Tuesday, December 3, 2013

TARIF API NAIK...KITA GO BACK TO BASICS






Bulan depan, tarif elektrik akan naik. Kalau tak silap Kjee di Semenanjung lebih kurang 15% dan Sabah Sarawak 20%.

Ramai dah mula bising... lemparkan tuduhan macam-macam. Kerajaan kena, TNB jugak kena. Tapi melalui pengalaman Kjee lah, korang melalak banyak mana pun, kalau keputusan (untuk menaikkan tarif elektrik) sudah dibuat, takkan dia orang gostan.

Kjee yakin ramai haters Kerajaan akan kata padan muka korang pilih Kerajaan BN. Inilah padahnya. Oh ya ker? Jangan nak pandai mengata... banyak janji jugak dah ditaburkan oleh pihak pembangkang. Tapi ada dia orang tunaikan? So you all can shut up!!


Haruskah buat camni lagi?





















Suri rumah antara mereka yang boleh bantu dalam misi jimat cermat tenaga elektrik dalam rumah. Jangan turut serta demonstrasi jalanan yang bakal pihak sebelah sana buat. Kita tunjukkan kuasa berjimat di tangan kita, suri rumah!!

Kjee baru sahaja belajar-belajar jimat elektrik sejak beberapa bulan lalu. Dapatlah jimat antara RM25 hingga RM50 sebulan... Sahaja? Well, korang ado?

Nak tau cara Kjee jimat? Baca SINI dan SINI.

Sementara hendak menunggu maklumbalas terhadap rungutan rakyat mengenai kenaikan ini, suri rumah harus bertindak dulu. Kalau berjaya pihak itu buat Kerajaan tunduk dan tidak naikkan tarif elektrik, Alhamdullilah. Kalau tidak, sekurang-kurang kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.








Semalam Kjee dah lontarkan soalan kepada friends Kjee di FB, terutama sekali yang suka sangat baking, supaya balik ke zaman ibu-ibu kita dulu. Yezza...guna oven gas cap Kupu-Kupu atau Butterfly brand!

Terus terang Kjee cerita, oven hitam itu tidak pernah ada tempat di dapur Kjee kerana Kjee manusia yang segala-galanya mahu dilakukan dengan cepat dan mudah.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, arwah Bonda ada guna oven hitam tu. Tapi Kjee langsung tidak ada kenangan bersama oven itu. Cuma kalau tak silap, oven hitam Bonda itu guna dapur minyak tanah.

Apabila Kjee bagi idea kepada kengkawan FB mengenai penggunakan semula oven hitam itu, ramai rupa-rupanya ada sebiji di rumah! Ada yang aktif menggunakannya dan ada yang biarkan ia bersawang di setor.

So pagi tadi, Kjee ajak UnclePali pergi survey satu kedai di Jalan Ipoh, KL. Kedai itu adalah agent segala barangan dapur jenama Kupu-Kupu.









Oleh kerana tiada, parking, Kjee pelan-pelan turun kereta dan masuk ke kedai tersebut. Sebaik sahaja Kjee masuk, Kjee terdengar perbualan taukey kedai dengan pembantunya.

TAUKEH CINA: "Gua boleh gerenti kalau api (elektrik) naik bulan depan, kita punya oven hitam itu, banyak laku.
PEMBANTU MELAYU: "Ya ka? Orang sekarang mana suka itu oven... Kalau kampung, saya rasa ramai guna ini oven.."

Kjee masuk. Perbualan kedua-duanya terhenti. Pembantu terus masuk ke belakang. Kjee sengih dengar apa yang mereka katakan. Sebaik sahaja Kjee kata nak tengok oven hitam, taukeh tu terus bawak Kjee ke satu sudut kedai itu.

Isyhhh kecik rupa-rupanya oven hitam tu... or masa Kjee kecik dulu, oven tu nampak besar. Dan apabila dah besar sekarang, Kjee nampak oven tu macam kenit jer. Kahkahkah.

Tanya dia saiz lain tak ada ke?

"Sudah 50 tahun ini saiz juga," kata Taukeh tu.

Harga RM110.. diskaun 10%... so boleh beri Kjee dengan harga RM95. Kjee angguk-angguk dan kata akan datang lagi.

Balik rumah, online kat FB, kengkawan FB kata, kat Johor dan Kelang boleh dapat antara RM65 hingga RM80.

So, ini antara cara nak jimat elektrik bagi mereka yang seringkali buat kuih muih guna oven.


Dapur Kek Sarawak - ehsan google. Perhatian: Pemilik Blog dan no fon, adalah di Indonesia



Kemudian seorang teman kata, di Sarawak ada jual oven gas khas yang banyak diguna oleh pembikin kek lapis Sarawak. Harga RM450. Dua tingkat. Amboi besarnya... tak sesuwai untuk dapur rumah kita yang sempit.

Kjee pernah tengok wanita dulu-dulu buat kuih bahulu guna dapur kayu atau arang dan sabut kelapa. Rasa bahulu enak banget.

Pilihan di tangan korang, suri rumah. Tepuk dada tanya selera. Tapi rasa-rasanya Kjee nak juga rembat sebiji oven kupu-kupu tu.

Tarif Api naik, kita go back to basics. Hehehe.




Dapur guna arang

7 comments:

  1. 2 tahun lepas, saya ada beli oven ni, di kedai depan pokok besar (simpang 3) tepi pagar Jab Pelajaran WP, Lrg Hj Hussein 1, Chow Kit, harga sekitar RM60 (kena pandai tawar-menawar).
    Oven ni tak sama kualiti dgn yang dulu2, ia tipis & comel jadi kena pandai kawal api, muat loyang 8x8 jer.... dah berkali-kali cuba guna, namun tak pernah berjaya....sudahnya masuk semula dlm kotak...

    ReplyDelete
  2. Masa nilah kita kena berjimat cermat guna segala benda. Klu org Jepun tu dah lama berjimat sebab untuk generasi akan datang maka kita juga harus berpendirian begitu.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Jee, kenaikan tarif ni sememangnya tidak mengejutkan.. Kerajaan terpaksa menaikan tarif atas sebab2 yg kukuh, terutama kami yang tinggal di sabah ni kerana sumber kami terlalu terhad untuk menjana sumber elektrik. Oleh itu bagi yang selalu menyalahkan kerajaan sila buat kajian terlebih dahulu. negara kita kekurangan sumber ok...

    ReplyDelete
  4. Sy blh terima hakikat kenapa harga sesuatu brg/perkhidmatan dan bil perlu di naikkan. TAPI hati jadi sakit bila baca atau dengar kemudiannya hebahan UNTUNG sekian sekian sykt berkenaan meningkat beberapa peratus lebih dari thn lepas pd tempoh yg sama.

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat!!! Kita tunggu samada mereka berani umumkan keuntungan!!

    ReplyDelete
  6. Betul tu... Sy geram bila ckp tahun umum untung bersih berjuta2 tp bila nk naik takrif ckp rugi byk... Mata siapa tnb nk kaburi??? Terlajak kata buruk padahnya.. Nk menipu pun agak2 la.. Skrg semua org dh sklh pandai menilai..

    ReplyDelete
  7. Pernah roast ayam dalam oven tu. memang elok menjadi wpun old school heheh.

    ReplyDelete