Thursday, March 13, 2014

CARA KJEE BUAT SAMOSA DAGING. STEP BY STEP












Sebenarnya, samosa ini bukanlah kuih (kuih?) yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau untuk makanan yang sama jenisnya, kami lebih suka murtabak.

Bagaimanapun, ketika berada di Kota Bharu, Kelantan, beberapa minggu lepas, UnclePali ternampak gerai tepi jalan di satu kampung dan berhenti. Ketika itu, kami agak kelaparan sebab perjalanan yang agak jauh. UnclePali beli samosa sahaja sebab itu sahaja yang dijual.

Dalam sekelip mata, habis kami berempat makan. Sedap sangat-sangat! So sejak itu, apabila sampai KL, kami asyik teringat pasal samosa KB tu.

Oleh kerana Kjee agak cerewet hendak membeli samosa di KL, akhirnya Kjee buat keputusan buat sendiri. That was the first time Kjee buat. Dan hasilnya amat memuaskan, ketika itu ikut standard kjee hehehe.

Samosa pertama Kjee senget benget. Kjee tak buat banyak. Agaknya dalam 15 biji jer. Tapi makin sampai ke penghujung nak siap, makin cantik. Well, practice makes perfect!!




Samosa yang baru siap buat dan akan dibekukan


















Kali kedua Kjee buat, dua minggu kemudian. Dan semuanya hampir sempurna. Kjee buat dekat 20 biji dan simpan dalam freezer. Hari ini batch tersebut 'selamat' Kjee goreng untuk breakfast.

Oleh kerana kawasan Kjee tak ada air hari ni, Kjee pun decide buat samosa untuk stok beku. Buat samosa tak perlu guna banyak air untuk clean-up afterwards.

Siap jer, Kjee post gambar kat FB. Ramai kata cantik, debab dan perfect! Ada kata dah banyak kali buat tapi tak pernah menjadi dengan cantik.

Oleh itu Kjee nak tunjuk cara melipat samosa ikut kaedah 'hantam sajalah labu'. Mungkin bukan cara pakar. Hehehe. Intinya korang fikir sendirilah ya. Kjee guna inti daging yang Kjee buat untuk kuih bakar daging. So, kandungan daging kisar almost 80%.

Gunakan kain bersih yang telah dibasahkan untuk menutup kulit popia yang menunggu masa untuk dilipat. Maksud Kjee, bukak sekeping dan bakinya ditutup kain basah yang bersih. Ini untuk mengelak kulit popia menjadi kering.




























1. Ambil sehelai kulit popia dan bersedia untuk lipat tiga.
2. Sapu telor yang telah dipukul manja.
3. Kemudian lipat lagi.
4. Selepas tu, bentukkan hujungnya.
5. Lipat lagi seperti jadi cone.
6. Isikan inti.
7. Padatkan sikit inti ke dalam cone dan sapu lagi telor.
8. Kemudian kemaskan.

Sebelum ini Kjee gunakan air sahaja untuk disapu pada setiap step yang akhir. Tetapi, apabila hendak goreng, kulit itu terbuka. Boleh jugak guna air yang telah dicampur sedikit tepung ubi, tepung jagung atau tepung gandum.

Susun dalam bekas kedap udara berlapikkan plastik bagi setiap lapis. Bekukan. Apabila hendak menggoreng, tak perlu dinyah beku atau defrost. Terus goreng guna api sederhana perlahan.

Sedap makan ketika masih panas.



5 comments:

sYaFiNaS said...

salam kenal kjee...waaaaa...nampak sedap je samosa kjee tu...dah lah debab...mantap...klu msk mulut,mesti sedap xterkata....jemput lah singgah blog nat yea...destinasi cinta blog..

Anonymous said...

As salam kjee..tqvm sbb kongsi ilmu, semuga Allah luaskan lagi rezeki kjee..aminn.

Luv
Suhaila

norhidana miswan said...

macih k jee sbb share cara bt samosa nih... dana selalu lipat mcm popia je sbb tak tau cmane nk pusing jd segitiga

JunAina said...

Kak Jee kalau tak tengok cara lipatan ini mau Aina dok bentangkan sahaja kulit popia tu lepas tu jenuh melipat jadikan 3 segi.

suraya samiran said...

assalamualaikum.... kak jee.
Terus jatuh cinta ngan kemurahan hati atas tunjuk ajar akk... terima kasih kak jee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...