Pages

Wednesday, June 4, 2014

PETUA REBUS MEREBUS







Seperti surirumah lain, Kjee paling ngeri kalau nak rebus cili kering. Mesti habis melimpah-limpah air rebusan apabila sudah mendidih. Untuk elakkannya Kjee sanggup tunggu sebelah periuk. Sebaik sahaja mendidih, terus pelankan api. Tapi kekadang nasib kureng baik, melimpah jugak.

A few months ago, Kjee terserempak dengan petua ini. Nak kata petua, tak taulah sebab Kjee terserempak di newsfeed FB yang telah dikongsi orang. Petua tu dari obersea. Omputih panggil petua tu tips ker? Whatever.

Letak satu senduk kayu atas periuk (cam dalam gambar) masa nak merebus, kata tuan punya tips tu. Kjee pun buatlah walaupun dalam hati kurang percaya. Tetapi Kjee terkejut, masa merebus guna kaedah ini, air tidak melimpah walaupun air tu mendidih kuat!

Yang rosak hanya senduk kayu yang terbakar sikit akibat Kjee buka api terlalu besar. Kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, Kjee bukak api medium jer.

Kjee tak pasti samada kaedah ini boleh digunakan untuk merebus bende lain selain cili kering. Korang cubalah nanti dan beritau mokcik yer. Hehehe.

6 comments:

*cik cempaka* said...

petua yang bagus ni kjee...time kasih atas perkongsian ni...good job...hihi..

juls julie said...

assalam kak..

pernah try petua tu kak..mmg berkesan.. sbbnyer, buih2 yg kita masak tu pecah bila bersentuhan dengan senduk kayu tu... heheh

Zuraida Rahim said...

Terima kasih atas perkongsian

Anonymous said...

Assalam K.Jee,

ni petua orang-orang lama kita ni kak. Dulu-dulu kan bila balik kampung, masak guna dapur kayu. Jadinya memang la api tu besar sangat, cara nak elak melimpah, terutama masa masak nasi, letak la senduk kat mulut periuk tu. Berkesan. Omputih tu tiru kita tu hikhikhik - Ana

soilparticles said...

Thanks for the tip. Memang selalu seriau bila bab rebus merebus nih..... Tapi, saya pun baru tertengok tips ni kt facebook, tapi diforwardkan dlm bahasa cina, so tak paham apa dia kata, cuma nengok gambar je. tapi bila KJee dah terangkan, maka fahamlah saya. Dia bagi banyak lagi tip, sebenarnya, tapi taktau sangat la hujung pangkalnya, kecuali satu yang saya rasa menarik - kalau nak buat telur mata, kita hiris dulu bawang besar melintang, amik ring yang paling luar, panaskan minyak kt kuali leper, letak ring, then pecahkan telur dalamnya. Jadi la bulat telurnya....

Anonymous said...

tq's kjee... tips yg kjee bagi ni sgt2++++ berguna.. klu ada lagi, jgn lupa kongsikan ya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...