Tuesday, July 22, 2014

REPUBLIC OF BIG, JAWAPAN KEPADA MASALAH ORANG BESAR





Dua sahabat Bob dan Angah



CITA-cita dan azam mereka lebih besar daripada tubuh mereka. Itulah yang dapat Kjee rumuskan apabila menyaksikan Soft Launch label Republic Of Big hasil idea tiga anak muda. Dua daripadanya anak seni popular Angah Raja Lawak dan Pengarah Filem Ismail Bob Hasim malam tadi.

Walaupun idea untuk mengeluarkan label Republic Of Big hasil keresahan mereka sendiri yang menghadapi kesukaran membeli pakaian siap atau off the rack, namun bagi Kjee ini satu bisnes yang mempunyai potensi besar. Ini memandangkan peratusan rakyat Malaysia yang tergolong dibawah species Mr Big, amat besar termasuk aku lah.

Walaupun sudah lama tidak menemui Bob, yang Kjee kenal lebih 20 tahun lalu kerana sama-sama terbabit dalam industri perfileman, namun Kjee amat berbesar hati apabila diundang ke majlis pelancaran Republic Of Big di Saloma Bistro malam tadi.



Tiga duta ROB - Bob, Abam dan Vicha Say Who dari Indonesia





"Kami kena diversify (berubah) ikut pengedaran masa," Kata Ismail Bob Hashim yang mesra disapa Bob. Separuh dari usianya dihabiskan dibelakang kamera. Kalau tidak silap Kjee dari seorang budak runner mengikuti arwah abangnya, seorang Pengurus Produksi drama/filem yang dikenali sebagai Sani Tyson. Kemudian dia meniti setapak demi setapak sehingga mencipta nama sebagai Pengarah Filem.

Nama sahaja Republic Of Big tetapi jenama itu merangkumi semua peringkat saiz pakaian dari S ke 6XL! Jelas sekali Republic Of Big, singkatannya ROB mahu capture pasaran santai atau sporty anak-anak muda zaman ini. Kjee tertarik dengan namanya Republic of Big.

"Idea kami (Bob, Angah dan seorang lagi rakan kongsi) bersama. Singkatannya dalam bahasa Arab ROB bermakna besar. Kami mahu ia memaparkan segala yang besar. Bukan sahaja pakaian untuk mereka yang bertubuh besar. Cita-cita kami juga amat besar," kata Bob.



Bob

Angah menyuap Pulut Kuning ke anaknya sambil diperhatikan ibunya






















Walaupun berbual dalam masa yang cukup singkat semalam tetapi nyata sekali Bob bukan Bob yang Kjee kenal dulu. Melihat muka Bob, terbayang satu drama berjudul Hologram dimana Kjee hanya muncul beberapa minit berlakon bersama beliau lebih 20 tahun lalu. Orangnya ketika itu amat pemalu dan tersangat kuat melatah. Hehehe.

Berkongsi modal permulaan hampir RM500,000 ketiga-tiga rakan kongsi, Bob beritahu mereka sudah merangka pelbagai strategi untuk membawa ROB bukan sahaja ke seluruh negara tetapi tidak mustahil ke negara-negara jiran sebelah sini.

"Label pakaian kami ini mampu dimiliki semua. Bermula dari saiz S hingga ke saiz 6XL dan merangkumi pakaian lelaki dan wanita," kata Bob. Kedai pertama mereka akan beroperasi di Johor Baru dan baru sahaja diubahsuai dengan menelan belanja lebih RM100,000.




Pengacara majlis Tauke dan Mie





Mereka sebenarnya mahu membuat pelancaran selepas Hari Raya. Tetapi tiada siapa menduga soft launch dibuat di hujung Ramadhan.

"Kami tetiba sepakat mahu mengambil berkat bulan Ramadhan kak," kata Bob dipenghujung sembang. Pelancaran sebenar akan dibuat dengan kehadiran seorang pemimpin negara Ogos nanti, Insya Allah.

Majlis pelancaran dan berbuka Puasa yang diadakan di Saloma Bistro turut diseratai anak-anak yatim dari beberapa rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Iman Muda Asraf telah hadir mengaminkan doa serta memberi tazkirah mengenai amalan makan Rasullullah SAW di bulan Puasa.

Turut hadir rakan-rakan seperjuangan Bob dan Angah Raja Lawak antaranya Nabil, Jep dan Shuib Sepahtu, Nash, Sharifah Shahirah, Siti Sarah, Achey, Abam, Enot, beberapa Deejay Radio serta Tauke dan Mie Raja Lawak yang bertindak sebagai pengacara.

Mudah-mudahan usaha tiga anak muda ini akan beroleh kejayaan, Ameen.



Antara pakaian yang bakal dihasilkan lepas Raya nanti







0 comments:

Post a Comment