Pages

Tuesday, April 8, 2014

PARPU DHAL CAMPUR KACANG KUDA






Dah lama Kjee teringin nak buat Parpu sendiri. Tak puas makan kat kedai. Jadi, apabila Kjee ternampak pelakon Faezah Ilai buat kat rancangan Nona, Ahad lalu, Kjee sangat-sangat teruja. Malangnya, Kjee hanya tengok masa dia dah dekat separuh jalan masak.

Semalam Kjee suruh Nadia rendam satu mangkuk kacang dhal Autralia. Kjee ada baca somewhere kacang dhall Australia lebih elok kualitinya. Wallahualam. Beli kat Hero Market.

Nadia jugak rendam satu peket kacang kuda atau chick peas. Kjee cadang nak bubuh sikit kacang kuda yang telah direbus ke dalam Parpu nanti.

Pagi tadi Kjee pun rebus kacang dhal. Ingatkan nak masuk pressure cooker tapi malas pulak nak keluarkan. Dalam periuk lain Kjee rebus kacang kuda yang Kjee dah campur sedikit serbuk kunyit dan garam mengikut rasa.

Setelah dijerang, Kjee pergi mandi. Keluar bilik Kjee terkejut melihat kacang dhal dah elok lembut. Selalunya kena rebus berjam-jam jugak. Atau mungkinkan ia kacang dhal Australia... Well.

Kjee keluarkan dua biji kentang, buang kulit dan potong dadu. Campakkan dalam periuk bersama kacang dhal yang masih direbus. Cari carrot dalam peti ais, tak ada. Kalau ada lobak putih pun boleh campakkan tapi jugak tak ada.

Kemudian Kjee masukkan kira-kira dua sudu rempah kari daging ke dalam rebusan kacang Dhal tadi. Biar mendidih. Tak cukup air, tambah air panas.








Resipi khusus tak ada. Fikiran melayang fikir apa lagi nak buat. Kemudian teringat Faezah tumis darat bawang yang telah dihiris dan cili kering. Kjee cari biji sawi...hmmm jugak tak ada. Bukan tak ada tapi tak pernah beli.

UnclePali pergi petik daun kari kat belakang. Kjee tumis bawang, daun kari dan cili kering yang telah Kjee potong dua. Apabila sudah naik bau, Kjee tuangkan semuanya ke dalam periuk Dhal. Kjee jenguk periuk kacang kuda. Rasa sebiji. Aikkk dah lembut jugak?! Kjee kaup guna senduk kira-kira segenggam dan masukkan ke dalam periuk Dhall.

Biar mendidih, bubuh garam dan juga susu cair. Kalau ada santan bubuhlah santan. Agak-agak jer jangan banyak sangat nanti rasa macam masak lemak pulak.

Perlahankan api dan didihkan sehingga puas hati dhal dan kentang dah empuk. Padam api. Sedap dipadankan dengan Capati, Roti Canai, Roti Arab dan jugak lempeng Melayu.








Kjee ingat nak makan dengan capati tapi belum pulak belajar buat capati. Itu bab malam nantilah. Nak buat capati yang Norma Zainal Abidin (fren FB) kata bubuh sedikit baking soda kalau nak capati lembut. Semalam Nadia beli 4 keping Roti Arab. RM4 kat Bakeri Ria.

Unclepali sapu butter kat roti tu dan letakkan dalam kuali. Dah garing makan panas-panas dengan Parpu. Enak banget dong!

First time buat tapi rasanya bolehlah. Tanya my other half dan ini jawapan dia: "Wah sedaplah... serupa itu mamak kadai bikin jugaaaa." I rest my case. Hohoho.






4 comments:

Anonymous said...

kJee kalau tambah telur sebiji n continue rebus kejap mesti lebih sedap rasanya. Mak sy selalu buat gitu.

Kjee said...

Tak suka bubuh telor. Faezah Ilai pun buat gitu. Parpu kedai mamak tak letak telor.

Shiela said...

nak sikittt...

makcikkantin said...

Wah parpu ni mmg yg mcm mkn roti canai capati nan arab....hehe sedap sedap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...