Pages

Tuesday, June 10, 2014

CARA MANDI KALAU SERING SAKIT KEPALA














Kjee nak share satu lagu petua yang Kjee anggap amat berkesan terutama sekali apabila musim panas sudah mula kembali.

Kjee ada satu masalah iaitu Kjee akan mengalami sakit kepala apabila musim panas. Bukan sakit kepala biasa tetapi ia bermula sebagai denyutan di belakang kepala, berhampiran belakang telinga.

Bagi Kjee ia tidaklah sakit tetapi cukup menganggu. Denyutan itu akan terjadi setiap 5 minit lepas tu berhenti. Mula-mula perlahan tetapi kemudian jadi agak kuat dan is very annoying. Boleh terkejut terkejut dibuatnya.

Ia dah berlaku sejak Kjee muda. Dan tiap kali Kjee jumpa doktor, dia akan beri painkiller dan kekadang ubat penenang. Tapi hanya seketika sahaja ok. Lepas tu mula balik. Ada orang kata heat stroke, sun stroke bagai.

Arwah bapak Nadia pernah bawak Kjee pergi ke satu kampung di Negeri Sembilan some 30 years ago. Kononnya ada Tok Moh kat situ boleh ubatkan. Kjee disuruh amik air dari lopak yang ditinggal oleh kerbau dalam sawah. Lopak selepas kerbau tu pijak tanah sawah tu.

Oleh kerana nak sangat baik maka Kjee sangguplah. Of course yang amik air tu arwah bapak Nadia. Tok Moh tu jampilah air tu dan suruh Kjee sapu bahagian sakit kat belakang kepala. Tempat yang sakit.

Ada baik? Hmmm sampai ke hari ini, 30 tahun dah berlalu dan Kjee masih ada penyakit yang sama walaupun taklah kerap. Hanya apabila tiba musim panas.

Dua hari lepas Kjee sakit kembali. Dah dua hari tak hujan kan? Denyutannya kali ini agak kuat dan menangis jugaklah Kjee menahan denyutan yang berlaku tiap 5 minit. UnclePali urut belakang kepala dan juga bahu untuk kurangkan ketegangan. Kjee makan panadol tapi tak berhasil.

And then pagi kelmarin baru Kjee teringat kaedah mandi yang diajar oleh kawan Kjee, mekap artis Nan Romeno many many years ago.

"Kau mandi dari kaki dulu. Sejukkan bahagian bawah badan. Lepas tu ke bahagian atas badan. Lepas betul-betul satu badan dah sejuk, baru kau basahkan kepala. Cubalah. Insya Allah." kata Nan Romeno.

Kjee hanya buat kalau Kjee sakit kepala. Dan apabila teringat pagi semalam, Kjee lakukan seperti yang disarankan Nan. Alhamdullilah sepanjang hari semalam dan pagi ini, Kjee dapat senyum.

Kjee tak tahu samada kaedah ini dipanggil petua. Tapi korang yang ada masalah selalu sakit kepala, cubalah. Mudah-mudahan diizinkan Allah swt. Ameen.



Agaknya sebab tu baby tak pernah sakit kepala. Sejukkan badan baru basahkan kepalanya. Hehehe




3 comments:

Anonymous said...

saya pun sama sakit kepala sejak dua hari lepas..panasnya lain macam..haba matahari lain dari sebelumnya...sakit kepala dgn jantung berdebar debar...biarpun panas kuat tapi peluh x juga byk kuar....

Sitizan Citizen said...

Kak Jee, dikatakan bahawa itulah cara baginda Rasulullah SAW mandi : mulai dari kaki dahulu.
Saya dah amalkan sejak 15 tahun lepas. Alhamdulillah tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk.

Anonymous said...

Kak Jee betoi tu..Abang ipar saya berumur dah orangnya..dari dulu dia cerita dia mandi seperti yang kak Jee buat.Jirus kaki dahulu sambil selawat 3kali dan naik ke badan baru kepala.Ianya juga untuk mengelakkan dari jantung kita terkejut.Itulah yang diamalkan sehingga ke hari ini dan alhamdulillah dalam dh berumur pun dia tak ada darah tinggi,kencing manis dan lain2 sakit yang selalu orang2 berumur kena.deman sikit2 tu adalah..bagus diamalkan mandi mcm ni.
(Hanie Pendang)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...