam dalam adunan. Kalau tidak bubuh garam pun ok.

6. Terbalikkan apabila satu side dah garing. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Warnanya harus brown. Sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.

7. Ulang sampai habis.

Adunan ini sangat cair. Jangan risau. Ikut sahaja sukatan air Kjee, Insya Allah jadi ranggup sangat. Boleh jugak letak kacang tanah tapi famili Kjee kurang minat. So satu jer Kjee buat bubuh kacang. That's for me. Tapi tak sempat nak makan, UnclePali dah cilok dulu. Hehehe.




Kuali kenit non stick 5" ni buat rempeyek sama saiz. Boleh beli di Tesco











3 comments:

kak fizah said...

sedapnya... terliur :)

adda syuhada said...

Assalamualaikum Kakjee.....sedap plk tengok rempeyek tu...

Sandha L Danielle said...

memang best..nak coba lah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...