Friday, June 6, 2014

UDANG HALUS GORENG PEDAS












Lauk Udang Halus Pedas ini adalah pembuka selera. Orang sekarang sebenarnya tak pandang udang halus ini. Semuanya pasal tak kuasa nak bersihkannya. Dan jugak saiznya yang kenit memang tidak membuat seseorang itu teruja membelinya!

Tetapi, kalau kena dengan gaya memasaknya, hmmm maleh nak citerlah. Tak mau lah rasanya nak pandang udang-udang kasar lagi tau. Apapun, udang halus putih ini bukan murah tau. Tadi UnclePali beli sikit jer dah RM7. Kjee intai peketnya.. adoiii RM18 sekilo! Tu dia...jangan pandang udang ni sebelah mata tau!

Bab membersihnya satu persatu yang buat ramai hilang sabar. Tapi Kjee suka melakukannya walaupun lenguh tangan. Udang ni janggutnya berjurai-jurai. Cabut ke kepalanya dan buang sekali janggut. Kulit dan ekor tak payah. Kalau dibuat semuanya, alahai maleh nak citer. Tinggal isi ciput jer.

Setelah dibersihkan, bubuhlah garam dan kunyit. Perap seketika. Kemudian tumbuk cili merah dan cili padi. Banyak mana ikut suka. Tapi Kjee suka pedas-pedas. Baru sedap. Pastu tumbuk jugak satu labu bawang besar dan sebiji dua bawang putih. Bawang besar tu tak payahlah tumbuhk sampai halus.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang berkunyit tadi sampai garing. pastu keluarkan. Tumis bahan-bahan tumbuk guna minyak yang sama sampai garing.

Apabila bahan-bahan tu dah garing, masukkan balik udang dan goreng balik sampai rata. Padam api dan campakkan daun bawang yang telah dihiris ikut suka. Sebenarnya kalau tak bubuh daun bawang pun ok tapi Kjee suka ada kaler hijau sikit.

Oh ya korang mesti tanya kenapa Kjee tak bubuh garam masa menumis. Well, udang tadi kan dah diperap dengan kunyit dan garam. Tapi kalau korang suka masin, tambahlah ikt selera memasing yer.

Sedap makan dengan nasi, nasi impit dan jugak lemang atau pulut.



Related Posts:

  • MIHUN PUTIH KESUKAAN ANAK2 Dulu2, kalau Kjee malas nak memasak, ini antara menu favorite Nadia. Mihun goreng warna putih yang tak pedas. Kjee namakannya Mihun Putih. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati Foodcourt dulu, Mihun Putih ini bukan s… Read More
  • PENANG FRIED KWAY TEOW AIR TANGAN NADIA Bertuahnya badan. Sebut jer teringin nak makan Penang Fried Kway Teow, my princess terus buatkan untuk mama dia. Sedap sangat2 air tangan Nadia. Walaupun resipi Mama tapi memang tak leh lawan… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR...3Asalammualaikum. Hari Jumaat sudah kembali. Hari ni tetiba rasa nak share dengan korang resipi berasaskan udang. Kjee pelbagaikan pilihan. Ada udang halus yang warna putih tu, ada udang galah dan ada udang biasa. Karang kena… Read More
  • SAMBAL TUMIS UDANG BUBUH PETAI Lunch Kjee yang paling simple setakat ini. Nak kata malas tak lah pulak tapi hanya selera nak makan sambal tumis udang bubuh petai dan ikan Pelaling goreng. Kalau ada yang masih tak kenal ikan Pelaling, ia adal… Read More
  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More

2 comments: