Pages

Friday, April 11, 2014

WADI DAW'AN HIDANG MAKANAN ARAB ENAK AIRTANGAN ANAK TEMPATAN






Chef Hj Kamaruddin



Kjee suka sangat makan Nasi Arab. Tak kesahlah Nasi Mandy (sebutannya Mendi bukan mandi), Hanith atau Kabsah. Malah sejak mula diperkenalkan dengan makanan Arab Yemen di Restoran Wadi Hadramaut, Kjee dah kurang berselera makan Nasi Beriani tempatan.

Pada Kjee, Nasi Arab lebih lembut dan tidak kering macam sesetengah Nasi Briani baik air tangan orang Melayu ataupun Mamak.

Pun begitu, walaupun suka sangat Nasi Arab (Kjee boleh makan nasi kosong sahaja sebab sedap sangat) Kjee ada juga reservations. Dalam kepala selalu terfikir betapa fattening nya Nasi Arab. Maklumlah kalau kita sebut makanan Arab, pasti ia berkaitan dengan minyak sapi yang melimpah ruah.

Anggapan Kjee tu rupa-rupanya tak betul. Siang tadi Kjee singgah di Restoran Wadi Daw'an yang terletak di Lorong 5, Bukit Keramat, bertemu dengan pemiliknya, Chef Haji Kamaruddin dan menikmati airtangan beliau.

Ingatkan cerdik sangat memikirkan Nasi Arab menggunakan banyak minyak sapi. Terkejut Kjee apabila Chef Hj Kamaruddin kata Mandy Rice yang dimasaknya, langsung TIDAK menggunakan minyak sapi malah tidak ditumis dan tiada penggunaan Monosodium Glutamate atau nama perasa yang kita kenali sebagai Aji-No-Moto!!






"Saya jugak tidak menggunakan santan dalam semua masakan saya. Justru, Nasi Arab kami cukup sihat untuk dimakan hari-hari!"

Tu dia!!! Punyalah lega Kjee dengar. Selama ini kalau nak berkunjung ke Restoran Arab seminggu sekali pun, Kjee berfikir banyak kali sebab bimbangkan penggunaan minyak sapi yang bukan sahaja tidak elok untuk jantung tetapi rasanya jugak boleh buat body kembang kiri dan kanan. Hehehe.

Wajah Chef Haji Kamaruddin berseri-seri apabila berbicara mengenai kariernya sebagai seorang chef sejak 16 bulan yang lalu. Berusia 51 tahun, beliau sebelum ini adalah seorang pemilik syarikat percetakan di Gombak. Langsung tidak ada sebarang pengalaman dalam mengendalikan bisnes makanan. Bagaimananpun, dia seringkali juga masuk dapur di kondonya di Keramat dan masak 'apa sahaja yang ada di dalam peti ais'.

"Saya suka sangat makan Nasi Arab. Memang saya kerap makan di Restoran Arab. Dan apabila berkenalan dengan seorang Chef Arab, timbul minat saya untuk membuka sebuah restoran yang menghidangkan makanan Arab."

"Saya hanya belajar sebanyak 3 kali dengan beliau...tanpa dberitahu rempah-rempah yang tepat. Mula-mula saya beli rempah siap dari seorang makcik yang meniaga di Pasar Tani. Agak mahal juga walaupun rempah ratusnya cukup tulen. Tetapi Alhamdullilah selepas beberapa bulan, saya berjaya mengeluarkan rempah saya sendiri," kata Chef Hj Kamaruddin, dengan bangganya.



















Beliau satu-satunya tukang masak di restorannya. Sebaik selesai solat Subuh, kira-kira pukul 6.30 pagi, beliau akan mula masak seorang diri di restorannya, sehingga pekerja-pekerjanya sampai pukul 9 pagi.

Apa yang membanggakannya ialah sebilangan besar pelanggannya terdiri daripada masyarakat Arab yang tinggal di Kondo-kondo berhampiran.

"Pelanggan Arab cukup cerewet. Kalau suapan pertama tidak menepati selera mereka, makanan itu akan mereka tinggalkan. Malah, sekarang ini, saya berani membuka perniagaan bersebelahan dengan mana-mana Restoran Arab di sini," tambahnya lagi.

Chef Hj Kamaruddin memberitahu, pada mulanya mungkin apa yang dimasaknya dipengaruhi oleh sifunya dulu. Tetapi kini dia boleh bangga menyatakan penyediaan Nasi Arab nya berbeza dengan Nasi Arab tulen.

"Saya pelbagaikan mengikut selera orang kita. Saya sediakan kuah dan juga sambal tomato segar yang pedas kerana itulah citarasa orang Malaysia. Salad saya juga lain daripada mereka," ujarnya lagi.

Kjee terkejut jugak melihat senarai harga di Wadi Daw'an. Ada nasi ekonomi dengan harga RM6 dan Nasi Mandy dari RM10 hingga RM12.

"Saya tak perlu bayar sewa. Tempat ini milik saya. Dan segala rempah ratus saya buat sendiri. Itulah rahsia saya jual dengan harga yang lebih murah."

"Bahan-bahan makanan saya gunakan adalah dari kualiti yang terbaik. Beras yang saya gunakan adalah Basmathi dari Pakistan gred AA. Saya beli ayam di Ayam Mas kerana kualiti dan taraf halalnya tidak meragukan. Ayam, kambing mahupun daging saya perap semalaman. Justru, rasanya lebih enak daripada menggunakan MSG. Restoran Arab lain banyak menggunakan MSG."


Beras Basmathi gred AA super panjang diimport dari Pakistan







Diperap semalaman kekalkan kelembapan



Bahaya jugak makan sambil berbual. Kjee memang kalah dengan Nasi Arab. Kalau biasa makan satu senduk, tadi Kjee tambah sesenduk lagi. Sedap sangat. Kalau nak tahu degree kesedapannya, kena cubalah sendiri.

Wadi Daw'an terletak di No1, Lorong Bukit Keramat 5, Off Jalan Bukit Keramat. Nak alamat lebih jelas, singgah ke Blog Wadi Daw'an. Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Ahad tutup kecuali ada yang membuat pesanan awal untuk take away.

Chef Hj Kamaruddin juga memberitahu dia memberi peluang kepada mereka yang ingin meniaga Nasi Arab secara sepenuh masa atau sambil-sambilan (misalnya di hari cuti atau hujung minggu) menghubungi beliau.

"This is a very lucrative business... perniagaan Nasi Arab cukup disukai dewasa ini dan amat menguntungkan.  Saya sanggup ajar cara-caranya kepada mereka yang berminat. Tak kisahlah kalau anda ada modal kecik ataupun besar. Saya ada agent, seorang anak muda, yang hanya jual secara sampingan dan untung bersih serendah RM150 sehari! Dia hanya luangkan masa tiga jam sahaja sehari untuk meniaga. Insya Allah."

"Setiap hari ada sahaja tempahan dari pejabat Kerajaan dan Swasta. Secara purata 150 bungkus akan mula dihantar selewat-lewatnya jam 10 pagi."

Kjee minat dengan pakej seekor kambing dan nasi serta salad dan kuah yang ditawarkan dengan harga RM600 untuk 40 orang. Sesuai sangat untuk buat kenduri atau sebarang majlis. Begitu juga dengan pakej satu dulang besar yang berharga RM120 untuk 12 orang. Malah, jugak disediakan Nasi Mandy dalam dulang (makan beramai-ramai seperti Nasi Ambeng) kepada pelanggan yang mahu menikmatinya di restorannya.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh call/whatsapp Chef Hj Kamaruddin di 0133839333. Penghantaran sekitar Kuala Lumpur adalah percuma untuk pesanan lebih 10 pax.


Suasana nyaman makan dibawah pokok yang rendang


Makan sambik nikmati pemandangan KLCC dari atas Bukit Keramat






3 comments:

nasa mulia said...

salam kak jie, kecur liur tengok nasi mandhi dah lama tak makan nasi mandhi,,,,

zana fahmi said...

Wah...zana kureng nasi arab ni tapi bila tengok beras dia yg panjang tu....mcm terlior pulak.
Bangga dgn bangsa Melayu yg gigih berniaga mcm ni.Takpelah tak dpt tanding dgn bangsa lain asalkan kita tak menyusahkan org, berniaga ditempat sendiri lagi baik.

paridah said...

Menyelerakan sekali nampaknya nasi arab air tangan chef melayu ni...mudah2an perniagaan beliau berjaya n bersaing sihat bersama peniaga2 nasi arab yg semakin berlambak di KL ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...