Pages

Monday, June 9, 2014

DIPAKSA BAYAR RM131 UNTUK PARKING TAK SAMPAI 1 JAM!














Hari ni Nadia cuti. Saja dia amik one day Annual Leave sebab penat. Kjee dah rancang nak gi rumah seorang kawan di Hulu Yam pastu pergi Office 4Life di Amcorp Mall PJ, beli product Transfer Factor.

Lepas brunch kami ke Amcorp Mall dulu atas pilihan UnclePali. Takut tak sempat nak gi posto pos TF, katanya. So kami berdua follow jer.

Sampai di Amcorp Mall, UnclePali turun sorang. Dia park kereta tepi jalan saja depan bangunan tu. Tetiba perut Kjee memulas so Kjee suruh Nadia drive naik ke tempat parking dalam bangunan tu kerana di situ ada tandas. Sampai di parking aras 5, kami terserempak dengan UnclePali. Nadia serahkan parking tiket suruh dia pergi bayar.

Tunggu punya tunggu lebih kurang 20 minit untuk Unclepali kembali bayar duit parking kat aras 4 (kalau tak silap). Kemudian dapat sms dari UnclePali, booth bayar parking kat situ rosak (tak boleh baca tiket) so dia kena pergi office management kat basement.

Tak sampai 10 minit, UnclePali kol.

"Eh Nadia tadi amik parking tiket kat mana?" tanya UnclePali.
"Macam biasa lah kat aras 4 tu masa naik tadi," kata Kjee.

Pastu dengar UnclePali bebel-bebel. Tonasi dia macam marah! Nadia capai fon dari Kjee. Kemudian Nadia terus keluar kereta dan pergi ke tempat kami naik tadi, dua aras kat bawah (kalau tak silap) nak check mesin tiket parking tadi. Pastu dia pergi join papa dia kat office management.

Kononnya masa kat situ, telah berlaku pertikaman lidah antara UnclePali dengan salah seorang staff syarikat parking atau management kat situ. Dia (staff parking management...oppps bukan staff tapi Manager) mati-matian kata tiket itu tarikhnya pada 28/5/2014 pukul 10.58 mlm. Dan jumlah yang perlu dibayar RM131.00!




Gambar hiasan google

























Hah terjah UnclePali! Takkan kami masuk tak sampai setengah jam kena bayar banyak tu sedangkan parking kat situ hanya RM3 sejam!!

UnclePali kata kereta masuk kira-kira pukul 1.05pm. Kjee tahu waktu yang tepat sebab sebaik sahaja kereta hendak bergerak ke tempat parking, Kjee dah sms UnclePali beritahu dia kami akan ke situ.

Lelaki itu berkeras kata UnclePali jangan cuba hendak 'berkasar' dengan dia!! Minggu lepas ada kereta hilang dan mereka terpaksa tegas sekarang.

Nadia sampai. Lelaki itu hulurkan satu kotak berisi resit2 parking untuk Nadia dan UnclePali lihat. Nadia kata its none of their business nak tengok apa ada dalam kotak itu.

Lelaki itu menyindir seakan-akan Nadia dan UnclePali CUBA MENIPU! Itu tiket lama!!

Dia paksa Nadia dan UnclePali bayar RM131 atau buat laporan lost ticket!!! Kalau lost ticket kena bayar RM50!!

"Apa hal pulak nak buat laporan lost ticket?!! Saya tak salah. Dah bertahun kami datang sini untuk parking. Kenapa hari ni pulak boleh jadi macam ini! Saya tak nak bayar," tegas Nadia.

Lelaki itu meninggikan suara. Kalau tak bayar tak apa. Dia tak paksa. Pulak!!!

Nadia dan UnclePali suruh staff itu play back rakaman CCTV untuk tengok pukul berapa kereta kami masuk. Dia kata okay tapi dia langsung tak playback cctv itu.  Cuba nak berdolak dalih! Agaknya setelah melihat UnclePali dan Nadia berkeras tidak mahu membayar duit yang dia tuntut, akhirnya dia melepaskan kami tanpa membayar satu sen!

Bagaimanapun, tiba di tempat keluar, UnclePali tekan button kat kotak tol parking itu (seperti diarahkan lelaki tadi), kami kena tunggu dekat 10 minit untuk keluar.

Kami tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Macam-macam spekulasi kami. Yang paling pelik, kenapa staff itu tidak mahu playback rakaman CCTV untuk tengok pukul berapa kereta kami masuk.

Kalau dia berkeras jugak tidak mahu melepaskan kami tadi, Kjee beritahu UnclePali, kami akan terus buat laporan polis.

Inikah suatu cara penipuan syarikat parking? Wallahualam. Tetapi kalau korang kena, harus tegas menyuruh pihak management parkir itu menayang balik CCTV sebagai bukti kita tak bersalah!!



20 comments:

Venisri Senthan said...

How stupid kan! Kalau betul tayang je cctv tu. Nak bagi amaran lagi ker? You alls did the right thing kak!

Kjee said...

Did not know how to react then Venisri. UnclePali yang selalu cool and never before raised his voice reenacted the scene dia terkejut dan apabila satu staff perempuan kata kena bayar RM131!! Dia kata, I punya terkejut tak sedar I jerit kuat. Hahehe.

