Pages

Wednesday, June 11, 2014

PUDING ROTI GULA MELAKA







Ada empat keping roti dah dua hari past expiry date. Nak buang sayang sebab Kjee rasa elok lagi sebab simpan dalam peti ais. Tak tau nak buat apa tetiba teringat boleh buat Puding roti. Bukan Bread and Butter Pudding yang selalu Kjee buat tapi yang orang panggil Puding Roti Karamel.

Kjee tak boleh gelarkan dia Puding Roti Karamel sebab Kjee tak suka karamel. Tak suka sebab pahit dan susah nak buat gula hangus. Dulu masa Kjee anak dara, tangan Kjee terbakar sebab gula hangus tertumpah atas tangan! Sakit dan serik sampai ke tua!!!






So Kjee adjust dan buat Puding Roti Gula Melaka. Samalah macam Kjee buat Puding Kastad Telor.

Mula-mula buat sirap gula Melaka dulu. Kemudian tapis dan sejukkan. Kepekatannya hampir sama dengan kepekatan gula hangus.

Kemudian ambil 4 keping roti, koyak-koyak dan letak dalam mangkuk. Bubuh satu cawan air dan satu cawan susu cair. Susu cair ada sikit jer so Kjee campur dengan susu segar. lepas tu Kjee maniskan dengan letak dua sudu susu pekat manis. Kacau sampai rata lepas tu dikisar (blend).








Kjee pecahkan 3 biji telor, pukul manja2 dan campurkan bersama adunan roti tadi. Kacau perlahan-lahan tetapi rata. Jangan bagi telor tu terlalu berbuih. Nanti texture pudding jadi berlubang-lubang.

Ambil bekas dan tuangkan sirap gula Melaka. Kemudian perlahan-lahan tuangkan adunan telor dan roti tadi ke dalam bekas tersebut. Kjee guna 3 biji ramekin saiz 4". Kjee letak lebih kurang 2 sudu sirap gula Melaka dalam setiap bekas ramekins tu.







Panaskan air dalam kukusan. Kjee guna kukusan buluh sebab tak kuasa nak alas penutup kukusan dengan kain. Penutup kukusan buluh tu menyerap air.

Apabila air sudah mendidih, pelahan api ke tahap minima dan susun bekas dalam kukusan. Tutup dengan penutupnya. Kukus lebih kurang 30 minit ataupun sudah elok kerasnya.

Sejukkan. Sedap dimakan kalau betul2 sejuk.



1 comments:

Fieda Zan said...

Salam kak jee.. rasa creame brule tu cam rasa puding gula hangus ker? tak pernah rasa cream brule.. ada resipi tak?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...