Pages

Sunday, June 15, 2014

BILIS BERLADO DENGAN PETAI






Apabila nampak Ady Greatsword dan ChaHaya Shiela, dua blogger yang sangat Kjee hormati, tayang sambal ikan bilis dengan petai, ikut citarasa masing-masing, Kjee turut teruja. Ini adalah pembuka selera ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa!

Kerana itulah petai kini antara bahan masakan yang mahal. Satu ikat dah naik dua kali ganda! Kalau ke pasar Chow Kit untuk beli petai, Kjee selalu pesan kat UnclePali supaya jangan lupa tawar menawar. Sebenarnya, kalau kita pandai, boleh dapat murah sedikit sekiranya beli lebih dari satu ikat.

Semalam, Kjee kirim kat Jaja, adik angkat Kjee yang hendak datang ke rumah amik pies. Jaja hadiahkan dua ikat petai.

Pagi tadi, Kjee ke dapur dan terkejut melihat petai tu sudah kecut sedang semalam masih segar. Baru Kjee perasan, sejak kebelakangan ini, cuaca terlalu panas. Jadi sayur-sayur segar termasuklah petai senang jadi kering!





Kjee kopek petai-petai tersebut. Dapat satu mangkuk. Kjee bahagikan dua sebab kalau masak kesemuanya hari ni, banyak sangat kot. Separuh lagi, Kjee dah plan nak buat lauk lain. Petai mentah berbaki tadi, Kjee simpan dalam freezer.

Menu hari ni simple jer. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang putih dan bawang besar. Tak perlu tumbuk halus sangat sebab aku malas. Hehehe.

Goreng petai dulu separuh masak. Tepikan. Guna minyak sama goreng ikan bilis sampai garing. Tepikan. Tumis bahan tumbuk jugak dalam minyak yang sama sampai garing. Campak satu keping asam gelugor, sedikit garam dan gula. Perlu diingat ikan bilis jugak dah tersedia masin so tak perlu terlebih letak garam. Goreng sampai rata. Padam api.

Setelah padam api, baru Kjee masukkan ikan bilis goreng dan petai goreng tadi. Gaul sampai mesra tapi dekat  pastu alihkan ke mangkuk atau pinggan.

Itu jer. Nak ratah atau makan dengan apa pun boleh.






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...