HASRUL HASSAN said...

Harapnya lepas ni menjadi ingatan buat semua .. bagus kak jee kongsi benda ni.

Bro Framestone said...

waste time je kalau jadi macam ini...

Terima kasih untuk perkongsian

KiD said...

ambooihhh.... kalah parking joki ni... aptb!

Hanim Hashim said...

perghh! mampuih la nak cekik orang sampai cam tu sekali. Tu yang takut nak masuk kete pasni. Rela jalan kaki dari opis ke sana huhu.

Mekasih kak atas perkongsian ini, semoga menjadi pengajaran dan juga tips untuk mempertahankan diri kita.

kutoOobambOo said...

pelik lah... mmg unclePali Btol Lah

ecah khalili said...

nampak penipuan syarikat parking tu bila dia tak play back balik pon cctv. kene lebih berhati2 atau buat report je terus kalau diorang berkeras..

waiem said...

Terima kasih K.Jee kongsi cerita.

rostina76 said...

phewwwww!!!!lemas rasa baca citer k.jee….sib baik ada uncle klau pompuan2 saja lagi haru. btw really lemas la dgn citer2 pelik tapi benar kat malaysia nowadays. seriously rasa cam berdebar2 nak balik malaysia. semoga kita semua terselamat dr segala keburukan.

Matt M'ry said...

Assalamualaikum Kak Jee,

Memang sekarang ini penipuan Yuran Parking Fee makin menjadi jadi, saya dah banyak kali kena, bila bergaduh dengan operator parking masa bayar mereka akan kata yang mereka hanya ikut arahan, kerana semua telah diprogram dengan oleh computer. Sedangkan papan tanda tercatit sejam adalah RM3, kalau 3 jam, RM9 tapi mesin dan kounter bayar suruh bayar RM15, tak kah buat darah kita menyerap. Berhati hati bila menggunakan perkhidmatan parking di Armcorp, F&N Bussiness Centre, Wisma Yakin, setengah stesen LRT dan commuter KTM dan sebagainya mereka ni dan ubah mesin parking mereka. Hairan tiada pemantauan dari pihak berkuasa. Agensi yang ditugaskan terlelap dan tidur lena. Jadi kitalah yang menjadi mangsa, letak kat luar kena saman dengan polis dan pihak berkuasa tempatan, kedalam kena balun dengan operator parking. Ada tu macam stesen komuter KTM ada sampai 2 operator siapa yang legal dan illegal kitapun tak tahu, pihak ktm buat bodoh je, tapi mereka tu memang bodoh, kerja macam pahat dan tukul, stesen macam reban ayam. Susah sangat ke nak urus sebuah stesen komuter, tak ada standard yang dipakai ke.

Bersabar jelah Kak Je, saya ni pun pandai suruh orang bersabar, Tapi kalau saya ditempak Abang Pali, mau dah lebam mata operator tu. Kecil suruh belajar tak mau belajar dah besar kerja jadi operator parking, bila tahu gaji kecik nak menipu pulak. Kenyataan ini saya tujukan kepada mereka yang menipu dan memanupulasikan kan keadaan, Bagi mereka yang berkerja secara jujur walaupun dengan gaji yang kecil tu, saya sangat menghormati anda semua, biar gaji kita kecil, tapi ianya didapati dengan cara yang halal dan berkat, insyakallah banyak rahamat dan barakah.

Wassalam.

azrinna basri said...

kak jee report je diroang kat polis or management company parking tu...diorang sebenarnya nak tipu duit la tu sbb setahu saya budak2 parking ni diorang ni suka ambil duit parking masuk poket sendiri...geram bila baca entry kak jee ni,diorang tu tak munasabah langsung....

Anonymous said...

Hahaha..nape nak salahkan management..budak parking tu yg nak projek duit tiket..kan3..

Nora said...

Wow..melampau tu..klu org lain yg tak tau..atau takut..dia bayar je..pastu masuk poket staff tu kut..eloknya kak jee buat police report and ckp dgn top management syarikat parking tu..

AyuArjuna BiGoshh said...

gilalah...parking 131....

kot ya nak menjalankan tugas..siasatlah betul...

klu aku kat situ dah terbakor dah bangunan amcorp tu

Kjee said...

Lelaki yang 'bertekak' dengan UnclePali adalah manager di situ bukan budak jaga tiket!!!

ummisara said...

thanks kak gee sbb highlight benda nih...i selalu ke amcorp jugak....kena berhati2 lepas nih...! sesuka hati jer...

Mohd Ridzuwan said...

bakar bakar parking hantu mak limah tuh..

Carlos Santiago said...

Nak menipu la tu kerja dia... Parking amcorp mall kencing!

Yatie Fizzy said...

giler lah parking kena bayar sampai beratus... tak masuk akal, nih dah macam kes penipuan nih kalo suh play back cctv banyak pulak dolak dalih nya... kompom ade benda yg tak kena nih... ntah2 dah banyak org yg kena tipu ngan mamat "manager" tuh kan.... appa pun thanks kak jee atas perkongsian....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...