Pages

Monday, June 2, 2014

BADE SUAMI DAN BAPA YANG SANGAT BAIK - ERMA FATIMA


Erma dan Bade - foto ehsan google




Apabila tersebar berita pengarah kesayangan Kjee, Bade atau Badaruddin Hj Azmi berkahwin lagi baru-baru ini, Kjee terkejut. Bade adalah suami Pengarah Tersohor Erma Fatima Rahmad. Kedua-duanya insan yang Kjee sayang, kerana secara tidak langsung, mereka 'membesar' depan mata Kjee.

Kjee terdahulu kenal arwah ayah Bade, Haji Azmi, seorang jurukamera di RTM ketika Kjee bekerja di bilik berita TV RTM awal 70-an. Seringkali lihat Haji Azmi bersama anak lelakinya berambut panjang kerinting halus.

Mana nak disangka setelah Haji Azmi tiada, banyak tahun kemudiannya, Kjee berkenalan pulak dengan budak berambut kerinting itu yang mengambil alih tempat arwah bapanya sebagai jurukamera filem. Kemudian dia menjadi antara jurukamera filem terbaik di negara ini sebelum menjadi pengarah filem dan drama.

Itulah Badar atau Bade. Ejaan jer lain sebutannya sama.

Kemudian Kjee bertemu pulak dengan Erma Fatima yang ketika itu masih anak dara sunti, ketika Kjee jadi wartawan. Semasa menjadi pelakon, Kjee tidak pernah berpeluang berlakon di sisi Erma kecuali dengan adiknya Ummi Aida.

Berbanding dengan Erma yang agak lincah dan mudah diajak berbual, Bade agak pendiam. Macam ada emas dalam mulutnya. Ketika itulah. Jauh beza perangai dengan arwah ayahnya yang amat suka bergurau, mengusik orang dan sering tersenyum.

Kjee bersama Erma dan Bade terbabit sama dalam pembikinan filem Pelumba Malam terbitan syarikat filem Pengedar Utama sekitar lewat 80-an. Kjee jadi Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran syarikat itu. Bade sebagai Jurukamera filem dan Erma sebagai salah seorang pelakon. Masa itu, belum lagi terbit rasa apa-apa antara Bade dan Erma kerana masing-masing sudah ada chenta hati sendiri.

Kjee mula rapat dengan Bade ketika meniaga di food court Anjung Melawati, Taman Melawati kira-kira 5 atau 6 tahun lalu. Bade akan singgah setiap hari kekadang dua kali sehari untuk menikmati teh tarik kegemarannya.



Bersama empat dari lima anak mereka




Kalau tidak datang sorang, dua anak perempuannya, Citra dan Ain,  akan ikut sama. Menu favorite mereka nasi lemak bungkus UnclePali. Dan setiap kali sebelum beredar, Bade akan menyuruh Kjee membungkus Kuih Teow Beef Ginger kesukaan Erma.

Banyaknya mulut Bade yang Kjee kenal masa Kjee meniaga. Jauh berbeza dari Bade yang Kjee kenal dulu yang pendiam dan suka menjauhkan diri dari orang yang tidak rapat dengannya.

Bade seringkali bercerita mengenai anak-anaknya kepada Kjee. Pandai dia datang di waktu tiada pelanggan di gerai Kjee. Jadi banyaklah masa kami bersembang. Hanya sekali dua Erma datang bersama Bade. Tetapi dari amatan Kjee, kedua-duanya adalah pasangan suami isteri yang cukup bahagia membesarkan 5 orang anak yang bukan darah daging mereka.

Tidak jauh dari situ, Erma menyewa sebuah rumah dua tingkat untuk menempatkan anak-anak yatim perempuan. Begitulah Erma, seorang insan yang cukup prihatin terhadap insan-insan yang kurang bernasib baik terutama sekali anak yatim. Malah, Erma pernah menyumpangkan sejumlah wang yang banyak untuk membantu Nadia membayar yuran kolejnya satu ketika dulu. Terima kasih dan Kjee tidak pernah lupa hingga ke hari ini.

Jadi, hubungan Kjee bersama Erma dan Bade tidak pernah putus walaupun jarang-jarang bertemu setelah Kjee berhenti meniaga. Apapun, rumah Kjee kini sepelaung sahaja dari rumah Erma-Bade.

Kelmarin Kjee dikejutkan dengan berita Erma telah dimadukan. Fikiran Kjee terganggu. Bimbang apa akan terjadi kepada Ain dan Citra, dua anak yang masih kecil dan terlalu sayang kepada kedua ibu bapa mereka. Pernah Kjee tanya Ain yang ketika itu baru berusia dalam lingkunan 4 tahun.

Ain sayang Mama ke Papa? "Sayang dua-dua sekali!!"

Kjee tidak tergamak untuk menulis berita perkahwinan kedua Bade itu kerana sepanjang hari semalam fikiran Kjee terganggu. Tetapi sebelum tidur malam tadi, Kjee terbaca berita di News Feed akaun Facebook Kjee yang Erma tahu Bade telah berkahwin lagi. Dan yang buat Kjee mengalirkan airmata, Erma kata Bade adalah suami dan bapa yang terbaik buat dia dan keluarganya.

"Dan pastinya, saya mahu orang yang saya sayang memiliki kebahagiaan yang dia inginkan... perkahwinan mereka saya restui. Selama perkahwinan kami Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia."

Alhamdullilah syukur! Itulah yang sepatutnya diucapkan seorang isteri yang baik, kata UnclePali.

Kjee tunggu statement balas dari Bade. Mahu Kjee tahu bagaimana perasaan seorang suami apabila isteri yang disayanginya membeli kenyataan umum seperti itu.

Kjee yakin Bade seperti yang dikatakan Erma, seorang suami dan bapa yang baik dan akan memberi perhatian dan kasih sayang sama rata kepada keluarganya yang semakin membesar, Insya Allah. Ameen.


I LOVE YOU BOTH!



Terserempak Bade tengah shooting 3 tahun lalu

2 comments:

Irfa said...

moga yg terbaik utk mereka
ramai je yg 'berkeluarga besar' dan bahagia :)

Anonymous said...

tak sangka pulak erma berlapang dada dlm hal ini.semoga erma murah rezeki dan masih disayangi suami tercinta.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...