Pages

Monday, April 21, 2014

TAHNIAH! MAK MAH TUNANG SENYAP-SENYAP?






Seniwati veteran Hajah Ruminah Sidek atau lebih mesra Mak Mah, dikhabarkan bertunang dalam satu majlis ringkas semalam.

Sahabat beliau, Norlia Ghani beritahu Kjee, dia telah mendapat berita itu daripada seorang Ustaz yang menguruskan pemergian Mak Mah ke tanah Suci Mekah baru-baru ini untuk menjalani ibadah Umrah.

"Kak Norlia shooting semalam tapi memang ada majlis di rumah Mak Mah. Kami semua ingatkan majlis nikah tapi terkejut jugak apabila tahu hanya majlis merisik atau bertunang," kata Norlia Ghani.

Beliau berasa bersyukur kerana akan ada insan yang akan berada di sisi Mak Mah sekarang.

"Selepas Wan Maimunah, sekarang Mak Mah pulak. Syukur Alhamdullilah. Jodoh itu rahsia Allah," tambahnya.

Bila pulak giliran Kak Norlia, usik Kjee?

"Eh tak adalah... ada lah seorang dua kawan tapi rasanya tak sampai ke situ kot. Kita dah tua," katanya sambil ketawa.

Tahniah Mak Mah. Semoga dapat disatukan dalam masa terdekat dan bahagia hingga ke akhir hayat. Ameen.

TERBARU:
Kjee dapat berita Mak Mah dan bakal suaminya akan disatukan bulan depan.


bersama Kak Norlia Ghani

Bersama Mak Mah

4 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

Jodoh ni rahsia Allah.. bila sampai waktunya tak kira usia. semoga Mak Mah beroleh keberkatan & kebahagian

Akmall Razlan said...

Jodoh, pernah dengar dalam satu cerita,
"Orang bodoh je tolak jodoh".

Ayu sukatiakula said...

sesungguhnya jodoh tu rahsia Allah kan..

Cik Far said...

Alhamdullillah...bahagia melihat org lain bahagia..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...