Pages

Sunday, October 27, 2013

UDANG HALUS GORENG BERLADO ALA MINANG






Lauk ini dijamin boleh membuka selera kalau dimasak ikut resipi yang betul hehehe. Bahan-bahan yang mampu milik. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang lebih kurang RM10 sekilo.

Mudah nak sediakan lauk ni. Yang renyah, cuma nak gunting muncung udang bersama 'janggut' nya yang panjang dan berserabut.

Bab gunting janggut ni, hanya Kjee jer yang sabar buat in my house of course.  Hari tu Kjee suruh Nadia dan bila nak masuk dalam tumisan lado, aduhai, masih berselimpangan jangut. Tak ler banyak mana tapi masa dah suntuk, tak kuasa den nak buang janggut-janggut berselimpangan itu.

Selalu Kjee beli dapat udang putih yang halus-halus. Kali ini Nadia beli yang agak kasar-kasar sikit. RM13 sekilo. Isyhh sedap kasar-kasar cam ni buat rempeyek. Hmmm.

Untuk masak Udang Halus Berlado ni, jom kita intai bahan-bahannya. Walaupun ramai yang dah tahu buat, tapi takkanlah semua tahu kan? Mesti ada insan yang tak tahu. Hehehe.
Whatever lah.







UDANG HALUS BERLADO

Bahan-Bahan

½ kilo udang halus
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili hidup
6 biji cili padi (nak berdesing pedas, boleh tambah lagi)
1 keping asam gelugor
garam
secubit gula atau Pak Aji kalau guna


CARA

1. Udang dibersihkan. Gunting muncung dan janggut. Kalau maleh, hangkut sekali secekak janggut dan gunting sekali gus. Kalau anak dara, jangan malas, gunting seekor seekor. Bubuh kunyit, gaul rata dan toskan. Oppps cuci dulu tau.

2. Tumbuk semua bahan-bahan diatas kecuali udang dan asam gelugur. Jangan terlalu halus.

3. Panaskan kuali. Bubuh dalam  ½ cawan minyak dan goreng udang sampai garing. Keluarkan.

4. Tumis bahan-bahan tumbuk guna minyak sama hingga garing dan berdesing hidung. Masukkan garam dan gula atau Pak Aji dan goreng lagi sampai garing. Campakkan 1 asam keping.

5. Perlahankan api dan masukkan udang. Gaul rata dan goreng lagi hingga semua bahan-bahan sekata.

6. Padam api dan kaup ke dalam pinggan. Tinggalkan minyak berlebihan tu dalam kuali.


Makan dengan nasi panas. Sodap sangat-sangat tau. Buat ratah pun lagi sodap, omak oiiii. Lauknya mesti garing. Kalau udangnya masih tak garing, tak sedap. So goreng guna api perlahan.

Korang mesti tanya kenapa Kjee selalu guna bawang besar. Sebab omak den yang ajar. Dia kata bawang besar lebih manis, murah dan senang nak buang kulit.









Hah ingat tak lagi entry sayur asem hari tu? Hmm


2 comments:

rostina76 said...

salam k.jee…..saya pun guna bwg besar & reasonnya sama. lagi manis & sedap masakan especially yg bertumis. btw resepi ni versi saya lain sikit. tapi pepepun resultnya mmg terbaekk!!!

Anonymous said...

thank you aunt jiee.. GO MINANG.... :) zackwiusa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...