Pages

Tuesday, July 8, 2014

BLACK PEPPER BEEF IKUT SELERA KJEE










Kalau bulan Puasa, penghuni rumah Kjee termasuk aku sekali amat menyukai lauk pauk yang kering-kering. Begitu jugak untuk sahur. Kalau lauk pauk berkuah masa Sahur, hmmm alamat tak seleralah kami makan.

Tadi dalam tercari-cari lauk yang sesuai untuk berbuka Puasa, cam biasa lontarkan pertanyaan kepada kawan-kawan di Facebook. Mesti dapat idea yang boleh dijadikan menu berbuka. Idea jer bukan resipi tau. Resipi kena cari sendiri.

Hari ni my good fren Wan Noorizan suggest Blackpepper Beef. Mungkin itu hidangan yang bakal disediakan untuk famili dia. Husband dia omputih so memang hari-hari dia kena masak ala-ala Western. Tapi lain dapur pasti lain rasanya kan Wan? So that's just what I cooked petang tadi for my family.

Sempat usher UnclePali gi Hero Market cari Tenderloin Beef atau daging batang pinang. Yang ada cuma frozen Indian Tenderloin. Dah petang sangat mana boleh dapat daging batang pinang yang fresh kan? Tiada rotan, akar pun berguna.

Oleh kerana guna tenderloin yang pastinya lembut, tak payahlah Kjee rebus dalam pressure cooker. Kalau masuk PC, hancur daging tu.

As usual Kjee masak tanpa resipi. Inilah akibatnya kalau terlalu follow Chef Micheal Smith yang ada rancangan Cooking Without a Recipe kat AFC. Sebelum tu cuba google gak. Singgah kat blog Mat Gebu tapi dia guna blackpepper sauce dalam botol. Kjee memang jarang-jarang ada sos blackpepper dalam botol kat rumah sebab rasa-rasanya buat from scratch lagi sedap. Ikut tekak aku lah.








Bahan-bahan yang diperlukan adalah bell pepper atau cili besar, bawang besar, bawang putih, halia muda, lada hitam yang dikisar, sos tiram atau sos hoisin pun okay dan daging.

Malas nak sukat so Kjee main hantam sajalah labu.

Daging yang dihiris nipis satu mangkuk, 2 labu bawang besar dibelah 6, 3 ulas bawang putih, halia muda jugak sukati banyak mana, bell pepper dihiris jangan nipis sangat, lada hitam yang sudah dikisar banyak mana nak pedas, kira-kira 3 sudu sos tiram atau sos hoisin. Hah itu jer.

Mula-mula sekali panaskan minyak. Kjee guna minyak jagung dalam dua sudu besar. Bila dah panas masukkan bawang putih dan halia hiris. Goreng sampai wangi. Pastu masukkan daging yang telah dicuci dan tos kering. Masak sampai daging kecut.

Kemudian masukkan lada hitam kisar bersama sos tiram/hoisin. Kalau nak letak air sikit pun boleh tapi pastikan jangan ada kuah. Maknanya air itu hanya sedikit. Apabila daging sudah cukup empuk dan kering, masukkan satu kiub daging Knorrs ke Maggi ke sukatilah. Kacau-kacau sampai mesra pastu masukkan bawang dan cili besar tu. Gaul sampai rata. Jangan sampai bawang dan cili besar tu terlalu masak. Padam api dan hidang.

Cherry Tomato tu sahaja Kjee bubuh lepas padam api. Saja nak bagi kaler sikit dan jugak sebab ada stok dalam fridge.

Kjee tak bubuh garam sebab beef cube dan sos tiram dah masin. Dan Kjee jugak tak rasa tadi sebab puasa. Naseb baik masa makan semua kata secukup rasa. Semua kata sedap.

Berani ke dia orang nak kata tak sedap? Aku mogok masak seminggu nanti. Hehehe.

Kalau korang tak makan daging, boleh jugak buat guna ayam. Kita yang buat dia kan.




2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr kakjee..nak skit bleh?

Fieda Zan said...

saya suka cara mcm ni.. lebih2 lagi letak capsicum..wallaaa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...