Pages

Wednesday, February 19, 2014

NADIA MASUK SPITAL SEBAB STRAWBERRY TONSILLITIS






Dah beberapa hari Kjee tak update. Bukan sibuk sebarang sibuk... sibuk melayan anak gadis Kjee yang demam panas sejak balik dari Kelantan. Tapi sebenarnya, sebelum pergi Kelantan pada 9 Februari lalu, dah nampak tanda-demam tapi taklah teruk. On off jer.

Tapi sebaik balik dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kjee tengok Nadia kelihatan tidak bermaya. Badannya mula panas. Malah Jumaat lepas, ketika di office dia text Kjee, beritahu badan dia lemah sangat. Dia nak balik awal. Awal tu kul 6 lah sebab habis kerja kul 6.45 petang.

Dalam hati, Kjee risau jugak sebab sekarang musim denggi. Farrah Nur Shafieny, anak tunggal Shiela pulak baru selesai bergelut dengan demam denggi. Apapun, UnclePali yang pernah dimasukkan ke hospital kerana denggi masa dia bujang dulu, pantau keadaan Nadia dan kata bukan denggi.

Selama ini Nadia memang selalu sangat demam. Masa belajar di Uni dulu, inilah masalah dia selain sakit kepala. So Kjee tak berapa nak risau sebab dah biasa Nadia demam.






Bagaimanapun, apabila demam semakin teruk diiringi dengan sakit tekak, barulah Kjee tahu yang tonsils Nadia membengkak. Doktor mengesahkan dia ada 'Strawberry' Tonsillitis di kedua-dua belah tekaknya. Maknanya tonsils tersebut membengkak dan ada bintik putih... ala2 bintik2 pada strawberry.

Doktor pantau Nadia selama 48 jam. Katanya kalau demam tak kebah, akan direfer ke hospital. Peliknya, suhu badan meningkat sebelah malam hingga ke subuh. Dia tidur memakai  jacket kulit dan diselimuti dua comforter tebal tapi masih mengadu kesejukkan!

Setelah 48 jam, Kjee buat keputusan Nadia harus ke hospital. Dan sekejap lagi kami akan Ke Prince Court Medical Centre. Alang-alang dah masuk hospital, biarlah dibuang sahaja tonsils itu. Mujur ada insurance coverage.

So sebab itulah Kjee tak rajin sangat update. Mohon Allah swt permudahkan dan mohon doa kengkawan agar semuanya berjalan lancar. Amin.










11 comments:

Ija Rased said...

moga ank kakjee cepat sembuh.

Aziela said...

Amin, semoga Nadia cepat sembuh. Kak Jee, boleh remove terus ke? Anak saya remove tonsil masa umur dia 7 tahun. Tapi, kena make sure dia dalam keadaan sihat. Tak batuk, tak demam. Masa tu lah, dalam 5 tahun lepas. Mungkin sekarang dah ada latest technology.

umi's cup cake said...

Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat kak jee sekeluarga

paridah said...

kesian nadia...moga cepat sembuh..an masih lemah doktor kata rubella...macam2 sakit sekarang ni ya...

[A.I.D.A N.O.R.D.I.N] said...

saya dh buang tonsil ms darjah 6. kakak saya ms darjah 2 dan adik sy ms 6 tahun. harap semua nyer selamat. n after this, nadia akan jarang demam, InsyaAllah

Ayu azmir said...

moga anak kak jee cepat sembuh... harap dapat banyak bersabar...

Masya said...

moga nadia cpt sembuh...

Irfa said...

moga nadia cpt baik ye

Kak Zie said...

As salam kak gee..mudah2an ALLAH permudahkan dan nadia akan sihat cepat....sampaikan as salam utk nadia

Shiela said...

Insyaallah Nadia tak apa apa.. Farah Nadia anak yang kuat, tabah dan bersemangat cekal sama seperti Farrah Nur Shafieny.. Aunty doakan yang terbaek buat Nadia and Get well soon.. Take care dear..

Anonymous said...

Saya doakan Nadia cepat sembuh....amin...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...