Pages

Friday, June 13, 2014

SUP AYAM BIASA BIASA






Musim panas mesti elakkan makan makanan yang akan memanaskan lagi badan, kata semua orang. Kjee pun kata yang sama. Tapi mampukah kita makan rebus-rebus jer atau lauk bening, kata orang Jawa sepanjang musim panas yang bakal melanda lagi?

Sehari dua mungkin boleh tahan. Tapi kalau Jabatan Kaji Cuaca kata cuaca panas akan berlarutan hingga bulan sebelas, boleh ke kita kontrol tekak.

Kjee bayangkan anak-anak Nismilan akan terjerit kalau disuruh elakkan makan pedas-pedas. Hehehe. Kjee pernah tengok anak-anak orang Nismilan diberi makan lauk Masak Lemak Cili Padi di usia baru pandai berjalan! So bayangkan betapa lama dia orang dah terbiasa makan yang pedas-pedas!!

Anyway, semalam Kjee buat sup ayam biasa-biasa sebab bibir Kjee pecah-pecah ekoran cuara panas yang baru menjenguk. Tetapi my other half mana boleh tak ada makanan pedas. So, dia buat sambal belacan dan keluarkan stok terakhir petai jeruk. Kjee pulak goreng ikan pekasam.





Sup Ayam ni Kjee buat ala-ala Chef Michael Smith...cooking without a recipe.

Kjee hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Pastu tumis seketika sampai wangi, kemudian campakkan bunga lawang, pelaga dan kayu manis disamping satu rempah bonjot. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih sehingga ayam itu kecut. Bonda kata sampai air ayam kering. Kemudian terus letak air sebanyak mana yang kita nak. Didihkan.

Oh ya lupa lak. Kjee masukkan juga lebih kurang 1 sudu kecik lada hitam biji. UnclePali kata kenapa tak bubuh jer lada hitam kisar yang sedia ada. Kjee kata tak mau kuah sup nanti ubah warna jadi hitam. Kjee nak a clear soup.

Tapi heran juga sup tak jadi jernih. Mungkin sebab lama sangat Kjee rebus dan rempah ratus dan tukar warna. Sup ayam ni, kalau nak sedap, biarkan airnya mendidih, lepas tu perlahan api sekecik-keciknya dan reneh selama 1 jam. Baru keluar semua manis ayam tu.

Eh apa hal daaa. Kjee ada letak carrot dan juga ubi kentang masa air tu mula mendidih. Carrot dan kentang mesti dipotong sama saiz supaya masak sekata.

Sup mesti makan panas-panas. Kalau dah sejuk sebelum makan, rajin-rajinlah panaskan balik ya. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng.

Kebiasaan kalau makan sup ayam, Kjee buat begini. Kjee letak satu atau dua senduk nasi dalam mangkuk dan curahkan sup ayam. Adoiii sedapnya especially kalau ada kicap yang telah ditumbuk cili padi dan sebiji bawang putih. Perghhhh berpeluh makan tau. Tapi semalam tak buat. Hehehe.









1 comments:

Gee® said...

K.jee... nk sup semangkuk... lapar ni..!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...