Thursday, June 19, 2014

SPAGHETI GORENG ORANG MELAYU





Dah a few weeks Kjee perhatikan sahaja setengah peket spagheti San Remo dalam pantry. Baki yang Kjee rebus hari tu untuk makan Laksa Johor. Oppps kuah bukan buat sendiri tapi diberi oleh Shiela, blogger Spices Journey. Kuah Laksa dia memang meletopsss!

Sejak seminggu lepas perut Kjee meragam. Tekak teringin nak makan mi goreng mamak tapi tak berani sebab ada orang kata Mi Kuning ada mengandungi Boric Acid. Dan boleh menyebabkan banyak problem termasuk perut meragam.

Nak tahu samada mi tu ada Boric Acid, perhatikan apabila dimasak ia bertukar menjadi merah. Boric Acid adalah chemical yang telah diharamkan. Satu ketika dulu, pengusaha mi kuning dah tak guna Boric Asid untuk menjadikan mi mereka tahan lama. Tapi, lama kelamaan, apabila pihak berkuasa alpa, dia orang start bubuh balik.

Anyway, Kjee bukan nak bagi lecture panjang lebar pasal mi kuning dan boric acid. Sebab itu, Kjee gantikan mi kuning dengan spagheti.

Kjee ada seorang kawan. Cucu dia berumur 2 tahun suka makan mi kuning. Tiap hari mama dia beli mi kuning, bubuh dalam mangkok plastic dan diberikan kepada anak itu. Makan mentah-mentah. Satu hari si ibu dapat tahu kesan buruk mi kuning lalu dia rebuskan spagheti untuk anaknya.

Spagheti sangat bagus. Tiada bahan campuran pengawet. Hanya tepung, air dan telor. Boleh buat sendiri kalau ada gadget nak buat mi.



































Tadi Kjee pun terfikir nak buat Spagheti Goreng. Dalam fridge ada udang, isi ayam, carrot dan sayur bok choy. Sayur ini ala-ala sawi yang kontot. Saiznya dalam 4inci. Dan boleh dibubuh dalam mi goreng. Kjee rebus shitake mushrooms yang memang sentiasa ada stok dalam pantry. Rebus selama ½ jam. Kalau rendam, lama sangat. Kjee ni jenis tak kuasa nak menunggu lama-lama. Boleh rendam semalaman.

Kjee tak ada resipi khusus untuk Spagheti Goreng. Cuma Kjee kena buat pedas sikit kalau tidak, Unclepali tak makan. Jangan lupa rebus dulu spagheti dengan sedikit garam sampai al dente atau kenyal. Toskan.

Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah sampai halus. Pastu tumis sampai garing, masukkan ayam yang telah dipotong suka hati, carrot dihiris halus dan juga cendawan yang telah dihiris. Apabila bahan ini semua dah elok masak, masukkan bok choy, tunggu sampai sedikit layu, kemudian masukkan spagheti. Gaul sampai rata dan biarkan sampai berwap.

Ketika ini masukkan udang dan juga sedikit kicap manis dan kicap masin atau cair. Kjee guna fish sos atau nampla.

Apabila udang sudah masak, padam lah api.

Itu jer. Selama menerai.




1 comment:

  1. Saya selalu je buat spaghetti goreng ikut anak tekak sendiri ala-ala mi goreng. Pernah gak saya pi guna spaghetti buat mi hailam. Dah semua bahan saya beli, boleh mi kuning terlupa nak ambil. Bantai jelah labu guna spaghetti, jadilah spaghetti hailam :)

    Menawan sungguh spaghetti goreng KakJee ni. Saya ni cepat teruja bila tengok resepi. Tengok jelah, buatnya entah bila :)

    ReplyDelete